Semua tulisan dalam blog ini tak sempat diedit. Pandai-pandailah pembaca mengeditnya dalam kepala. Apapun saya bersyukur kalau ada yang sanggup menegur. Mudah-mudahan ada kebaikan padanya buat muhasabah diri penulis sendiri dan orang yang sanggup menerimanya dengan fikiran yang terbuka. Setiap manusia pasti ada titik lemahnya dan sejarah silapnya. Mudahan esok menambah baik persiapan kita untuk kembali ke alam abadi dan bertemu Allah SWT pemilik syurga dan neraka... Sebarang komen boleh emailkan ke saripadul@gmail.com
Ramai sgt tulis pasal KIK/KISAS sempena #AUDA2018. Aku nak cerita sikit. Buat pedoman anak2 aku...
Waktu mula dapat tawaran Yayasan Sarawak nak masuk KIK tahun 1984, bersama sahabat2 hebat Abdullah Haron,Dr. Yaman Bin Towpek, Siti Mang, Norita Bawi .... aku minta tarik diri. Bukan apa, nak sampai ke SMKA SHOAW Kuching pun terpaksa naik 2 kali belon. Lawas -Miri- Kuching. Dari kpg aku nak ke Lawaspun kena naik bot. Kadang terpaksa ke Brunei dahulu baru ke Kuching. Ini pula nak pergi ke KL. Satu lagi mana mampu mak bapak nak bagi belanja. Waktu di Shoaw bapa aku biasa bagi rm20 shj sebulan. Mana cukup kalau di Malaya. Walaupun biasiswa ada tapi mula nak pergi mesti kena ada duit sendiri. Seluar sekolah nak kena tukar dari hijau kpd putih, belum lagi keperluan yg lain. semua tu duit. Asrama Penuh mesti ada tilam, mana nak cari duit beli sarung tilam. Sepanjang 3 tahun di SHOAW aku tidur beralaskan tikar pandan sahaja. Aku pula tak boleh nak bayangkan Klang tu mcmne. Maklum jarang tgk TV. Waktu mula sampai SHOAW ting 1 tahun 1981, hari pertama assembly aku dah malu besar. Dah lah paling pendek dan kena berdiri barisan depan, pakai seluar sekolah pendek pulak tu. Bapa aku ingat sekolah agama sama shj mcm SMK Lawas tempat abg2 aku belajar, pakai seluar pendek. Sampai kawan belakang tanya; " kitak tok Islamkah?". Berhari jugalah aku menangis tak nak masuk kelas. Terima kasihlah tukang pujuk Cikgu Sara Alias dan kawan2. Tak tahulah apa pula akan aku alami di Malaya.
Akhirnya ada seorang guruku yg sangat baik hati pujuk aku. Dia suruh pergi juga KIK. Dia sanggup keluarkan belanja utk ku dan sedikit wang belanja. Cukuplah sebelum dpt biasiswa. Sebulan selepas aku di KIK baru mak bapak aku tahu yg aku pindah sekolah. Ya la surat nak sampai Lawas makan masa berminggu. Itupun guna alamat sepupu aku kerja di Jab. Pelajaran Lawas. Tunggu pula dia balik kpg barulah surat tu sampai ke tangan bapa. Menurut bapakku, punya menangis mak aku waktu itu. Katanya: dahpun kuching jauh ini lagilah di Malaya. Sepanjang di SHOAW tak pernah balik raya dan kerap raya diasrama. Lagilah di KIK. Tambang belon KL-KK atau KK - KCH-Miri- Lawas bukan murah. Dulu mana ada Airasia. Biasiswa Yayasan Sarawak rm2k setahun perlu dijimat sbb sebahagiannya utk beli tiket balik kpg cuti hujung tahun. Akhirnya aku dah terbiasa tak beraya di Kpg. Selepas 15 tahun baru ada kesempatan raya di kpg bersama keluarga. Alhamdulillah sepanjang pengembaraan jihad ilmu, ku temui ramai org yg baik2. Anggapku mcm adik, anak dan keluarga. Pernah ada yg nak buat menantu waktu nak ke Mesir. Tapi bukan jodoh. Kalau tak mungkin sayapku lebih dari sekarang.
Jutaan sayang dan jutaan terima kasih buat guruku Pak Ngah dan seluruh ahli keluarganya.
Mudahan kita dijauhkan dari sahabat atau pasangan hidup yang 'terlalu mengharap kesempurnaan'. Sedikit kelemahan memadamkan jutaan kebaikan. Selalu orang begini, timbangan akalnya bermasalah dan alat ukurnya bengkok.
“Diperlihatkan neraka kepadaku. Ketika itu aku melihat kebanyakan penghuninya adalah wanita.” Seseorang bertanya, “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Rasulullah menjawab, “Mereka kufur kepada suami dan tidak berterima kasih atas kebaikan yang diterimanya. Walaupun sepanjang masa engkau telah berbuat baik kepada mereka, begitu mereka melihat sedikit kesalahan darimu, maka mereka berkata, ‘Aku tak pernah melihat kebaikan darimu'” (HR. Bukhari)
Kata al-Fudhail bin Iyyad:
مَنْ طَلَبَ أَخًا بِلا عَيْبٍ بَقِيَ بِلا أَخٍ Sesiapa mencari sahabat tanpa cela, ia akan kekal tidak memiliki sahabat.
Sungai Patarikan. Namanya tak pernah masuk dalam catatan sejarah. Bagi kami penduduk kampung Petarikan, ia penuh dengan sejarah.Pernah menjadi antara sumber mencari rezeki utama penduduk kampung. Juga laluan perhubungan ketika tidak ada satu jalanpun yang tembus ke kampung kami.
Selepas subuh bapaku dan beberapa orang kampung akan turun ke sungai. Selalunya untuk membintur ketam, menjala udang galah atau memukat. Harga ketam sekati cuma berapa ringgit waktu itu. Hujung minggu dan waktu cuti sekolah, aku sering dibawa oleh bapa ke sungai. Bahkan sering juga tidur di sungai utk membintur kerana jarak untuk balik ke rumah bukanlah dekat. Penat nak mendayung perahu dan esok kembali semula ke sungai.
Pernah ketika cuti sekolah aku ikut pakcikku bekerja menebang pokok bakau untuk di jual. Kerja yang sangat memenatkan. Tebang, potong dan kopek kulitnya. Nak turunkan bakau2 ke sungai kena tunggu air pasang besar. Mengangkat dlm air lebih ringan. Tapi sering air pasang berlaku waktu malam. Maka malamlah kami mengangkat bakau2 tersebut. Paling tak best, getah bakau akan melekat di tangan berminggu2.
Dulu sungai itulah jalan utama ke Lawas, Brunei, Limbang dan Labuan.
Hasil dari tangkapan ketam itulah sumber utama rezeki bapaku membesarkan kami. Hasilnya tidak seberapa tapi kerjanya tidak semudah yang digambarkan. Sering kami kena hujan dan ribut di sungai. Jarak perahu bapa dan aku (bersama adikku) berjauhan. Kalau jadi apa2 memang kena pandai2 selamatkan nyawa sendiri. Selalu mak bekalkan kami nasi seperiuk kecil, garam, lada paak dan paling special lauk masin. Kadangkala sebelah petang singgah di kawasan bakau berlumpur untuk mencari lokan dan tangkuyong buat lauk tambahan. Paling ku takut ular bakau yang kadang jatuh ke dalam perahu.
Bukan hanya di sungai, bahkan aku juga peneman utama beliau ke kebun getah yang terpaksa berperahu dan naik bukit turun bukit baru sampai ke kebun tersebut. Pernah aku tumpahkan setengah baldi susu getah kerana terjatuh. Maklum pokok2 getah di kawasan berbukit. Lagi best aku dan adikku pernah kena sengat tabuan. Esok ke sekolah dengan tangan dan badan bengkak di sana sini. Malam nya bapaku dan orang kampung pergi semula utk memusnahkan sarang tabuan tanah yang menyerang kami.
Sebelas tahun aku melalui kehidupan anak kampung sebelum mula merantau mencari ilmu ketika usia baru memasuki 12 tahun. Tiap kali cuti hujung tahun yang merupakan satu2nya masa aku boleh balik ke kampung, aku akan kembali ke sungai itu utk melakukan rutin orang kampung.
