Wednesday, January 28, 2009

BILA DA’IE MASIH BANYAK BEREHAT

Baru-baru ini saya bersama family dan beberapa orang pelajar sempat menziarahi sebuah perkampungan saudara baru di Ranau. Sebahagiannya telah lama memeluk agama Islam. Hampir 50% penduduk kampung itu masih menganut agama Kristian SIB. Tak sangka rombongan kami disambut penuh kemesraan oleh penduduk kampung. Walaupun lawatan itu sekadar ziarah tidak rasmi, rupanya kehadiran kami dinanti. Sempat lagi mereka sajikan kami sarapan pagi dan makan tengahari. Asalnya kami yang ingin masak dan menjamu saudara-saudara baru...tapi terbalik pula jadinya. Mereka kata, jarang sangat orang datang menziarahi mereka untuk tujuan dakwah, kalau adapun sahabat-sahabat dari Jamaah Tabligh...itupun jarang-jarang kerana kedudukan kampung yang agak terpencil.

Sempat berbincang dengan pengerusi kampung yang juga pengerusi surau. Katanya waktu mula-mula masuk Islam dulu, pernah juga ustaz masuk ke kampung mereka, lepas tu jarang sangat yang datang. Ini menyebabkan mereka sukar untuk mempelajari dan memahami agama baru mereka (Islam). Hingga ada antara mereka yang kembali ke agama asal.

Dalam pertemuan ringkas itu, sempat memberi sedikit ceramah tentang kehebatan umat Islam dahulu dan punca umat Islam mundur zaman sekarang. Pelajar-pelajar yang ikut serta sempat memberi motivasi kepada kanak-kanak yang datang. Bila waktu zohor tiba, pelajar perempuan sempat mengajarkan beberapa orang makcik cara-cara nak sembahyang. Dah bertahun mereka Islam tapi tak tahu cara nak berwudhu dan sembahyang. Bahkan ada yang bertanya dengan ahli rombongan kami, nak solat tu adakah kita kena mandi setiap kali nak solat? Dia confuse antara wudhu dan mandi wajib!!! Subhanallah...sedih sekali. Kami yang terpaksa mengharungi hampir 3 jam perjalanan pula yang mengajarkan mereka perkara basic dalam agama..sembahyang!. Sedangkan ramai lagi umat Islam di kawasan itu yang tahu sembahyang tak tergerak hati untuk mengajarkan mereka cara nak sembahyang? Mereka saudara baru kita, yang sanggup tinggalkan agama lamanya kerana cintakan Islam. Tapi kita tak sanggup korbankan sedikit masa kita untuk mengajarkan mereka ‘sembahyang’.

Kami naik kereta 2 jam untuk sampai kesana sedang ada saudara baru yang terpaksa berjalan kaki selama 2 jam untuk sampai ke program itu dan menemui kami. Untuk belajar agama dengan orang yang tidak dikenalinya!!. Subhanallah.
Astagfirullah...

Padanlah kes-kes kembali ke agama asal berlaku akhir-akhir ini. Islamnya mereka tidak dihargai oleh saudara seagama bahkan oleh ustaz-ustazah seumpama saya...bagaimana aku nak jawab andai disoal di akhirat nanti.

Para Daie mungkin terlalu sibuk membincangkan silibus tarbiyyah, asolah dan inhirafat, ta’addud jamaah, penubuhan daulah, merancang plan strategi atau juga Rancangan Dakwah jangka panjang....hingga kekurangan tenaga untuk mengerakkan dakwah diperingkat akar umbi. Kalau berbicara sesama da’ie memang sedap bunyinya, sangat ilmiah kupasannya tentang dakwah. Bahkan hingga membawa kepada konflik dan bermasam muka bila tak sehaluan citarasa...runyanya...mereka masih banyak masa untuk membuang masa. Mereka masih banyak masa untuk berehat dan bercuti.

Bahkan ada da’ie yang hingga kini masih ditarbiyyah dalam usrah...bertahun-tahun...dari bujang sampai beranak-pinak. Tapi satu suraupun tak pernah ia makmurkan dengan dakwahnya atau tak pernah handle walaupun satu usrah yang terdiri dari 2 orang pelajar sekolah menengah. Mungkin Daie ini masih belum puas berehat.

Sampai bila kita akan berehat? Tak terlintaskah rasa simpati pada saudara seagama yang muallaf atau yang Islam asal tapi imannya sanggat malap? Tak tergerakkah untuk memulakan langkah menyerang kebatilan dan kemunduran yang menerjah ummat ini? Siapa lagi yang kita harapkan untuk menongkah arus yang menghambat kealpaan ummat hingga akhirnya berterusan menjadi warga dunia kelas ketiga. Palestin, Iraq dan alam Islami bukankah memerlukan Khilafah Islamiyyah yang mampu mengembalikan hak mereka? Macam kata-kata al-Banna yang kita sama-sama hafaz dan baca? Tapi semua itukan perlu bermula dengan tarbiah? Dakwah fardiyyah, kalau pun tak mampu melaksanakannya secara jamaiey? Masalahnya semua itu tinggal teori kalau kita yang ada 'sedikit' kesedaran, tak memulakan langkah bermula (al-Muntalaq).

Mungkin tidak perlu kita tinggalkan kepakaran dan kesibukan kita dalam bidang perbankan, perubatan, pentadbiran dan politik...tapi luak sangatkah pendapatan kita kalau kita dermakan 2 jam setiap minggu untuk membimbing 2 orang atau seorang saudara seagama kita yang se-kampung, se-pejabat, se-sekolah atau se-institusi dengan kita? Rasanya tak ada orang yang papa kedana hanya kerana meninggalkan kerja selama 2 jam seminggu untuk merealisasikan apa yang kita janji kan ketika diusrahkan di Mesir, UK, Australia, Jordan atau mana-mana gerakan dakwah suatu ketika dulu. Bukankah dulu kita berjanji nak jadi murabbi ummah?? Jauzah kita pun takkan marah kalau tinggalkan ia 2 jam seminggu di malam hari untuk mengajar orang di surau atau handle satu usrah....

