Monday, May 23, 2011

Sunnah Hidup

Sudah agak lama aku tidak menjenguk blog ku ini. Berkali-kali cuba menulis tapi tak kesampaian. Makin banyak kerja yang perlu dilaksanakan. Baik ketika beradi di Bangi atau di KK. Aku pernah mengeluh dengan isteriku. Katanya itu tandanya abang sudah tua dan sudah sepatutnya begitu. Kataku mungkin juga....

Bila aku perhatikan rakan-rakan seperjuanganku ketika di universiti, mereka juga seperti aku bahkan kadangkala lebih sibuk dari aku. Dalam masa yang sama mereka masih mampu memberi komitmen tahap tinggi untuk dakwah tanpa mengabaikan tuntutan dunia dan keluarga. Bahkan dalam usia 40 an seorang lelaki sepatutnya makin matang dalam menentukan priority hidup. Tiada yang lebih utama setelah melalui proses tarbiah lebih dari dakwah. Para sahabat Rasulullah SAW berniaga bersungguh-sungguh tetapi bukan untuk menikmatinya sendirian bahkan untuk dinafkahkan pada perjuangan dan dakwah. Mereka menggunakan segala kekuatan tenaga, kematangan usia dan kemampuan harta untuk mengangkat risalah Islam ini. Di tangan mereka terbukanya kota Mekah, Islamnya negara yang dulunya ditakluki oleh Rom dan Parsi.

Bila melihat kepada kawan-kawanku...aku sangat terasa kerdil dan mungkin masih 'bermain-main' dengan perjuangan ini. Ya Allah matikanlah kami di atas jalanmu:

حتى اذا بلغ أشده وبلغ أربعين سنه قال ربى أوزعنى أن أشكر نعمتك التى أنعمت على وعلى والدى وأن أعمل صالحا ترضاه وأصلح لى فى ذريتى انى تبت اليك وانى من المسلمين

((dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia Dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu Yang Engkau kurniakan kepadaKu dan kepada ibu bapaku, dan supaya Aku tetap mengerjakan amal soleh Yang Engkau redai; dan Jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke Dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya Aku bertaubat kepadaMu, dan Sesungguhnya Aku dari orang-orang Islam)) al-Ahqaf: 15


Read more »