Monday, November 14, 2016

LAWAN LELAHMU

Pelbagai alasan orang untuk rehat sementara dari berjuang. Masih belajar, HO, bisnes baru mula, baru naik pangkat, kereta belum ada, anak baru lahir, anak sakit, bini dalam pantang dan bla bla bla. Boleh berehat memang seronok apatah lagi urusan perjuangan ini bukan membuahkan sebarang RM. Tapi bagi pencari syurga istilah rehat dari perjuangan atas alasan apapun adalah kerja bahaya dan merugikan kerana takut2 nyawanya dicabut ketika tengah menikmati waktu rehat. Mereka faham benar firman Allah: 
ﻻ يَسْتَوِي اْلقاَعِدُوْنِ مِنَ اْلمُؤْمِنِيْنَ غَيْرُ أُوْلِي الضَّرَرِ وَاْلمُجَاهِدُوْنَ فِيْ سَبِيْلِ اللهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ فَضَّلَ اللهُ اْلمجُاَهِدِيْنَ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ عَلَى اْلقَاعِدِيْنَ دَرَجَةً وَكُلاًّ وَعَدَ اللهُ الْحُسْنَى وَفَضَّلَ اللهُ اْلمُجَاهِدِيْنَ عَلىَ اْلقَاعِدِيْنَ أَجْرًاعَظِيْمًا *  دَرَجَاتٍ مِنْهُ وَمَغْفِرَةً وَرَحْمَةً وَكَانَ اللهُ غَفُوْرًا رَحِيْماً.

 “ Tidaklah sama antara orang mukmin yang duduk ( tidak turut berperang) yang tidak mempunyai udzur dengan orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta mereka dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang –orang yang duduk satu derajat, kepada masing-masing mereka Allah menjanjikan  pahala yang baik dan Allah melebihkan orang–orang yang jihad atas orang–orang yang duduk dengan pahala yang besar. Yaitu beberapa derajat, ampunan serta rahmat. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”(  An Nisa 95-96 ).

Biarlah penat sesaat di dunia demi melepasi azab selama2nya di akhirat.

Jom lawan lelahmu, malasmu, manjamu, penatmu, lemah dan lembabmu.

Read more »

INSAN JUJUR

Malam tadi selepas isya di masjid Telipok, sempat bersembang sekejap dgn 2 org pekerja Indonesia yg bekerja membina Apartment berhampiran masjid. Setiap hari sebelum maghrib mereka akan dtg ke masjid utk solat dan rehat. Balik selepas isya ke penempatan mereka. Saya pelawa mereka kalau ada kelapangan utk bantu membersihkan masjid. Jawatankuasa akan memberikan sedikit saguhati. Segera mereka menjawab: "Nga perlu pak upah2nya. Insyaallah kalau ada kelapangan dia dan kawan2nya akan datang membantu. Bapa inform saja".

Subhanallah, sebenarnya masih ramai manusia jujur yang tidak memandang segala2nya menerusi kacamata RINGGIT walaupun saya yakin mereka sgt memerlukannya. Saya yakin org begini yg akan memenangkan Islam berbanding sesetengah orang yang dibayar utk urus agama tapi yang confirm dia lakukan ialah mengeluarkan upahnya dari ATM setiap bulan sedangkan kerja yang diamanahkan tak setanding gajinya. 

Kebetulan pagi tadi terjumpa mereka tengah tunggu bas utk ke bandar. Kata mereka: " Mau urus kiriman duit dulu buat family di Indonesia". 

Pemuda itu berasal dari tanah kelahiran datuk saya Cirebon Jawa.


Read more »