Bahkan saya lebih respect seorang saudara baru yang baru memeluk Islam lebih kurang 4 tahun yang lepas, mengajar di sekolah luar bandar di Sarawak, tapi berjaya handle satu halaqah pelajar, bahkan orang pertama yang buat program sebegitu di sekolahnya. Dia cuma sempat diusrahkan selepas masuk Islam lebih kurang setahun lebih...saya sangat respect dia lebih dari sahabat-sahabat saya yang sempat menghabiskan ‘qarar’ 7 tahun...tapi tak buat apa-apa. Dia cuma sempat baca ‘Asas-Asas Islam – al-Maududi’ dan tak sampai lagi ke Muntalaq!! Tapi dia tahu peranan dan ‘cuba’ laksanakan.

Inilah bahana dan bahaya bila para da’ie begitu banyak berehat atau memilih skim pencen sebelum sampai masanya.

Sehari sebelum pergi keperkampungan itu kami sempat membaca ucapan al-Maududi dalam Syahadatul Haq, antara kata-kata yang menakutkan aku:
“Sama ada mereka(Para Rasul dan Da’ie) melaksanakan segala kewajipan syahadah ini dengan cara yang terbaik dan memastikan hujah Allah mengatasi hujah manusia. Atau kecuaian mereka akan dijadikan alasan oleh manusia di hadapan Allah kelak bahawa mereka tidak menyampaikan kalimah hak yang telah diamanahkan kepada mereka dan mereka tidak memimpin manusia sebangsa mereka menuju jalan hidup yang sebenar yang telah dinyatakan oleh kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka”

“Namun jika mereka cuai dalam melaksanakan tanggungjawab ini atau bertindak zalim dengan memutar belitkan kebenaran sehingga yang benar menjadi palsu dan palsu menjadi benar, nescaya Allah akan menghukum mereka terlebih dahulu daripada orang lain kerana kecuaian dan pendustaan mereka. Allah bukan sahaja akan hukum mereka kerana apa yang mereka lakukan malah Allah akan hukum mereka kerana apa yang dilakukan oleh orang lain yang sesat akibat kecuaian mereka tidak melaksanakan tanggungjawab mereka atau akibat tindakan mereka yang mengubah jalan yang benar melalui syahadah dusta mereka”.

Kadangkala aku terfikir, alangkah baiknya kalau aku tak terima ‘tarbiah’ ini dulu...taklah terasa nak masuk syurga tu susah sangat atau bila buat dosa, taklah terasa bersalah sangat...tapi masa sudah tidak boleh diundur. Amanah tetap amanah. Tanggungjawab tetap akan dipersoalkan. Janji tuhan pasti akan terlaksana.

Akhirnya aku kena pasrah dengan iradah Allah yang mentakdirkan diri melalui jalan ini. Jalan mulia yang terpaksa dilalui oleh orang yang kurang mulia seperti aku...sekurang-kurangnya ada juga jalan hidupku yang lurus untuk dilalui. Menjadi tempat kembali bila tersasar dari landasan hidayah. Aku ingin habiskan baki usia di atas garisannya. Sekadar termampu, aku ingin menyumbang apa yang ada untuk memperkukuhkan hidayah ini di manapun aku berada. Mudahan dipenghujung hayat, ada sedikit yang boleh dibimbit buat bekal bertemu Allah yang esa.

InsyaAllah, Kg. Muruk...kami pasti kembali.

(Dari tahun 2000 hingga 2007, hampir 14 ribu orang menganut agama Islam di Sabah, cuma terdapat beberapa pusat bimbingan saudara baru tajaan JHEAINS, USIA, JAKIM dan YADIM). P/S: Wahai rakan-rakan ku di Semenanjung..andainya kalian tak tahu cara menghabiskan baki usia...datanglah bantu kami di sini. InsyaAllah rezeki dan rahmat Allah akan menemani kalian ke sini. Missionary sanggup tinggalkan USA, Korea dan negara lain...demi mengembangkan dakwah mereka bertahun-tahun lamanya di sini...

Read more »

Sunday, January 18, 2009

HAI ANAKKU!, BELAJARLAH DARI OMBAK DAN PANTAI

BELAJARLAH DARI ALAM

Sabtu yang lepas aku sempat bawa anak-anak ke tepian pantai Teluk Likas. Sambil menikmati udara senja, boleh juga anak-anak yang bercuti tu rehat sedikit. Maklumlah tinggal di asrama kadangkala membosankan. Apatah lagi penat yang dirasai oleh anak-anak masih terasa. Beberapa hari yang lepas mereka sibuk dengan sukan peringkat sekolah.



Seperti yang dijanjikan, aku sempat memberi sedikit tazkirah pada anak-anak yang akan ambil PMR dan SPM tahun ini. Kataku Tazkirah itu sebagai ganti halaqah yang sepatutnya dibuat minggu ini.


Kami pun duduk ditepi pantai sambil makan jambu air. Kedua-dua puteri kesayangan ku duduk di kiri dan kananku sambil mendengar dan bersoal jawab denganku. Anak-anakku yang kecil sibuk bermain panjat-panjat, biarlah mereka, memang zaman mereka.


Aku bertanya pada puteri-puteriku: angkara siapakah begitu banyaknya sampah sarap di pantai. Jawab mereka: mestilah angkara manusia. Benar itu semua angkara manusia dan kesudahan menyusahkan manusia. Allah SWT dah ingatkan manusia dari awal lagi supaya memelihara alam ini yang telah diciptakan cukup indah. Allah berfirman:


وَلَا تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ بَعْدَ إِصْلَاحِهَا

(Dan janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi, sesudah (Allah) memperbaikinya) Surah al-A’raf:56

Aku bertanya lagi: Bila dah kotor macam ini, siapalah yang akan tanggung kesan kesengsaraan? Mereka menjawab: Manusialah juga yang kena tanggung, mereka yang kotorkan mereka juga yang tanggung akibatnya. Jawapan mereka sangat tepat.


Aku memulakan tazkirah sebenarnya untuk mengingatkan mereka dan aku sendiri bahawa tatkala mana manusia lari dari peraturan yang Allah dah tetapkan, kesan keburukannya menimpa diri manusia sendiri. Bahkan segala tindakan manusia yang baik atau buruk, tidak sedikitpun mendatangkan manfaat dan mudharat pada Allah SWT yang Maha Agung lagi Maha Kaya. Manusia sendiri yang akan tanggung kesannya, untung ataupun rugi.