Sungai, bukit, sawah padi, ketam, kayu bakau dan segala kesukaran hidup mengajar aku menghargai kejayaan. Memahamkan aku bahawa tiada benda percuma dalam hidup. Hanya yang kuat usaha akan berjaya atau sekurang-kurangnya mampu meneruskan kehidupan. Pengalaman hidup waktu kecil cukup menjadi motivasi diri menjana kejayaan dimanapun aku berada. Seingatku tak pernahpun zaman sekolah menengah aku hadir program motivasi. Bahkan teknik menjawap peperiksaan seingatku tak pernah aku sertai. Cukup pengalaman masa kecil mengajar aku bahawa untuk berjaya mesti berani mencuba dan berhadapan dgn risiko. Menjadikan aku sangat berdikari.
Berbeza anak2 masa kini. Mereka lahir dalam keadaan hampir semua keperluan telah ada. Tak perlu usaha banyak semua telah tersedia. Generasi yang inginkan semuanya datang secara percuma. Kalau boleh sijil dan ijazahpun dapat tanpa perlu usaha yang terlalu memenatkan. Apatah lagi makanan, pakaian, handphone, laptop dan aksesori diri tersedia dan sempurna secara percuma. Mereka terlupa yang langit tidak menurunkan hujan emas dan rumput bumi tidak berbungakan ringgit malaysia tanpa usaha.
Mungkin semua ini salah kita juga sebagai ibubapa. Memanjakan anak hingga menyangka kad ATM bapanya memiliki magik yang bila2 masa mengeluarkan RM dengan hanya menekan 6 angka. Lupa nak tunjukkan pada anak bahawa RM yang ada didalamnya bukan percuma, terhasil dari penat si ayah yang keluar pagi dan balik senja. Menyembunyikan penderitaan bapa utk menyara keluarga dari pengetahuan anak2 bukan lagi sifat mulia dalam zaman yang anak2nya sudah tidak kenal namanya derita dan usaha untuk berjaya.
Sungai Patrikan, walau dengarnya kini kau berpenghuni buaya. Namun jasamu sangat berharga. Walau rezekinya tidak seberapa. Ilmu kehidupan yang kau bekalkan amat berguna hingga aku mampu menjadi antara muridmu yang paling berjaya. Terima kasih.
(Moga Allah SWT merahmati ruh mak dan ahli keluarga yang dikebumikan di tanah perkuburan yang dulunya cuma boleh dikunjungi melalui sungai itu).
Kelmarin dalam LRT ke Bangsar. Nampak seorang lelaki yang baru sahaja duduk. Bila terpandang seorang wanita tua, terus ia berdiri dan memberikan tempat duduknya kepada wanita tersebut. Padahal kalau ikut usia dia pun bukannya muda sangat. Ramai lagi yang lebih muda tapi buat- buat tak nampak. Kemudian ia berpindah ke kerusi hadapan yang masih kosong. Baru duduk sekejap dia ternampak seorang wanita muda pakai tongkat ( mungkin OKU penglihatan). Dia berdiri lagi kali kedua dan memberikan tempat duduknya kepada wanita tersebut. Saya terdengar dia bertanya wanita tersebut adakah sudah pernah berusaha jumpa doktor pakar utk rawatan...belum sempat mendengar panjang perbualan mrk LRT pun sampai ke bangsar. Saya terpaksa turun dan mereka meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya...
Masih ada insan berjiwa mulia. Walau saya tak pasti agamanya tapi sifat kemanusiaannya cukup tinggi. Jiwanya penuh belas kasihan dan kasih sayang. Sifat begini mula pudar dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Masing2 fikirkan kerehatan sendiri. Sering bjla masuk tandas awam, tandas dibiarkan kotor. Air kencing nampak melekat di sekitar tempat duduk mangkuk tandas. Kencing dan tahi ditinggal begitu saja. Tidak di flush. Isunya mungkin nampak kecil, tapi bila ini jadi budaya dlm masyarakat nampak sgt cara fikir kita makin rosak. Mana mungkin ahli masyarakat begini mampu membina tamadun manusia kalau sekecil2 kebaikan inipun tak mampu ia lakukan. Sepatutnya ia berfikir akan kebajikan orang lain. Suka sekiranya orang lain selesa memasuki tandas selepas gilirannya. Bukankah itu tanda iman. Bukankah nabi pernah menyebut; "sebaik2 manusia ialah yg bermanfaat kpd manusia lain". Ini memudharatkan orang lain.
Lagi parah sikap begini kalau dilakukan oleh mereka yg berpendidikan. Nampak sangat ilmu yang dipelajari tidak membina sikap dan amalan.
Dia baru sahaja balik kerja. Belum sempat balik ke rumah untuk bertemu anak dan isteri. Ada agenda lebih utama yg melibatkan masa depan ummah. Walaupun program tarbiah kadang membosankan, bagi pejuang itu pitstop utk tukar tayar dan isi minyak. Perjalanan jauh memerlukan tenaga yang banyak. Hanya pejuang yang akan faham budaya hidup begini. Bagi orang kebanyakan habis waktu kerja habislah tugas hari ini. Itupun sudah satu ibadah. Sudah banyak pahala terkumpul utk masuk syurga dan sudah ada gaji hujung bulan utk menyara keluarga.
Bagi pejuang, itu cuma rutin orang biasa. KPI mrk tak masuk syurga jika hanya itu standardnya. Justeru, generasi awal dahulu menghabiskan harta dan nyawa utk fikrah dan perjuangan mrk. Bahkan sedikit yang dinikmati utk diri sendiri walau harta yg dikumpul setinggi gunung kinabalu. Berbeza kefahaman hidup antara si pejuang dan orang biasa. Hakikatnya tanpa org seperti ini, fikrah ini tak akan mampu membina tamadun. Tak mampu berada di puncak angkasa. Fikrah ini sesekali tidak akan menang hanya dgn teori. Kaedahnya cuma satu, ia perlukan pengorbanan dan kesungguhan. Hanya akan dimenangkan oleh mrk yg meletakkannya sbg agenda utama hidup. Bkn sekadar kerja sampingan utk mengisi ruang2 kosong yang ada.
Syurga itu tuhan yg tentukan syaratnya. Bukan kita.
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah). (Al-Baqarah: 214)
Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)? (Ali al-Imran: 142).
Saya berada di pentas konvo ketika pelajar ini berucap. Walau pun OKU tapi berupaya mencapai Ijazah Kelas Pertama. Hanya fizikalnya yang kurang upaya menyebabkan proses pembelajaran sedikit rumit berbanding orang yang normal, tapi kemahuan, semangat dan usahanya jauh lebih sihat dari orang yang sihat.
Bahkan ada pelajar ku yang sempurna fizikalnya, sihat mentalnya tapi CACAT kemahuan, semangat dan usaha. Tarikh yang sepatutnya hantar tugasan baru bertanya tajuk apa yang sesuai ia tulis atau baru perasan tugasan itu perlu dibuat secara berkumpulan. Pernah semester lalu aku terpaksa menelefon pelajar bertanyakan bila ia akan hantar tugasan? Padahal waktu itu markah akhir sepatutnya diserahkan kepada pihak akademik. Selamba ia menjawab: " Maaf Dr. Saya tak sedar yang kursus Dr. ada tugasan. Kalau saya buat lagi dan hantar boleh tak?" Saya jawab; " Tak apalah sem depan kamu hantar". Memang saya 'call' pun bukan utk suruh dia hantar tapi lebih nak meyakinkan diri bahawa ketiadaan markahnya bukan kerana kesilapan saya yang tanpa sengaja terhilang tugasan pelajar. Maklumlah mengajar kursus wajib universiti, bilangan pelajarnya wajib ramai. Ironinya hampir setiap semester ada sahaja pelajar yang 'lena panjang' hingga tak sedar dia berada di UNIVERSITI.
Ironinya yang ramai cacat kemahuan, semangat dan usaha adalah yang nama dan agamanya hampir sama dengan nama dan agamaku.
Cacat kategori begini kalau berterusan akan menjahanamkan masa depan agama, bangsa dan negara.