Begitulah juga dengan mereka yang banyak buang masa, tak belajar bersungguh-sungguh untuk menghadapi peperiksaan, lalai dari mengingati tuhan…esok kalau gagal, sendirilah yang akan tanggung akibatnya. Orang lain cuma boleh tumpang simpati.


Orang lain cuma boleh bagi tazkirah dan nasihat. Tuan badanlah yang terima akibat kalau kegagalan atau penderitaan yang menimpa. Kalau masih ada yang bersimpati, itu dah di kira baik. Tapi jangan salahkan pandangan orang kalau akhirnya mereka mengatakan ‘padan muka kau’ pada kita. Ini kerana mungkin kita selama ini terkenal degil, sombong dengan pandangan orang, angkuh, tak dengar cakap, menangguh-nangguhkan kesedaran yang ada atau buat tak endah dengan nasihat orang lain. Allah SWT berfirman:


أَوَلَمَّا أَصَابَتْكُمْ مُصِيبَةٌ قَدْ أَصَبْتُمْ مِثْلَيْهَا قُلْتُمْ أَنَّى هَذَا قُلْ هُوَ مِنْ عِنْدِ أَنْفُسِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (165)

Dan mengapa ketika kamu ditimpa musibah, padahal kamu telah menimpakan kekalahan dua kali lipat kepada musuh-musuhmu (pada peperangan Badar), kamu berkata: "Darimana datangnya (kekalahan) ini?" Katakanlah: "Itu dari (kesalahan) dirimu sendiri." Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. Surah Al-‘Imran:165


Ya, apapun yang menimpa kita di masa akan datang, itu salah kita sendiri. Itu memang pilihan kita sendiri. Walau jutaan helai kertas kita tulis alas an atau nama-nama orang yang bersalah. Punca utama semua itu adalah bermula dari diri kita.


Ironinya, ada orang menunggu hingga ditimpa kegagalan baru nak berubah dan terima nasihat. Sebab itu bila ada orang minta pandangan pada aku, bagaimana nak bagi nasihat pada orang degil? Jawabku: Tunggu saat ia jatuh!.


BELAJARLAH DARI OMBAK


Aku teruskan sessi tazkirah dengan anak-anakku dengan main teka ombak. Setiap ombak yang datang, setakat mana jaraknya sampai kepantai?(kebetulan angin kencang di teluk Likas). Hampir tepat semua jawapan kerana ketinggian ombak yang sama memiliki kekuatan yang sama dan kemampuannya untuk sampai ke pantai juga sama. Aku minta puteriku melihat pada beberapa alun ombak yang datang, yang jauh lebih tinggi dari yang lain. Jarak ia sampai ke pantai lebih jauh kerana kekuatannya berbeza dari ombak-ombak kecil yang lain. Itulah undang-undang ‘sebab dan akibat’ yang Allah tentukan untuk alam ini dan termasuklah kehidupan manusia. Apapun benih yang ditanam, sudah boleh dijangka hasil yang dituai.


Kataku, kalau dalam tahun-thun sebelumnya mereka Cuma study tahap ombak kecil dan tahu resultnya tidak mencapai tahap cemerlang..maka kalau rentak yang sama dibawa ketika tingkatan 3 dan 5…tak payah tunggu hari keputusan diumumkan, awal-awal lagi keputusannya sudah boleh dijangkakan. Untuk berjaya perlu berubah dari ombak yang kecil menjadi ombak besar. Biarlah orang lain berterusan menjadi ombak kecil, tapi kalau nak menang dalam perjuangan kenalah memiliki kelainan dan menjadi ombak besar.


Berubah dari ombak kecil ke ombak besar memerlukan bantuan angin yang kencang. Angin itu adalah roh yang terbit dari kekuatan ibadah, tahajjud, puasa sunat dan kesanggupan memerah ‘waktu 24 jam’ hingga mampu menghasilkan jus kejayaan.


Samalah dengan reality kehidupan. Andainya kita hidup sama seperti orang-orang dulu yang pernah gagal dan kecewa dalam hidup, kita juga akan alami jalan cerita yang sama. Lantaran itu perlunya mencontohi kehidupan orang berjaya di kalangan para Nabi dan Rasul. Atau orang-orang terdahulu yang cukup berjaya pada pandangan mata kita. Cuma perlu betul dalam meletakkan ukuran kejayaan. Perompak yang berjaya melarikan jutaan ringgit juga beranggapan mereka telah berjaya. Apatah lagi yang mereka jangkakan cuma hasilan ribuan ringgit. Orang beriman menjadikan pembaris dan timbangan agama sebagai alat pengukur dan penimbang kejayaan seseorang.


Kekuatan agama sahaja yang dapat memastikan manusia mampu bertahan menghadapi ribut kehidupan akhir zaman yang cukup kuat. Banyak manusia telah diterbangkannya. Akhirnya terhempas di lembah penderitaan dan kegagalan.


Petang itu sekembali dari pantai dan mengerjakan solat, aku lihat anak-anak ku masing-masing ambil buku nota...mudahan mereka membesar lebih baik dari kami, meraih kekuatan yang diperlukan dan menjadi penyambung perjuangan kami untuk memartabatkan Islam kembali berkuasa di atas mukabumi.



Read more »

Tuesday, January 13, 2009

SIAPA YAHUDI? SIAPA ORANG ISLAM?

Sumber: Utusan Malaysia Online (14 Januari 2009)


SEJAK 18 hari ini seluruh dunia meratap gara-gara kezaliman Israel. Tentera Zionis terus-menerus mengebom, mengganyang rakyat Palestin. Israel, nampaknya terlalu berkuasa.

Saya tidak 'berkuasa' lagi untuk mengulas panjang mengenai peperangan sebelah pihak itu. Tapi saya ingin berkongsi dengan pembaca sekelian, siapa sebenarnya Yahudi ini dan mengapa mereka terlalu berkuasa.

Kita harus kaji secara akademik, ilmiah untuk mengetahui siapa mereka ini.

Saya amat tertarik dengan tulisan seorang penulis bebas, yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan, Dr. Farrukh Saleem (rujuk http://www.masada2000.org/Powerful-Jews.html) mengenai soal tersebut. Jadikanlah tulisan itu sebagai tatapan dan renungan kita semua - ke mana kita dan ke mana umat Islam harus pergi selepas ini. Dan, siapa yang harus disalahkan? (Nota: Sedikit sebanyak ia juga akan menjawab surat-surat dan SMS yang dihantar untuk ruangan Forum, Utusan Malaysia yang meminta ditonjolkan apakah produk di belakangnya Yahudi).

Begini tulisan beliau:

Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?

Siapa mereka ini?

Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.

Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.

Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular.

Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia).

Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.

Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.

Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).

Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).

Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).

Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).

Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia.

Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2 bilion.

Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.

Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?

Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.

Mempengaruhi

Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.

Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi.

Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?

Jawapannya: Pendidikan, pelajaran, ilmu.

Mengapa umat Islam terlalu lemah?

Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika. Setiap lima insan manusia di dunia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam. Mengapa orang Islam terlalu lemah?

Ini jawapannya: Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam.

AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian 'Kedudukan Akademik Universiti-universiti Dunia' - dan menakjubkan - tiada satu pun universiti-negara Islam yang berada di puncak 500.

Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah hampir 90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf. Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik huruf.

Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam. Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti, sementara hanya 2 peratus di negara majoriti Islam.

Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta).

Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju membelanjakan 5 peratus daripada KDNKnya.

Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan.

Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku yang dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi menentukan sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat.

Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.

Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan.

Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah di bawah AS$2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8 trilion dan Jerman AS$2.4 trilion.

Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak) bernilai AS$500 bilion; Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai lebih AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.

Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa?

Jawapannya ialah: Kurangnya ilmu. Kurangnya pendidikan dan kurangnya pelajaran.

KOMEN: DAH HAMPIR 12 TAHUN AKU JADI LECTURER, MEMANG PELAJAR MUSLIM JAUH KETINGGALAN...YG DAPAT GRED A UTK SUBJEK KEWANGAN ISLAM AKU DULUPUN BUKAN PELAJAR ISLAM. HAIRANNYA RAMAI PEMUDA ISLAM AKU TEMUI DI PUSAT SERENTI (KETIKA FORUM). kAT PENJARAPUN RAMAI KATA KAWANKU...KITA MASIH BERGELUMANG DGN ISU SOSIAL REMAJA...SEDANG BANGSA DAN UMAT LAIN SUDAH TINGGI DI LANGIT. REALITI UMMAT YG PERLU KITA UBAH DARI DALAM PERUT SENDIRI...

Read more »

Monday, January 12, 2009

GAZA: CUKUPKAH SEKADAR MARAH???



Semalam sempat aku meninjau kain putih panjang yang digantung oleh MPP UMS disepanjang jalan berhampiran Dewan Kuliah Perdana….macam-macam tulisan dan tandatangan yang aku lihat demi menyuarakan sokongan kepada Palestin dan bantahan kepada Israel. Semangat yang berkobar-kobar ini amat baik sebenarnya. Kesedaran tentang isu Palestin juga amat baik dan wajib. Tapi…cukupkah sekadar itu??


Ramaikah di kalangan pelajar sedar bahawa sejarah pertembungan antara Yahudi dan Tentera Iman ini merupakan sejarah yang panjang? Adakah mereka membaca sejarah?

Pernahkah mereka mengkaji tentang kisah, sifat dan keperibadian bangsa yahudi seperti yang diceritakan dalam kitab suci al-Quran? Rasanya ramai yang belum sempat membacanya …atau tak berminat membacanya.



Bukan apa, melalui pembacaan sejarah dan pemaparan tabiat yahudi menerusi al-Quran kita akan dapati mereka merupakan bangsa yang licik dan berperancangan. Ratusan tahun mereka merancang untuk menakluki Jerusalem setelah membuat keputusan untuk menjadikannya ibunegara Israel yang luasnya antara sungai Nil dan Furat. Ratusan tahun mereka mentarbiyyah anak-anak muda Yahudi hingga menjadi pakar dalam pelbagai bidang. Walaupun mereka sedikit bilangannya di dunia! Tapi mereka berjaya menguasai ekonomi, politik, multimedia, ketenteraan dan sosial negara-negara yang dianggap kuasa besar dunia. Mereka berjaya melahirkan pakar-pakar yang hebat dalam pelbagai bidang. Mereka berjaya menyediakan kekuatan ekonomi, ketenteraan dan politik untuk menawan Palestin bahkan dunia.

Kita pula umat Islam, walaupun bilangan kita ramai, tapi serba kekurangan dalam pelbagai bidang. Ada negarapun, ekonominya dikuasai oleh bangsa lain. Politiknya ditentukan oleh kuasa luar, ketenteraan mengharapkan teknologi musuh. Bagaimana hendak bersaing dengan musuh??

Persoalannya cukupkah dengan kita menjerit, demonstrasi, himpunkan tandatangan, solat hajat dan memaparkan kemarahan kita melalui pelbagai saluran? Saya memang yakin semua itu perlu tapi itu sekadar untuk jangka pendek. Persoalannya untuk 50 tahun akan datang, umat ini perlu kepada kekuatan yang jauh lebih hebat dari sekarang. Tiada kekuatan yang lebih hebat dari kekuatan ’RIJAL’!!. Rijal yang digunakan untuk mengambarkan lelaki muda yang memiliki kefahan perjuangan yang jelas, kekuatan ilmu, peribadi dan jasmani inilah yang sangat diperlukan untuk mengerakkan ummah membina tamadun dan seterusnya mengajar musuh-musuh ummah supaya tunduk kepada keadilan tuhan. Semangat rijal ini juga perlu ada pada srikandi ummah di kalangan wanita belia yang kini menguasai hampir 65% populasi UMS kerana mereka bakal menjadi penentu perjalanan sejarah ummah di masa akan datang.

Qunut Nazilah perlu! Solat hajat perlu! Demonstrasi perlu! Tandatangan di banner perlu! Tapi dalam masa yang sama, bahkan lebih utama, kita perlu kepada pembinaan diri dan antara yang terpenting ialah kecemerlangan dalam tarbiah dan akademik. Apa jurusan pun yang pelajar ceburi dari jurusan sains tulin hinggalah ke sains sosial sangat penting untuk membina kekuatan ummah. Kalianlah yang diharapkan untuk mengerakkannya dengan penuh semangat, inovasi yang tinggi dan kreatif. Akhirnya kalian mampu mengubah warna dunia yang ratusan tahun di conteng oleh Yahudi demi kepentingan mereka, kalian tukar warnanya menjadi warna Islam, warna keadilan Ilahi dan mampu di nikmati bersama oleh seluruh manusia tanpa mengira agama.