Aku sering berpesan pada anak-anak pelajarku: "Apapun bangsa dan agama kalian, dalam kelas abi semua memiliki hak yang sama utk lulus dan cemerlang". " Universiti bukan sekadar tempat menilai genius dan kekuatan IQ tapi tempat menilai nilai dan sikap". Apa guna melahirkan orang otak cerdik tapi perangai seperti hantu. Anugerah kecemerlangan bertimbun tapi sombong dengan Maha Pencipta.
Tahniah kepada yang berkonvo dengan penuh kecemerlangan. Berbaloi keringat dan penat lelah kalian. Sampai ketelinga senyuman ibubapa kalian. Moga nilai kecemerlangan akan menjelma dalam semua sentuhan ajaib anda dimanapun berada.
Bagi yang masih dalam lena yang panjang. Dunia belum kiamat. Masih ada ruang untuk berubah. Andai tidak berubah, kalianlah yang mengkiamatkan dunia kalian sendiri.
Seusai khutbah (isu rohingya) dan solat jumaat, datang 2 org jamaah yg memang saya kenali. Pekerja pembinaan dari Indonesia yang sering solat di masjid al-Isra Telipok. Katanya: " Bapak ini sampul berisi sedikit sumbangan hasil collection kami pekerja-pekerja Indonesia yg bekerja di UUC". "Bapak masukkanlah ke mana2 tabung bantuan utk saudara2 kita yang tertindas di luar negara". Saya cadangkan supaya digunakan utk membantu umat Islam yang tertindas di Mynmar. Mereka setuju.
Walaupun jumlah tak besar tapi dengan nilai gaji dan keperluan hidup mereka di Malaysia dan ahli keluarga di Indonesia, saya yakin ia sangat bernilai. Mereka sendiri sangat2 memerlukan wang tersebut tapi atas rasa belas kasihan dan ukhuwwah Islamiah mereka sanggup berkorban utk sama2 membela nasib saudara seagama mereka.
Agama ini cuma mampu dibela dan dimenangkan hanya apabila umatnya sanggup berkorban dengan apa yang ada di sisi mereka. Malangnya ramai yang berkemampuan tapi hanya mampu digunakan untuk memenuhi perut sendiri.
Bahkan ada yang langsung tak pernah bermimpi untuk berkorban, berjuang dan terkorban. Lokasi mimpinya hanya di Disneyland, Legoland atau sekadar kota Mekah. Palestin, Syria dan Rohingya langsung tak pernah menjelma dalam mimpinya.
Mudah-mudahan Allah SWT labelkan dermawan tersebut dalam kalangan pejuang. Firman Allah SWT:
Dan tidak juga berdosa orang-orang yang ketika mereka datang kepadamu (memohon) supaya engkau memberi kenderaan kepada mereka, engkau berkata: "Tidak ada padaku kenderaan yang hendak kuberikan untuk membawa kamu", mereka kembali sedang mata mereka mengalirkan airmata yang bercucuran, kerana sedih bahawa mereka tidak mempunyai sesuatupun yang hendak mereka belanjakan (untuk pergi berjihad pada jalan Allah). At-Taubah: 92
Sesungguhnya jalan (untuk menyalahkan dan mengenakan seksa) hanyalah terhadap orang-orang yang meminta izin kepadamu sedang mereka kaya dan mampu. Mereka suka tinggal bersama-sama orang yang ditinggalkan (kerana uzur) dan (dengan sebab itu) Allah meteraikan atas hati mereka, sehingga mereka tidak dapat mengetahui (perkara yang baik).At-Taubah: 93
Malam tadi selepas isya di masjid Telipok, sempat bersembang sekejap dgn 2 org pekerja Indonesia yg bekerja membina Apartment berhampiran masjid. Setiap hari sebelum maghrib mereka akan dtg ke masjid utk solat dan rehat. Balik selepas isya ke penempatan mereka. Saya pelawa mereka kalau ada kelapangan utk bantu membersihkan masjid. Jawatankuasa akan memberikan sedikit saguhati. Segera mereka menjawab: "Nga perlu pak upah2nya. Insyaallah kalau ada kelapangan dia dan kawan2nya akan datang membantu. Bapa inform saja".
Subhanallah, sebenarnya masih ramai manusia jujur yang tidak memandang segala2nya menerusi kacamata RINGGIT walaupun saya yakin mereka sgt memerlukannya. Saya yakin org begini yg akan memenangkan Islam berbanding sesetengah orang yang dibayar utk urus agama tapi yang confirm dia lakukan ialah mengeluarkan upahnya dari ATM setiap bulan sedangkan kerja yang diamanahkan tak setanding gajinya.
Kebetulan pagi tadi terjumpa mereka tengah tunggu bas utk ke bandar. Kata mereka: " Mau urus kiriman duit dulu buat family di Indonesia".
Pemuda itu berasal dari tanah kelahiran datuk saya Cirebon Jawa.
Rumahtangga kalau asasnya dibina oleh unsur bumi semata-mata memang mudah reput dimakan ulat. Terpesona dgn kecantikan dan ketampanan, cinta yg tak bisa terpisah (kau tercipta untukku), ekonomi kukuh, kerjaya baik, dah terlanjur...asas bumi yang ada tarikh sah lakunya. Bila datang ulat jemu, tiada lagi nilai pada orang yang dulu dianggap bernilai. Tibalah musim pelupusan iaitu cerai.
Bagi orang beriman, rumahtangga dibina atas asas langit. Redha Allah, berkongsi hidup untuk menghabiskan segala-galanya bagi memartabatkan agama Tuhannya...ikatan yang tiada tempoh sahlaku. Kesibukan mereka memikirkan hal umat menyebabkan mereka terlupa segala kelemahan dan kekurangan yang ada pada pasangannya. Mungkin mereka juga jemu seperti manusia lain tapi keghairahan mencari syurga hakiki menyebabkan mereka memandang sepi segala halangan duniawi.
Apapun hati-hati bagi mereka yang memegang janji langit. Tidak semua mampu berpaut lama di tempat tinggi. Ada yang gugur ke bumi kerana ulat nafsu dibenarkan membiak dalam rumahtangganya. Rumahtangga futur ini sudah hilang imuniti dan bila-bila masa akan tamat sah laku jika tidak segera mendaki ke langit semula.
__________________________________________
KUALA LUMPUR 14 Nov. - Sebanyak 48,077 kes perceraian melibatkan pasangan beragama Islam direkodkan sejak Januari hingga 10 Julai tahun ini.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd. Dun berkata, daripada jumlah itu, tiga negeri yang mencatatkan kes tertinggi adalah Selangor (7,731) diikuti Sabah (6,638) dan Johor (4,700).
"Kajian mendapati kebanyakan perkahwinan kali pertama yang berakhir dengan perceraian atau perpisahan adalah dalam tempoh lima tahun dan ke bawah".
Pelbagai alasan orang untuk rehat sementara dari berjuang. Masih belajar, HO, bisnes baru mula, baru naik pangkat, kereta belum ada, anak baru lahir, anak sakit, bini dalam pantang dan bla bla bla. Boleh berehat memang seronok apatah lagi urusan perjuangan ini bukan membuahkan sebarang RM. Tapi bagi pencari syurga istilah rehat dari perjuangan atas alasan apapun adalah kerja bahaya dan merugikan kerana takut2 nyawanya dicabut ketika tengah menikmati waktu rehat. Mereka faham benar firman Allah:
“ Tidaklah sama antara orang mukmin yang duduk ( tidak turut berperang) yang tidak mempunyai udzur dengan orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta mereka dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang –orang yang duduk satu derajat, kepada masing-masing mereka Allah menjanjikan pahala yang baik dan Allah melebihkan orang–orang yang jihad atas orang–orang yang duduk dengan pahala yang besar. Yaitu beberapa derajat, ampunan serta rahmat. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”( An Nisa 95-96 ).
Biarlah penat sesaat di dunia demi melepasi azab selama2nya di akhirat.
Jom lawan lelahmu, malasmu, manjamu, penatmu, lemah dan lembabmu.