Cemerlangkanlah akademik anda, akhirnya nanti anda menjadi jurutera senjata yang mungkin mampu menghantar ‘senjata’ kepada pejuang Palestin melalui email...pelik tapi tak mustahil. Atau menjadi seorang hartawan yang kaya dan mampu membantu rakyat Palestin tanpa peru menubuhkan tabung bantuan kewangan! Atau menjadi seorang pengarah filem yang memaparkan kejahatan Yahudi setelah begitu banyak filem yang mereka keluarkan dan memaparkan umat Islam sebagai penganas!...kalian boleh apa saja untuk membantu ummah ini kalau kalian cemerlang. Ini kerana orang yang tak ada apa-apa tak mampu memberikan apa-apa. Jangan sesekali percaya dengan khurafat yang disebarkan yang kononnya akademik, sains dan teknologi, PNGK yang tinggi...tak penting, yang penting dakwah. Itu bukan dakwah tapi dakyah dan bid’ah...Sejak bila Islam pernah mengenepikan kepentingan semua itu dalam mana-mana proses pentarbiahan dan perjuangan? Fahamilah Islam ini dari orang-orang yang cemerlang, bukan dari orang-orang yang gagal...ini kerana Islam tak pernah kenal kecuali kecemerlangan. Orang yang gagal akan mentabrir semua kelemahannya hingga nampak masih sempurna..

Cemerlangkanlah peribadi anda, kefahaman anda, tarbiah anda hingga akhirnya kesan-kesan kebanggaan terhadap budaya barat dan pengaruhnya berjaya dikikis dari hidup kita. Akhirnya kita mampu membina keluarga dan anak-anak jauh dari pengaruh Yahudi yang telah menyuntik ummah ini ratusan tahun dengan budaya hedonisme dan cintakan dunia. Binalah rumahtangga berlandaskan budaya husnu al-Ikhtiar cara Islam dan bukannya cinta nafsu cara barat. Rajin-rajinlah menghadiri program halaqah, usrah, kuliah agama atau seumpamanya ...yang mampu memantapkan kefahaman dan menjernihkan iman anjuran Masjid UMS dan EKSAH atau mana-mana gerakan dan organisasi yang benar-benar membawa kefahaman yang jelas.

Cemerlangkanlah masa dan usia muda anda. Jangan jadikan ia medan bersukaria, jika ingin jadi pejuang agama dan negara. Penuhi ia dengan mengisi pelbagai bentuk kekuatan dan kemahiran jika ingin berjaya dan disanjung ketika tua. Jangan rosakkan maruah dan agama jika ingin bahagia. Buang sebanyak mungkin budaya Yahudi dalam bentuk berpakaian, hiburan, sifat dan sikap jika mahu melawan Yahudi. Mana mungkin kita melawan Yahudi sedang dalam diri kita dipenuhi racun Yahudi? Akhak, budaya hidup dan cara berfikir kita juga dipenuhi dengan pengaruh Yahudi...??? Ini kerana Yahudi tak akan berperang dengan robot Yahudi...

Seruan ini lebih kita tujukan kepada pemimpin-pemimpin pelajar. Kepimpinan itu bermaksud membawa orang yang dipimpin menuju kecemerlangan. Mana mungkin mampu memimpin orang untuk menjadi cemerlang sedangkan diri sendiri tidak cemerlang? Orang yang sesat jalan mana mungkin mampu menjadi penunjuk jalan.

Hanya dengan lahirnya generasi begini...yang memiliki segala kekuatan...akan mampu membina semula tamadun Islam yang hilang. Tamadun yang dulunya mampu mengajar alam erti keadilan, pembangunan dan kebahagiaan hakiki. Yahudi di zaman itu berada di penjuru dunia...terbiar dan ditindas oleh musuh-musuh mereka di kalangan orang Eropah sendiri. Kini setelah mereka miliki semua sumber kekuatan, mereka menjadi kuasa besar dan amat berpengaruh di dunia.

Tanpa kekuatan yang mencukupi, bukan sekadar tidak mampu membina tamadun dan mengalahkan Yahudi!! Membina diri dan keluargapun pasti tak mampu berdiri kukuh....

Apapun isu Palestin amat perlu menjadi agenda perbincangan ilmiah dalam program-program MPP dan universiti...bukan hanya di kalangan pelajar Muslim bahkan non-Muslim. Ini kerana isu ini melimpasi sempadan agama dan berkait rapat dengan nilai kemanusiaan. Parlimen Malaysia pun menjadikannya satu usul yang amat penting yang menghimpunkan kebersamaan dalam entiti politik yang berbeza.

Mudahan pelajar kita terdidik dengan nilai keprihatinan dan kemanusiaan yang tinggi...

Sabda Nabi SAW “Barangsiapa yang tidak mengambil berat urusan umat Islam, maka dia bukan sebahagian dari kalangan mereka”.

Sekadar menjadi bahan berfikir.

Jumlah penduduk dunia yang beragama Islam ialah 1.5 billion (21%/penduduk dunia), Yahudi (Judaism) cuma 14 million (0.22%/penduduk dunia). (Sumber:
http://www.adherents.com/Religions_By_Adherents.html

Read more »

Kenyataan Rasmi Mursyid Am Tentang Gaza


Dengan nama Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah saw dan mereka yang berwala' kepadanya (Wala' - tempat kecintaan, rujukan dsb. - pent.)..

Firman Allah swt bermaksud, “Allah menetapkan, ‘Sungguh Aku akan memenangkan (agama) Aku dan Rasul-rasulKu. Sesungguhnya Allah Maha Kuat, Maha Perkasa” (Al-Mujadalah:21). “Sesungguhnya Kami akan memenangkan Rasul-rasul Kami dalam kehidupan di dunia dan di hari dibangkitkan saksi-saksi” (Ghafir:51). Sabda Rasulullah saw bermaksud, “Akan terus dari umatku mereka yang terang-terang atas kebenaran. Tidak akan memudharatkan mereka oleh orang-orang yang memusuhi mereka sehingga datang ketetapan Allah, sedang mereka dalam keadaan sedemikian’. Sahabat bertanya, ‘Di manakah mereka’. Rasulullah saw menjawab, ‘Mereka di Jerusalem dan di sekeliling Jerusalem (Palestin)."

Wahai pendokong Dakwah ini ! Wahai mereka yang bersiap siaga di Palestin ! Wahai mereka yang di kepung di Gaza dan di Al-Khalil (Hebron) !

Setiap fasa ada kemenangan. Bila semakin sengit kezaliman dan kuat kepungan yang zalim dan semakin kuat cengkaman musuh dari kalangan bangsa sendiri terhadap pejuang-pejuang Islam, maka kezaliman sanak saudara lebih perit dirasakan ke atas jiwa kita, maka sesungguhnya kemenangan di fasa itu adalah berpegang teguh dengan Prinsip, tidak mengalah untuk mendapatkan Hak-hak, membuat persiapan untuk fasa berikutnya. Kemenangan itu juga adalah kita menang mengatasi jiwa agar tidak menjadi lemah, azam tidak mengendur, bisikan Syaitan dan perbuatan orang-orang munafik.

Imam Al-Banna berkata tentang erti Tsabat, ‘Berterusan akh itu bekerja dan berjihad di jalan mencapai matlamatnya, walau sepanjang mana tempoh dan silih berganti tahun demi tahun, hingga dia bertemu Allah dalam keadaan demikian dan dia telah menang dengan mendapat salah satu dari dua Kebaikan, samada Matlamat tersebut atau Mati Syahid di penghujungnya. Firman Allah swt bermaksud, “Dari kalangan orang-orang beriman terdapat mereka yang benar janji mereka kepada Allah. Dari kalangan mereka ada yang telah Syahid. Dan sebahagian lagi masih menunggu dan mereka tidak menrubah sedikitpun janji mereka itu” (Al-Ahzab:23). Pada kita, waktu adalah sebahagian dari rawatan (penyakit diri dan umat ini). Jalan ini panjang tempohnya, jauh fasa-fasanya, banyak halangan-halangannya, akan tetapi itulah satu-satunya Jalan yang mnyampaikan kepada apa yang dituju, disamping beroleh pulangan yang besar dan pahala yang indah.

Ya, wahai pendokong Dakwah di Palestin, bahkan dengarlah wahai semua penduduk dunia ini !

Bukan resolusi-resolusi Persidangan Anapolis atau PBB, bukan juga sidang-sidang damai bersiri demi siri, bukan juga janji-janji palsu dan ancaman yang berterusan. Buka semua itu atau seumpamanya yang akan mengembalikan hak-hak dan menamatkan Penjajahan.

Hak-hak kita akan dikembalikan, musuh-musuh kita akan terpaksa mendengar permintaan kita hingga mereka keluar dari negeri kita atau duduk dalam sidang yang serius yang boleh mewajibkan mereka mengembalikan hak-hak kita, hanyalah melalui Penentangan semata-mata, Jihad yang berterusan, berpegang teguh dengan Prinsip-prinsip, perpaduan dalam tanahair, menghidupkan ruh Penentangan dan perasaan yang tinggi, cinta kepada Syahid di jalan Allah dan tidak takut kepada mati.

Wahai para mujahid Gerakan HAMAS,

Sesungguhnya kamu telah menyambut panji-panji Jihad Penentangan terhadap Penjajahan dari generasi terdahulu. Kami telah mengibarkan panji-panji “Syahid atau Menang”. Kamu telah menyumbang para Syuhadak demi para Syuhadak yang diberkati. Betapa pemurahnya kamu menyumbangkan ribuan yang disumbat ke dalam penjara, ribuan yang menjadi luka dan cacat, ribuan janda dan anak yatim. Apabila perasaan lemah dan Wahan (cinta dunia dan takut mati – Hadis) menyelinap masuk ke dalam jiwa orang-orang yang terdahulu dari kamu di jalan Penentangan ini (mereka dulunya berjuang, kini bersekongkol dengan Amerika dan Israel – pent.), kini kamu wahai HAMAS, sehingga ke saat ini, menjadi batu pejal yang menghempap yang memusnahkan angan-angan Penceroboh, Perampas tanah dan Penjajah. Sejak 20 tahun lalu, gerakan mu tersebar di seluruh Gaza yang diberkati, Tebing Barat yang dipenuhi Jihad dan di pelusuk Palestin, dengan mengangkat panji-panji Intifadhah (kebangkitan) bersama-sama mereka yang bangkit, dan panji-panji Penentangan bersama-sama mereka yang menentang. Kamu dapat memastikan kesemua kumpulan di Palestin bernaung di bawah panji-panji Jihad dan bertarung dengan Musuh yang jahat lagi kotor, yang berusaha sepenuh tenaga untuk memecahkan kesatuan barisan rakyat Palestin. Malangnya musuh berjaya dalam banyak aspek di mana di kalangan sebahagian pemimpin Palestin ada yang menyifatkan usaha-usaha Penentangan sebagai sia-sia, Jihad dengan gambaran yang jelek yang Musuh-musuh sendiri tak tergamak untuk menyebutnya.

Ya, musuh telah berjaya membunuh simbol perjuangan Palestin, Yasser Arafat dengan menggunakan racun oleh orang-orang yang rapat dengan beliau supaya kumpulan lain yang disukai oleh musuh pula menguasai medan melalui segala bentuk godaan, ancaman, janji manis dan amaran sehingga kepungan yang zalim ini dapat berjalan dengan kerjasama kumpulan tersebut yang membantu menyiksa umatnya dan menghukun rakyatnya sendiri.

Wahai para Mujahideen HAMAS,

Telah berlalu hari-hari yang perit, dan kamu telah bertahan teguh dengan sebenar-benarnya. Penentang dan ketahanan kamu bersama dengan para penentang, mujahideen dan seluruh pelusuk dunia, telah memberikan kesan dalam menamatkan tempoh pedih dalam sejarah dunia dan Amerika yang dikuasai oleh kumpulan perampok dan orang-orang jahil ditampuk pimpinan Amerika dan antarabangsa sehingga membawa kepada kehancuran dan kerugian. Di penghujung tempoh kumpulan ini dibawah kepimpinan George Bush II, tersebar dari pusat-pusat penyelidikan terhadap jenayah-jenayah mereka terhadap kemanusiaan. Adakah di dunia ini siapa yang akan mengadili mereka di Mahkamah Jenayah Antarabangsa, setelah mereka dihukum di Pilihanraya Amerika, supaya ianya tidak berulang di masa akan datang? Jutaan manusia terbunuh, jutaan tercedera, penyiksaan yang mengerikan, tawanan rahsia, penjara rahsia dan belum lagi penggelapan ratusan bilion dolar, mensia-siakan usaha tenaga perusahan dan perniagaan serta kekayaan di peringkat antarabangsa!