Malam tadi selepas isya di masjid Telipok, sempat bersembang sekejap dgn 2 org pekerja Indonesia yg bekerja membina Apartment berhampiran masjid. Setiap hari sebelum maghrib mereka akan dtg ke masjid utk solat dan rehat. Balik selepas isya ke penempatan mereka. Saya pelawa mereka kalau ada kelapangan utk bantu membersihkan masjid. Jawatankuasa akan memberikan sedikit saguhati. Segera mereka menjawab: "Nga perlu pak upah2nya. Insyaallah kalau ada kelapangan dia dan kawan2nya akan datang membantu. Bapa inform saja".
Subhanallah, sebenarnya masih ramai manusia jujur yang tidak memandang segala2nya menerusi kacamata RINGGIT walaupun saya yakin mereka sgt memerlukannya. Saya yakin org begini yg akan memenangkan Islam berbanding sesetengah orang yang dibayar utk urus agama tapi yang confirm dia lakukan ialah mengeluarkan upahnya dari ATM setiap bulan sedangkan kerja yang diamanahkan tak setanding gajinya.
Kebetulan pagi tadi terjumpa mereka tengah tunggu bas utk ke bandar. Kata mereka: " Mau urus kiriman duit dulu buat family di Indonesia".
Pemuda itu berasal dari tanah kelahiran datuk saya Cirebon Jawa.
"Syukur hujan lebat petang tadi, nampak lah birunya awan setelah berminggu ia berjerebu", kata Pakcik pemandu teksi sebaik sahaja sampai di KL malam tadi. Itu cerita malam tadi. Pagi tadi pun masih nampak warna langit. Tapi keluar sahaja dari mesyuarat di Bangsar, awan bewarna kelabu semula. Jerebu oh jerebu.
Begitulah kehidupan, tak lekang dari jerebu lagha dan maksiat. Banyak betul ruang hidup yg menyebabkan manusia alpa. Pintu-pintu maksiat terbuka dimana2. Hanya takut Allah dan siksa akhirat mampu menjadi pendinding. Itupun bergantung pada tebal mananya iman.
Apapun kerap-keraplah hujani jerebu maksiat dengan amal kebaikan. Antaranya sedekah. Ia mampu mencerahkan warna iman walau cuma untuk sehari. Sabda Rasulullah SAW
الصدقة تُطفئ الخطيئة كما يُطفئ الماءُ النار« رواه الترمذي
Sedekah memadamkan kejahatan seperti air memadamkan api.
Kelmarin wiper rosak di pertengahan jalan, ketika hujan lebat dan jalan sesak. Sgt menyesakkan jiwa. Beberapa bengkel termasuk pusat service Proton aku pergi, semua kata motor wiper rosak dan mrk tak ada stock. Dah senja baru jumpa kedai spare part yg jual, sayangnya semua bengkel dah tutup. Hari ini, pagi2 aku dah cuba baiki dan tukar sendiri. Syukur berjaya di pasang, tapi bila run wiper, dia bukan cuci cermin tapi cuci tutup enjin. Huhu. Buka balik dan pasang semula, baru 'ngam'. Siap2 nak pergi kerja, bateri kereta pula bermasalah. Akhirnya aku bawa kereta isteri sbb pagi ni ada ceramah dan kuliah.
Try & error baiki kereta tidaklah salah. Kena ada sedikit kemahiran dan kemahuan. Kalau tak menjadi boleh panggil mekanik atau hantar kebengkel. Tapi try & error dlm kehidupan dan berumahtangga satu perjudian. Lantaran itu ahli fiqh, pakar motivasi dan kaunseling menulis teori dan himpunan praktikal berjilid2 agar kehidupan berpanduan, beragenda, terurus dan lurus.
Tapi bagi yg ingin try & error dalam membentuk rumahtangga. Sukar sekali temukan bengkel yg boleh membaiki kerosakan yg berlaku. Bengkel terakhir selalunya mahkamah syariah dan ada juga yg breakdown terus dan masuk pusat simpanan di hospital2 gila.
Try&error kalau error, tak boleh salahkan orang sebab kita buat sendiri dan putuskan sendiri. Kalau ada org tolong tengah jalan syukurlah. Kalau tak ada tanggunglah sendiri.
Tapi syukurlah kereta aku yg try& error rosak sebelum mula berjalan. Kalau di tengah jalan? Nauzubillah. Akhirnya aku naik kereta lain. Harap tidak dlm berkeluarga asyik bertukar tukar kereta walau itu simbol kelakian lelaki.
"Sekiranya yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperolehi dan perjalanan yang tidak berapa jauh, nescaya mereka mengikutimu, namun tempat yang dituju itu terasa jauh bagi mereka. Mereka akan bersumpah dengan nama Allah ‘Jikalau kami sanggup tentulah kami berangkat bersama-sama kamu’. Mereka membinasakan diri mereka sendiri (disebabkan sumpah mereka yang palsu itu) dan Allah mengetahui bahwa sesungguhnya mereka benar-benar orang- orang yang berdusta“ (QS At Taubah : 42)
Perjalanan yg jauh menyebabkan ramai yang berpatah balik. Ada yang berpatah balik hanya kerana jawatan, hanya kerana ringgit, hanya kerana pasangan hidup, hanya kerana anak atau habuan dunia yang tidak seberapa. Ramai yang asalnya bersumpah dan meniatkan semua itu kerana perjuangan. Sebenarnya ia sekadar tabrir utk menghalalkan kemalasan dan futur yang sudah mula menyerang iman dan kemahuannya. Akhirnya mereka tersungkur ditengah jalan tanpa mereka sedari. Akan sedar, ketika semuanya sudah terlambat.
Mudahan Allah tetapkan hati kita di atas jalannya kerana yang menanti dihujung sana adalah DIA.
Ia menjawab: "Inilah masanya perpisahan antaraku denganmu, aku akan terangkan kepadamu maksud (kejadian-kejadian yang dimusykilkan) yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya. (AlKahfi 78)
Kisah antara Nabi Musa dan gurunya seorang lelaki soleh. Dialog dipenghujung pengembaraan Nabi Musa untuk menuntut ilmu. Akhirnya gurunya memutuskan untuk menamatkan ikatan antara guru dan tarbiah kerana mendapati Nabi Musa tidak memenuhi janjinya dengan lelaki soleh. Lelaki soleh mendapati Musa kurang sabar dalam menuntut ilmu.
Tarbiah ada objektif, visi dan misi perjuangan. Tidak semua mutarabbi mampu mencapai apa yang disasarkan. Ada yang cuma mampu bertahan di peringkat permulaan perjuangan dan tidak sabar untuk mengharungi perjalanan yang panjang. Ada pula yang mula memperlahankan langkah apabila mendapati kemahuan dan keinginannya tidak dapat dipenuhi dengan melalui jalan tersebut.
Tarbiah dalam gerak kerja dakwah ialah satu proses mencari orang-orang terpilih utk memikul dan memimpin dakwah. Hanya yang berpotensi akan dipacu hingga ke tahap tinggi. Mereka yang masih teragak-agak, ruang dakwah mereka tetap terbuka sebagai penyokong atau tukang sorak, tapi tidak layak berada di barisan hadapan yang memerlukan keikhlasan, kemahuan dan pengorbanan tahap tinggi. Meneruskan perjalanan bersama mereka menambah berat beban, melambat perjalanan, membazirkan masa dan tenaga. Bukan kerana mereka tidak soleh, tapi tahap kefahaman dan kemampuan mereka setakat itu sahaja.
Tarbiah juga ada proses penilaian dan audit. Mereka yang gagal atau dirasakan hilang kelayakan atau melambatkan lagi pergerakan, selalunya terpaksa ditinggalkan bagi membuka ruang kepada anasir-anasir lain yang lebih berpotensi. Tabiat biasa tarbiah dan dakwah. Biasanya setelah mengambilkira pelbagai sudut antaranya prioriti dakwah dan guna tenaga daie.
Ucapan 'Selamat tinggal' dalam tarbiah dan dakwah bukan perkara mustahil.
Kejayaan sebuah rumahtangga di dunia bukan diukur pada banyaknya harta yg berjaya dihimpunkan utk diwariskan kpd zuriat keturunan. Kejayaan sebenar terletak pada banyak mana 'jihad' yg dilaksanakan oleh keluarga tersebut utk Islam. Suami isteri yg berjaya ialah yg mampu lonjakkan amal pasangan dan menjadikan pasangan lebih 'cinta Allah' dari cinta keluarga. Mengerakkan fikrahnya dalam keluarga dan ummatnya. Itulah BM dakwah. Pada meninggalkan perjuangan kerana kesibukan mengurus keluarga dan harta adalah tanda2 kefasikan. Allah berfirman:
قل إن كان أباؤكم و أبناؤكم و إخوانكم و أزواجكم و عشيرتكم و أموال اقترفتموها و تجارة تخشون كسادها و مساكن ترضونها أحب إليكم من الله و رسوله و جهاد في سبيله فتربصوا حتى يأتي الله بأمره و الله لا يهدي القوم الفاسقين
“Katakanlah sekiranya bapa-bapa kalian, anak-anak, saudara-saudara, pasangan-pasangan, kerabat-kerabat, harta kemegahan, perniagaan yang dikhuatirkan kerugiannya, tempat tinggal yang disenangi kalian lebih kalian cintakan daripada Allah, RasulNya dan berjihad pada jalanNya, maka nantikanlah waktu kedatangan keputusan Allah. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang fasiq.”
Dulu zaman aku sekolah menengah, nak minta duit dari mak bapa, selalu berkias...antaranya "kalau di kpg hujan lebat, kirim2 lah sikit airnya ke sini". Malu nak minta sebab tahu betapa penatnya bapa dan mak nak dpt seringgit. Pekerjaan mereka pula sangat mengkuruskan. Aku antara yg sering dibawa bekerja di sungai dan hutan belantara mencari beberapa sen rezeki. Pernah bapa aku berkata: "lain kali cakap terus terang, nanti kami kirim air betul2 baru ku tahu". Seboleh-bolehnya aku tak ingin menyusahkan org tua. Balik kpg setahun sekali. Pakaian ala kadar. Di kpg aku basuh baju sendiri. Aku akan belah kayu api sebnyak2nya buat kegunaan mak memasak. Pergi luar negarapun berbekalkan duit biasiswa yg dikumpul hasil jimat cermat serta ihsan beberapa ahli keluarga yg tak mampu ku balas jasa mereka. Sebolehnya tidak ingin menyusahkan org tua. Kalau boleh yg ku kongsi dengan mrk cuma kebaikan dan kebahagiaan. Kalau sedih dan duka, tutup bawah dulang sajian di rumah sendiri.
Anak2 sekarang, terbalik sikap dan cara berfikir.Jarang berfikir susah payah ibubapa. Org manja dan tidak pandai berdikari, tidak mampu memimpin diri apatah lagi memimpin negeri.
Pelbagai alasan orang untuk rehat sementara dari berjuang. Masih belajar, HO, bisnes baru mula, baru naik pangkat, kereta belum ada, anak baru lahir, anak sakit, bini dalam pantang dan bla bla bla. Boleh berehat memang seronok apatah lagi urusan perjuangan ini bukan membuahkan sebarang RM. Tapi bagi pencari syurga istilah rehat dari perjuangan atas alasan apapun adalah kerja bahaya dan merugikan kerana takut2 nyawanya dicabut ketika tengah menikmati waktu rehat. Mereka faham benar firman Allah:
“ Tidaklah sama antara orang mukmin yang duduk ( tidak turut berperang) yang tidak mempunyai udzur dengan orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta mereka dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang –orang yang duduk satu derajat, kepada masing-masing mereka Allah menjanjikan pahala yang baik dan Allah melebihkan orang–orang yang jihad atas orang–orang yang duduk dengan pahala yang besar. Yaitu beberapa derajat, ampunan serta rahmat. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”( An Nisa 95-96 ).
Biarlah penat sesaat di dunia demi melepasi azab selama2nya di akhirat.
Jom lawan lelahmu, malasmu, manjamu, penatmu, lemah dan lembabmu.
Ada beberapa orang akhawwat berdiskusi dengan ku mengenai entri Hai Umm Qais (1) yang ku tulis dalam blog. Kata mereka, memang sepatutnya demi kelangsungan perjuangan seorang akhawwat dalam rumahtangga dan kehidupannya, ia perlu mencari teman hidup sefikrah. Ini kerana suaminya kelak pemimpin dirinya. Tapi masalah sekarang akhawwat yang memiliki kesedaran jauh lebih ramai dari ikhwah, sudah pasti menjadi kesukaran akhawwat mencari pasangan yang memiliki kefahaman yang sama. Jadi tidak salah ia mencari ‘orang lain’?. Lama juga aku berfikir, pandangan akhawwat-akhawwat itu memang ada logiknya dari beberapa sudut...Memang aku akui berdasarkan sedikit pengalaman, akhawwat lebih mudah menyahut seruan dakwah berbanding lelaki . Mungkin disebabkan akhawwat lebih ramai bilangannya di institusi kecemerlangan akademik seperti IPT dan lain-lainnya. Mungkin juga kerana bilangan wanita lebih ramai dari lelaki masa kini?. Cuma aku belum jumpa kajian yang mampu dijadikan bahan bukti sekadar mana kemampuan akhawwwat bertahan dalam meneruskan halatuju perjuangannya selepas keluar dari alam pengajian dan setelah berumahtangga. Mungkin di tangan sahabat-sahabat ku yang lebih luas pengalaman ada data terperinci mengenai perkara tersebut.
Cuma aku bertanya balik kepada akhawwat-akhawwat tersebut, kalaupun kenyataan akhawwat melebihi ikhwah, tapi sejauh mana mereka telah berusaha untuk mencari pasangan yang memiliki fikrah dan kemahuan perjuangan yang sama untuk dijadikan pasangan? Adakah dia telah berusaha bersungguh-sungguh melalui saluran pelbagai? Bukankah mencari pasangan sebegitu satu tanggungjawab, satu amanah dan satu jihad? Bukankah kita telah setuju meletakkan ‘rumahtangga’ sebagai landasan kedua selepas pembinaan peribadi dalam proses mengembalikan khilafah Islamiyyah? Atau kita ada teori perjuangan baru yang lebih pintas dari jalan tersebut? Atau kita sebenarnya masih kurang yakin dengan teori perjuangan tersebut? Kalau begitu kalian memang tidak bersama rombongan kami…kita berada di perahu yang berbeza. Tapi ‘masalahnya’ kalian sendiri yang mengatakan ‘yakin’ dengan teori tersebut dan ingin keseberang dengan perahu yang sama dengan perahu kami. Sepatutnya bila sudah yakin, kenalah berjihad mempertahankannya dan berusaha ke arah perlaksanaannya.
Persoalannya: apa usaha yang telah ukhti lakukan? Berapa kali ukhti berusaha? Mudahnya ukhti berputus asa? Bukan kah kemenangan itu bagi orang yang sanggup bersabar walau sesaat?Apatah lagi kalau anda langsung tidak pernah melakukan 'satu' usaha pun...
Tambah ku lagi…setelah memang semua usaha tidak membuahkan hasil. Putera yang dicita-citakan tidak kunjung tiba dan di sana ada lelaki lain yang mungkin memiliki nilai-nilai murni untuk pasangan bagi memperolehi zuriat yang halal…aku juga tidak berani mengatakan ‘jangan’, bahkan aku akan berkata: 'teruskan dengan pemantauan murabbiahmu. Teruskan ...tapi di atas kepala kalian ada amanah yang sangat berat di dunia dan pasti dipersoalkan di akhirat.
Pertama: Ukhti wajib memastikan kesudahannya pasangan tersebut mengimani fikrah ukhti dan memperjuangkan perjuangan ukhti. Kalau ini tidak berlaku, pastinya ukhti sendiri akan menyesalinya suatu ketika nanti. Ini bererti sepanjang perkahwinan, mad’u ukhti yang pertama dan utama ialah suami ukhti. Ini memerlukan ukhti memiliki kekuatan yang tinggi untuk mentarbiah lelaki bergelar suami dan suami ukhti pula dari jenis yang boleh ditarbiah oleh isteri. Ada yang berhujah mengenai kehidupan Zainab al-Ghazali, diapun berkahwin dengan orang yang tidak seperahu dengannya…namun kekal istiqamah dalam perjuangannya setelah keluar dari penjara? Tapi adakah tarbiah kita semantap tarbiah zainab al-Ghazali? Mana perginya akhawwat-akhawwat yang pernah berhujah dengan perkahwinan zainab al-Ghazali kini? Masa akan menentukan… tapi ukhti yang akan dihisab.