Sesungguhnya tempoh perit dalam sejarah dunia juga tamat bermula di zaman Presiden Reagan. Kini dunia bersedia pula untuk masuk ke fasa baru. Umat Arab dan Islam mestilah mempunyai peranan dan tempat akan tetapi titik permulaannya ialah kita mesti merubah apa yang ada dalam jiwa kita, kemudian kita mendapatkan semula kebebasan dan hak menentu halatuju. Kita hendaklah memiliki kemahuan yang bebas dari sebarang belenggu selain dari ikatan berpegang dengan arahan Allah dan Syariat Islam.

Wahai mereka yang bersiap siaga di Bait Maqdis (Jerusalem) dan di sekeliling Bait Maqdis,

Sesungguhnya kamu bukan sahaja mempertahankan bumi dan tempat suci kamu semata-mata, bahkan kamu mempertahankan maruah umat Arab dan umat Islam seluruhnya, juga mempertahankan tempat-tempat suci umat Islam dan Kristian. Bahkan saya tidak berlebih-lebih bila mengatakan bahawa sesungguhnya kamu mempertahankan nilai kebebasan, kemuliaan dan persamaan demi kemanusiaan seluruhnya, berdepan dengan apartheid, kebencian, pembezaan, pencerobohan yang lahir dari falsafah Sekular yang dihasilkan di kurun lalu oleh benih Nazi, Komunis, Atheis yang dieksploitasikan oleh Apartheid dan Zionis. Zaman sebahagian mereka telah berlalu dan dengan izin Allah dan bantuan mereka yang mulia dan merdeka, akan mengalahkan Zionis, Apartheid dan Atheis.

Sesungguhnya Islam yang agung yang kamu kibarkan panji-panjinya, tidak mengenali perbezaan warna kulit, bahkan ia adalah agama persamaan dan toleransi, tidak membawa apartheid yang sangat dibenci manusia. Bahkan Islam ini adalah apa yang disabdakan Rasulullah saw bermaksud, ‘Setiap kamu adalah dari Adam, dan Adam adalah dari tanah”.

Kepada Umat Arab dan Islam,

Janganlah kamu diperolok dan diperdayakan oleh kempen hitam dan media yang punah diperlakukan sekehendak Syaitan. Mereka memerangi tanpa henti bersama dalam barisan musuh-musuh umat Islam. Dengarlah suara hati nurani kamu yang tidak boleh menerima tindakan berdiam diri tanpa menolong pihak yang benar, saudara mara kamu di dalam kemanusiaan, agama dan Arab. Mereka dikepung oleh semua pihak agar memaksa mereka untuk tunduk menyerah diri kepada ketamakan musuh dan perancangan Zionis.

Wahai pemimpin dan kerajaan Arab,

Tiba masa kamu harus sedar dari lamunan, dan mengambil pendirian yang sebenar-benarnya. Kembalilah menilai pendirian dan strategi politik kamu sejak berdekad-dekad lalu. Bukalah lembaran baru bersama-sama rakyat kamu demi mencapai kemuliaan dan keagungan buat umat ini.

Saya tidak akan sekadar mengajak kamu mendokong hak Palestin dan menganjur peperangan demi membebaskan Palestin semata-mata, bahkan saya menyeru agar kamu jangan bekerjasama dalam membuat kepungan yang zalim dan melenyapkan isu Palestin. Isu ini tidak akan mati. Isu ini tidak akan berhenti sehingga Kebenaran kembali kepada tuannya. Adapun kamu, maka kamu akan dihukum oleh sejarah samada menyebelahi atau mendakwa kamu. Di akhir nanti, kamu akan berdiri di mahkamah Maha Adil, Maha Mengetahui, menghitung kamu apa yang kamu perbuat, apa yang kamu zahir dan rahsiakan.

Kepada kamu wahai Mujahideen, wahai mereka yang berada di medan batalion Syuhadak di Gaza Intifadah, Gaza yang dijajah, Gaza yang dibebaskan, Gaza yang diberkati …

Bergantunglah kamu kepada Allah swt. Yakinlah terhadap kemenangan dan pertolonganNya. Ikhlaskanlah wajah kamu hanya kepada Nya semata-mata. Ketahuilah bahawa Kemenangan itu datang bersama Kesabaran. Kesatuan barisan dalam rakyat Palestin adalah mesti demi mencapai kemenangan. Bersabarlah terhadap pembangkang kamu. Tanggunglah kesakitan yang dilakukan oleh mereka yang sebangsa dengan kamu. Haapkanlah senjata kamu ke arah musuh sahaja semata-mata dan ke arah dada-dada Zionis yang menjajah.

Jangan menunggu-nunggu apa jua pun dari Obama Amerika, Syarkozy Perancis dan Bangsa-bangsa Bersatu. Jangan mengharap-harapkan apa jua dari “Mubadarah Arabiah (tawaran dari pihak Arab)” (tawaran Arab diketuai Raja Abdullah dari Saudi iaitu “Israel serah Gaza dan Tebing Barat dan Israel dapat perdamaian dari Arab”) kerana kesudahannya nanti adalah kegagalan, kerana musuh terus menggunakan politik menceroboh dan kerana ianya tidak mencapai walau hak Palestin yang minima, memusnahkan hak Pelarian Palestin untuk kembali ke kampung halaman mereka yang kita tidak mungkin mengalah dalam hal ini.

Janganlah kamu masuk ke dalam strategi bentuk perbicangan dan kata-kata, bahkan hendaklah kamu bekerjasama dengan sepenuh tenaga mereka yang ikhlas ke arah memenangkan isu kamu. Hendaklah resolusi-resolusi kamu bebas sebebas-bebasnya.

Dengarlah seruan Ilahi dari tujuh petala langit bermaksud, “Wahai orang-orang beriman, bersabarlah, kuatkanlah kesabaranmu, bersiap siagalah dan bertaqwalah mudah-mudahan kamu berjaya” (Ali Imran:200).

Allahu Akbar, walillahi Hamd.

Selawat dan salam keatas Nabi Muhammad saw, ahli keluarga dan para Sahabat.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam.