Kedua: Ukhti perlu memastikan yang perkahwinan itu tidak menyebabkan ukhti futur dari perjuangan. Ukhti mampu berjalan lancar di atas jalan dakwah ini dan menunaikan amanah tarbiah yang diwariskan kepada ukhti. Ini kerana tarbiah dan perjuangan ini satu amanah berat. Setiap kecuaian takut melambatkan perancangan dan agenda besar dakwah. Ukhti akan dimuhasabah dengan hisab yang berat di akhirat nanti. Yakinlah…
Apatah lagi kalau ukhti tergolong di kalangan mutasaqitat dari landasan perjuangan yang ukhti sendiri kata: yakin. Takut ukhti akan tergolong di kalangan mereka yang difirmankan oleh Allah:
Maksudnya: “dan sesiapa berpaling undur dari menentang mereka pada ketika itu – kecuali ia bergerak ke arah lain (untuk menjalankan tipu muslihat) peperangan, atau hendak menyatukan diri dengan pasukan yang lain – maka sesungguhnya ia tetaplah mendapat kemurkaan dari Allah, dan tempatnya ialah neraka jahanam; sedang neraka jahanam ialah seburuk-buruk tempat kembali”. [al-Anfal: 16].
Ketiga: Ukhti mampu mewariskan fikrah dan perjuangan ukhti pada diri anak-anak walau suami ukhti yang juga ketua keluarga tidak sefikrah dengan ukhti. Ini menyebabkan ukhti mengambil alih tugas memimpin keluarga dalam tarbiah dari suami ukhti. Perjuangan ini perlu diwariskan agar anak-anak ukhti mampu menjadi generasi penerus dalam agenda besar perjuangan. Bagaimana ukhti dahulu dibentuk, begitulah juga sepatutnya ukhti membentuk anak-anak ukhti. Bahkan ukhti telah terhutang budi pada fikrah dan perjuangan ini, kerananya ukhti jadi manusia hebat berbanding masa silam. Untuk membalas jasa dan sumbangan fikrah ini, ukhti perlu memastikan ada pewaris khususnya keluarga ukhti…itulah mafhum sebenar pembinaan keluarga selepas pembinaan peribadi.
Jika ukhti mampu melaksanakan semua tuntutan dakwah seperti di atas, insya Allah, kami doakan kesejahteraan untuk ukhti dan ukhti sebaris dengan zainab al-Ghazali. Ingatlah semua murabbi dan kawan-kawan setarbiah ukhti akan menyaksikan adakah ukhti telah benar-benar menunaikan tanggungjawab tersebut dan mengotakan janji ukhti pada diri, murabbi dan perjuangan ukhti. Firman Allah dalam ayat 55 surah az-Zaariyat :
وذكر فإن الذكرى تنفع المؤمنين
Maksudnya : Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatkan kerana sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang-orang yang beriman.
Adapun sengaja memilih orang yang langsung jauh dari kesedaran Islam, tidak berakhlak dan leka dengan kenikmatan dunia. Waktu itu tidak berkahwin lebih baik dari berkahwin. Kecualilah ukhti sehebat Asiah isteri Firaun dan ada murabbi sehebat Musa AS. Kami rasa akhawwat yang sudah ditarbiah bertahun-tahun tidak akan berbuat demikian…Kalau diteruskan juga, itu tandanya ukhti telah melebihkan kecintaan terhadap dunia melebih perjuangan ini...kami berlepas diri dari apa yang bakal menimpa diri..
Aku berkata kepada akhawwat-akhawwat tersebut, bahawa itu Cuma pandanganku. Mana-mana murabbi akan memberi pandangan seideal mungkin demi kelangsungan tarbiah anak didiknya. Sepatutnya menjadi tanggungjawab seorang mutarabbi menilai dengan teliti pandangan murabbinya. Jika semua itu tiada, tiadalah makna tarbiah. Bahkan dakwah ini sampai masanya memerlukan al-Indhibat dan al-Sam’u wa al-Ta’ah. Itulah manhaj yang kita fahami.
Namun seandainyanya mutarabbi memilih pandangan yang lain, itu haknya sebagai manusia yang dianugerahkan kebebasan memilih. Apapun, ia perlu membuktikan pandangannya betul di alam realiti. Kecualilah ukhti jadikan perjuangan ini sekadar tempat persinggahan alam remaja, bukannya nyawa pengerak kehidupan seluruhnya. Ukhti sendiri menentukan pilihan, tanggungjawab kami sudah selesai dengan memberi ilmu, didikan dan bahan berfikir, itu sahaja yang mampu kami berikan sebagai tanda sayang teramat sangat dan nilai ukhuwwah dari kami…mungkin kami berfikir terlalu ideal melebihi ibubapa kalian, ini kerana kami ingin menjadikan kalian pejuang sedangkan impian ibubapa ukhti mungkin berbeza…kami mengaku, mungkin pandangan kami salah dan pandangan kalian betul..kami cuma berijtihad sesuai dengan manhaj dakwah yang kami fahami, mudahan ada pahalanya…sampai masa kalau ukhti berada di tempat kami, kalian juga akan diajukan persoalan yang sama…waktu itu kalian juga akan berijtihad seperti kami. Semoga Allah memberikan apa yang kalian diimpikan, andainya impian tidak menjadi kenyataan dan gagal!…cukuplah bahan ini dijadikan muhasabah semula kerana waktu itu selayaknya kami berdiam diri. Sabda Rasulullah SAW: Siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah ia berkata yang baik-baik atau diam sahaja. Kata Imam Abu Hanifah:
-->
لا تحدث فقهك من لا يشتهيه
Jangan kau bicarakan fiqhmu pada mereka yang tidak berselera mendengarnya
Mudahan dengan berdiam diri, kami tidak menyakiti hati sesiapa…Itulah tahap tertinggi ukhuwwah kami.
Ampun maaf kalau ada yang terasa dengan kisah Umm Qais…
Apabila seorg daie lebih byk memperkatakan hal dirinya melebihi hal umatnya, bercerita hal makan minum dan kerjayanya melebihi hal dakwahnya...hati2 krn mungkin dia telah tergelincir.
( Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.) almunafiqun
Gerak kerja dakwah mcm org main bola. Ada yg suka komen itu komen ini dan banyak cakap..mereka ni selalunya penonton dan tukang serak je. Ada yang juga suka ber'kalau' dan bercita2 nak buat itu dan ini. Kadangkala mengomen dan membebel, tapi sampai kesudah jadi pemain simpanan dan duduk di tepi padang.
Pemain sebenar berada di tengah padang, kurang bercakap banyak bergerak, kenal siapa lawannya, pecah kepala berfikir bagaimana mengalahkan musuh dan menjaringkan gol, mereka inilah fokus lensa kamera dan hero sebenar. Mereka tidak lahir kecuali melalui latihan jangka panjang (baca: tarbiah). Anda berada diposisi mana dalam perjuangan ini?
PEKERJAAN, TUNTUTAN KEHIDUPAN DAN RUMAHTANGGA merupakan sebab paling kerap menjatuhkan seorang daie muda dari jalan dakwah. Ini apabila ketiga-tiga perkara tadi ditukar dari wasilah menjadi ghayah perjuangan. Akhirnya ia sesat dalam terang dan ketinggalan dari teman-teman tarbiahnya di medan sebenar. Hati-hati anak-anakku yang baru keluar U dan baru melangkah ke alam perkahwinan. — at Kolej Keris Mas UKM.
Dikata: jangan jadi seperti lalang, ikut ke manapun arah angin bertiup. Apapun lalang memiliki akar yg kuat, berhenti tiupan angin ia tegak kembali. Ramai yg hidupnya mcm lalang...hidup mengikut isu, sama ada ke kiri atau ke kanan. Tapi kalau ia memiliki akar akidah dan kefahaman yg jelas tentang agama. Mudah ia kembali kepada asal. Yg merisaukan ia bukan lalang bahkan bunga lalang yang apabila ditiup angin tak akan kembali kepada asalnya. Silap haribulan jatuh atas tahi sapi.
Anak2ku jgn lupa memperkukuhkan akar akidah, ruh, ilmu dan kefahaman. Ia tak akan diperolehi hanya dgn mengadap facebook. Takut kita dibuai dan diterbangkan oleh angin isu yg kadangkala sengaja ditiupkan oleh musuh utk memerangkap lalang2 yg lemah akarnya.
Mmg keperluan mengikuti isu dan memahaminya. Tapi umat ini tak akan dpt diselamatkan hanya dgn berteori. Daie sebenar perlu turun ke medan.
GERAKAN ISLAM DAN PENDAKWAH UMPAMA HOSPITAL DAN DOKTOR, MESTI MEMULAKAN DAKWAHNYA DENGAN MENGKAJI PENYAKIT UMMAH DENGAN KAJIAN TERPERINCI, MENGETAHUI MUSUH DAN STRATEGI MEREKA...AKHIRNYA DAKWAH MEREKA BENAR-BENAR MAMPU MENGUBATI PENYAKIT SEBENAR. TANPA KAJIAN TERPERINCI, TIDAK MUSTAHIL UBAT YG MEREKA SUNTIK TIDAK TEPAT MENGENAI MUSUH, DAN PENYAKIT AKAN BERLARUTAN. BAHKAN TIDAK MUSTAHIL YG BUKAN MUSUH DIANGGAP MUSUH. AKHIRNYA PULUHAN TAHUN USAHA, MENJADI SIA-SIA WALAUPUN MUNGKIN MEMBUAH PAHALA. GERAKAN DAKWAH DAN PENDAKWAH JUGA WAJIB MENGUPDATE KAJIAN MEREKA TERHADAP PENYAKIT DAN MUSUH KERANA MUSUH SENTIASA MENUKAR TOPENG DAN KULIT MEREKA.
"Hanya Allah sahaja yang tahu berapa malam kami telah habiskan untuk meneliti nasib dan ancaman yang menimpa ummah ini dalam segenap aspek kehidupan mereka. Kami analisa setiap punca dan penyakitnya. Kami fikirkan cara untuk mengenalpasti dan merawat penyakitnya. Hasil yang kami perolehi menyebabkan kami menangis. Betapa kami terkejut dalam keadaan kami berhadapan dengan masalah yang begitu hebat meruntun jiwa ini, ada pula golongan yang melepak di warung-warung kopi dan berulang alik ke tempat-tempat yang merosakkan. Apabila saya bertanya kepada salah seorang di antara mereka sebab mereka berada di tempat yang membuang masa dan membosankan ini, dia menjawab: Sengaja membuang masa. Tidakkah orang yang malang ini tahu bahawa orang yang membuang masa sebenarnya membunuh diri sendiri kerana masa itu adalah hayat itu sendiri. Kami amat terkejut dengan sikap mereka ini dan sikap kebanyakan golongan cendiakawan. Sedangkan mereka adalah orang yang lebih layak memikul tanggungjawab ini. Ketika itu salah seorang di antara kami berkata: Bukankah ini salah satu penyakit umat ini. Malah ia mungkin penyakit yang paling merbahaya, iaitu apabila manusia tidak berfikir tentang penyakitnya sendiri dan tidak berusaha merawat dirinya sendiri. Didorong oleh masalah ini dan masalah-masalah yang seumpama inilah kami mula mengorak langkah berusaha. Demi memperbetulkan segala kepincangan ini kami telah wakafkan diri kami. Kami bersabar dan kami bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kami orang-orang yang mengajak manusia ke arah-Nya dan bekerja demi agama-Nya." HASSAN ALBANNA
Brand sesuatu produk penting, tapi yang lebih penting produk dan isinnya. Mempromosikan brand berlebih-lebihan, sedangkan produknya tak seberapa dan kabur, menipu pelanggan namanya dan lambat laun tembelang akan pecah juga. Yang tepat ialah mempromosikan produk, menerangkan kepada pengguna apa tujuannya, kandungannya, kegunaannya, keistimewaannya dan semua perkara yang apabila pelanggan membeli, ia membelinya penuh redha dan yakin. Akhirnya ia meyakini kualiti brand yang dibeli. Dakwah juga sepatutnya begitu. Usah bergaduh dan bersaing hanya kerana brand. Kalau nak bersaing, bersainglah dalam mempromosikan produk dan perjelaskan penuh tuntas kepada umat semua sudut yang berkaitan dengannya. Biar masyarakat memilih berdasarkan kualiti bukan spekulasi. Kepada anak-anakku yang terlibat mempromosikan 'produk' dakwah...pastikan kalian menguasai semua pengetahuan mengenai produk yang berada dalam 'kantung dakwah'. Usah berlebih-lebihan mempromosi 'brand' dan bergaduh kerananya. Bila diminta penerangan tentang 'produk'...terkial-kial mencari hujah. Waktu itu hanya orang 'bodoh' yang akan membeli barangan anda.
كُلُّ مَنۡ عَلَيۡہَا فَانٍ۬ (٢٦) وَيَبۡقَىٰ وَجۡهُ رَبِّكَ ذُو ٱلۡجَلَـٰلِ وَٱلۡإِكۡرَامِ (٢٧) (25) Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa. (26) Dan akan kekallah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.
Paling dirisaukan pahala hangus terbakar akibat datang riya' setelah bertahun ikhlas, mengeluh setelah bertahun redha, kecewa setelah bertahun thabat, futur setelah bertahun istiqomah, mewar-warkan bebaikan setelah bertahun tersembunyi. Akhirnya yg tinggal di hadapan Allah hanya angka 0.
Hiasi kemurnian fikrah dan perjuangan kita dengan kecantikan akhlak. Itu membezakan pejuangan berasaskan tarbiah dengan perjuangan berasaskan hamasah (semangat).
Suatu hari Ustaz alBanna duduk berbicara bersama sahabat2 Ikhwan dan berkata: "Suatu yang pelik apabila parti2 politik menghentam kita dan istana menghentam kita. Sedangkan yg logiknya apabila kita dihentam istana, parti2 politik akan berdamai dan memuji kita, apabila kita dihentam oleh mana2 parti politik, yg lain2 akan berdamai dan membantu kita"
Kemudian ia diam seketika dan berkata: "Kamu tahu kenapa berlaku demikian itu?" ﺣﺘﻰ ﺗﻌﻠﻤﻮﺍ ﺃﻻ ﻣﻠﺠﺄ ﻣﻦ ﺍﻟﻠﻪ ﺇﻻ ﺇﻟﻴﻪ ﻭﻻ ﺗﻨﺘﻈﺮﻭﺍ ﻣﻦ ﺃﺣﺪ ﻏﻴﺮ ﺍﻟﻠﻪ ﺍﻟﻨﺼﺮ ﻭﺍﻟﺘﺄﻳﻴﺪ ﻓﺄﻟﺤﻮﺍ ﻋﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻓﻰ ﺍﻟﺪﻋﺎﺀ ﻭﺍﺟﺘﻬﺪﻭﺍ ﻓﻲ ﺍﻟﻌﻤﻞ .
Agar kamu mengetahui bahawa tiada tempat kembali kepada Allah kecuali kepadaNYA, janganlah kamu tunggu pertolongan dan bantuan dari seseorang selain Allah, merayulah pada Allah dalam doa dan bersungguh-sungguh dalam amal".
وسلم: (مثل الذي يجلس فيسمع الحكمة ثم لا يحدث عن صاحبه إلا بشر ما سمع كمثل رجل أتى راعياً فقال: يا راعي اجزرني شاة من غنمك، قال: اذهب فخذ بأذن خيرها فذهب فأخذ بأذن كلب الغنم
Dari Abu Hurairah ra berkata: Telah bersabda Rasulullah saw: “Perumpamaan orang yang duduk untuk mendengar ilmu kemudian ia tidak bercerita mengenai pengajarnya kecuali yang sesuatu yang tak elok dari apa yang ia dengar, ia seumpama seorang lelaki yang mendatangi seorang pengembala kambing dan berkata: Wahai pengembala, berikanlah kepadaku seekor dari kambing-kambingmu. Pengembala itupun berkata: pergi dan ambillah mana-mana yang terbaik (yang kau suka), lalu ia pun pergi dan membawa pulang anjing yang menjaga kambing-kambing”. (Riwayat Ibn Majah, Abu Ya’la dll).
Anak-anakku, ramai dalam kalangan kita yg mengelarkan dirinya sebagai pejuang Islam berpenyakit seperti lelaki di atas. Apabila mendengar orang bercakap atau membaca tulisan orang di blog atau facebook yang dicarinya ialah kecacatan ucapan dan tulisan orang lain. Lalu ia memberi komen dan menjaja kelemahan orang. Terlupa ia dengan kebaikan yang mungkin terkandung dalam ucapan dan tulisan orang tersebut. Mereka umpama lelaki yang diceritakan oleh Rasulullah saw.
Mereka ini diumpamakan oleh Ibnu Taimiyyah seperti lalat. Kata Ibnu Taimiyyah:
“Seorang Jahil itu umpama lalat yang tidak akan hinggap kecuali di tempat luka”. (Minhaj al-Sunnah. 6/150)
Imam Amir al-Sya’bi menyebut sifat orang sedemikian dengan katanya: “Demi Allah kalau engkau betul pada 99 perkara dan tersilap pada satu perkara, dia akan mengira bahawa engkau silap semuanya”.
Gerakan dakwah umpama permainan bola. Ada pemain di padang dan ada penyokong yg bertindak sebagai tukang sorak. Melahirkah pemain yang hebat perlukan tarbiah yang hebat dengan manhaj yang hebat dan berterusan. Pemain yang hebat tidak akan lahir kalau ditarbiah dengan manhaj tukang sorak. Semakin profesionalnya seorang pemain, semakin perlu ia kepada latihan/tarbiah yang mantap. Tiada istilah tamat silibus bagi seorang pemain profesional. Andai ia malas mengikuti latihan/tarbiah...perutnya akan menjadi boroi dan langkahnya menjadi slow. Waktu itu ia sudah tidak layak menjadi pemain, ia sekadar layak duduk dibangku penyokong dan menjadi tukang sorak. Ia juga tidak layak menjadi jurulatih kerana dikhuatiri ia mewariskan kemalasannya kepada pemain lain. Jurulatih sebenar ialah yang tidak meninggalkan latihan/tarbiah pada usia apa pun ia dan di level manapun ia berada.
Adapun penyokong, memang ia dilatih memukul gendang dan kompang sambil bersorak memberi semangat kepada kawan dan mengejek lawan. Mereka inilah yang paling bising di medan dan suka bergaduh dengan penyokong pasukan lawan. Kadangkala mereka sanggup membakar stadium kalau pasukannya kalah.
Anak-anakku, kalian ditarbiah untuk menjadi pemain profesional di medan, maka jangan berperangai seperti tukang sorak atau berperanan sebagai penyokong semata-mata. Kalian lah pengerak bola/agenda untuk mencapai kemenangan mengalahkan musuh. Biarlah satu stadium bersorak mengejek anda, usah dipedulikan. Bukankah punca kekalahan itu ialah apabila anda sudah mula 'naik angin' mendengar ejekan mereka. Apatah lagi mereka itu cuma tukang sorak yang tidak ada peranannya di padang. Fokus pada bola anda dan jaringkan gol.
Syukur ramai anak-anak buah usrahku yang telah dan akan melangsungkan perkahwinan tahun ini. Kebahagiaan mereka kebahagiaanku juga. Mudahan dakwah yang menjadi asas pemilihan akan mewarnai semua aktiviti dan halatuju rumahtangga mereka. Rumahtangga itulah yang diharapkan kelak mampu menjadi benteng mempertahankan Islam dan melahirkan zuriat pejuang seramai mungkin.
Antara pesanku pada mereka; banyakkankah kisah-kisah manis di saat semuanya masih terasa manis. Bulan-bulan awal perkahwinan semuanya manis. Untuk memaksimumkan kemanisan ‘awal’ rumahtangga, ramai pasangan sanggup habiskan ribuan ringgit untuk melancong dan berbulan madu. Saya tidaklah kata tak boleh, ikutlah kemampuan masing-masing. Namun bagi pasangan yang diikat oleh kecintaan mereka kepada dakwah dan perjuangan, selesai sahaja ikrar pernikahan, itulah saatnya mereka mula mengkotakan janji mereka kepada Allah. Janji mereka kepada ummah. Janji mereka kepada tarbiah dan para murabbinya. Saat usai ikrar pernikahan, mereka mula membina kisah-kisah manis perjuangan dalam rumhtangga yang baru dibina. Mereka tidak perlu ke pergunungan himalaya atau negara winter sonata atau umrah di Tanah Haram. Cukup bangun bersama ditengah malam, tahajjud meninsafi kurniaan tuhan. Berpegangan tangan menuju masjid di kala solat subuh menjelang. Merancang dan melaksana ziarah dakwah fardiah bersama khususnya ahli keluarga terdekat. Pergi usrah bersama. Memulakan usrah keluarga bersama, bersilibuskan tarbiatul aulad dengan bernaqibkan suami. Iktikaf sama-sama dimasjid. Itupun sudah cukup membina kenangan manis dipermulaan perjalanan rumahtangga mereka.
Untuk apa semua kisah-kisah manis ini? Rumahtangga tidak akan sentiasa belayar dilautan tenang. Ada masanya akan ditiup angin kencang kalaupun bukan ribut taufan. Waktu itu kalian perlu tempat berteduh yang nyaman. Saat cemburu memenuhi dada dan amarah naik ke kepala. Saat penyakit jemu melanda dek lamanya perjalanan dan segala yang 'umpp' dulu mula mengendur dan mengecut, kisah-kisah manis itu mampu menghangatkan kasih, mengeletek hati dan merimbas hiba. Itulah bezanya manusia dengan haiwan, Allah kurniakan kita memori dan kenangan. Orang beriman gemarkan kenangan dan kisah-kisah manis dan mudah memadam dan memaafkan kisah-kisah duka. Imam Syafie berkata:
الحر من راعىوداد لحظة
(Kebebasan itu ialah orang yang memelihara kasih walau sesaat)
Rumahtangga, permulaan perjalanannya manis dan indah, namun perjalanan seterusnya mudah dipaliti lumpur dan habuk. Perlu ‘maintenance’ yang bertambah kosnya dari hari ke hari. Umpama kereta yang anda pakai!. Tanpa kasih sayang yang berintikan iman, ramai pasangan terkandas di pertengahan jalan.
Lihatlah Rasulullah SAW dan kehidupannya berumahtangga. Kasihnya pada Khadijah tak pernah luput walau isterinya itu telah lama tiada. Seringkali ia memuji kebaikannya ketika hidup dan kisah-kisah manis antara mereka berdua hingga menimbulkan rasa cemburu isteri-isteri baginda. Hingga Aishah r.a berkata suatu hari: “Sesungguhnya Allah telah menggantikannya untukmu seseorang yang lebih baik darinya!” (HR al-Bukhari & Muslim). Baginda SAW berkata: “Demi Allah, Allah tidak pernah mengantikannya dengan sesuatu yang lebih baik darinya”. Itulah ‘power’nya kenangan yang terhasil dari kisah-kisah manis dalam kehidupan berumahtangga.
Kemanisan itu tidak hanya terhasil dari kisah-kisah bahagia dan gembira. Bagi orang beriman, kesulitan dalam membina rumahtangga dan kepayahan dalam dakwah dan perjuangan adalah kisah manis. Bahkan lebih manis dari melancong mengelilingi dunia. Kisah-kisah itulah bagi mereka album berharga yang sentiasa mengalirkan pahala. Mudahan menjadi syafaat mereka di hari bertemu yang Maha Kuasa yang mentakdirkan pertemuan jodoh mereka. Mudahan dengannya juga mereka layak memasuki tempat ‘honeymoon’ yang keindahan dan kenikmatannya tidak pernah tercapai oleh akal manusia…negara Jannatul Firdaus dan kekal di sana selama-lamanya.
Ya Allah, layakkanlah aku dan seluruh ahli keluargaku untuk mengecapi nikmat Jannatul Firdaus.