-------------------------------
Ustaz Mahdi Akef,
Mursyid Am Ikhwan Muslimin,
Kaherah.


Sumber: Laman ISMA
http://ismaweb.net/v2/Article807.html

Read more »

Sunday, January 4, 2009

KRITIKAN ITU SEBENARNYA ANUGERAH ILAHI

Berani dia kutuk aku? Perli aku? Sindir aku? Tegur kelemahan dan keaiban aku? Mungkin itu yang akan terlintas di hati kita bila kita dikutuk oleh seseorang atau mengungkit keaiban, kelemahan,dan kesalahan kita.

Lantas akan terlintas dalam hati perasaan marah, dendam dan mem’protect’ diri!!

Sebenarnya sikap sedemikian bukanlah sifat orang yang ada dalam dirinya saki baki keimanan. Orang beriman tidak akan menolak bulat-bulat ‘kutukan’, ‘amaran’ dan ‘teguran’ dalam apapun bentuknya.

Menolak peringatan, amaran dan teguran orang sebenarnya jauh lebih keji dari perbuatan keji yang kita lakukan. Yang menimbulkan rasa marah dalam diri ‘orang’ yang menegur.

Baru-baru ini seseorang menghantar kepada saya satu teguran dan peringatan. Tentang sikap dan cara saya menulis satu artikel dalam blog ini. Banyak yang dia perkatakan tentang kelemahan saya.

Lama saya termenung...tapi bukan untuk mencari siapa penghantar yang tak bernama dan apa motifnya berbuat demikian.

Saya termenung kerana rasa bersyukur sangat...dalam ramai-ramai manusia yang kenal saya, masih ada yang sudi memperbetulkan kesilapan dan menunjukkan kelemahan diri. Sedangkan di luar sana yang ramai saya temui hanyalah pujian demi pujian dari peminat yang jujur atau juga berkepentingan. Pujian sebenarnya tidak mampu saya jadikan ubat untuk mengubat jiwa yang hampir mati dan iman yang semakin hambar.

Apapun motifnya, sekasar manapun uslub yang digunakan, bagi seorang muslim semua itu sepatutnya dipandang positif dan dianggap rahmat dari yang Maha Esa. Mungkin juga sengaja Allah datangkan kepada kita orang sebegitu ‘berani’ demi memperbetulkan kesilapan kita yang kita sendiri kurang sedari atau sedar tapi tak pernah berubah dan diubah.

Saya terfikir, siapalah aku nak menolak kritikan orang sedangkan manusia yang jauh lebih mulia dari aku menerima kritikan dengan dada yang lapang dan akal yang terbuka. Itulah Umar al-Khattab R.A. Ketika ia mula dilantik menjadi Khalifah, ia berkata kepada yang hadir:
(إن رأيتم في إعوجاجا فقوموني)
(Kalau kamu melihat pada diriku ada penyelewengan, perbetulkanlah aku) Lalu seorang lelaki berkata kepadanya: “kalau kami dapati pada diri engkau ada penyelewengan, maka kami akan perbetulkan engkau dengan pedang kami” Lalu Umar berkata:
(الحمد لله الذي جعل في رعية عمر من يقومه بحد سيفه)
(Segala puji bagi Allah yang menjadikan di kalangan rakyat Umar ada yang sanggup memperbetukannya dengan pedangnya). (Ibn Jauzi. Manaqib Umar bin al-Khattab. Hal. 19)

Bersyukurlah, apabila ada orang yang sanggup menegur keaiban diri anda di dunia ini. Walau ia lahir dari seorang musuh, kebenaran tetap kebenaran. Bahkan sebenarnya ‘dia’ lah sahabat sejati. Teguran dan peringatan yang diberikan sepatutnya memotivasi diri untuk membuat penambah baikan diri.

Teguran begitu mengingatkan aku akan kelemahan-kelemahan lain yang mungkin di dunia masih boleh disembunyikan, tapi bagaimana di akhirat kelak di hadapan Rabbul Jalil? Di dunia pelbagai hujah kita boleh keluarkan untuk menolak kritikan orang dan menyembunyikan fakta! Tapi semua hujah tak ada lagi faedahnya bila berhadapan dengan Allah SWT di akhirat kelak. Ketika itu mulut akan terkunci dan yang akan menjadi saksi adalah seluruh anggota badan...

Itulah nikmatnya ‘peringatan walau sekasar manapun ia’. Kadangkala di saat hati sudah mati, ‘cara kasar’ itulah yang paling berkesan untuk menimbulkan keinsafan. Umpama sakit tenat, sering buat manusia lebih memuhasabah diri berbanding demam selsema. Al-Quran juga sering mengunakan uslub ‘nazir:amaran’ kepada orang-orang beriman agar mereka tidak terpedaya dengan kehidupan duniawi ini hingga akhirya mengugat keimanan mereka kepada Allah dan menerjerumuskan mereka ke dalam neraka.

Kehadiran ‘satu kritikan’ bagi ku jauh lebih berharga dari ‘seribu pujian’. Pujian kalau setiap hari diperolehi, lama kelamaan hilang nikmatnya. Bahkan pujian sering membuat manusia lalai dan leka. Pujian membenihkan kesombongan dan riya’. Mematikan hati dan menjauhkan diri dari hakikat diri sebenarnya.

Seorang sahabat yang sanggup ‘mengutuk’ dan ‘menegur’ kelemahan diri lebih aku perlukan dari jutaan teman yang tahunya cuma memuji.

Setelah menerima ‘kutukan’ dan ‘peringatan’...tak perlulah kita mempersoalkan uslubnya, kasar lembutnya atau pendekatannya. Fokuskan sahaja pada kebenaran fakta, agar banyak masa untuk mula memperbetulkan kesilapan dan memperelokkan kelemahan.

Sebenarnya dalam proses mentarbiah diri, setiap insan perlu sedar bahawa sebagai manusia pasti ada titik lemahnya. Titik lemah itu amat perlu diperbetulkan terlebih dahulu. Itu syarat utama meningkatkan kualiti diri. Justeru itu Imam Ibn Qayyim (Madarij al-Salikin. Jil. 1 Hal 171) ketika memperkatakan tentang muhasabah diri menyebut: (adapun sangka buruk terhadap diri sendiri amat diperlukan (dalam muhasabah), kerana sangkaan baik terhadap diri (Husnu al-Zan) menghalang seseorang dari melakukan penyiasatan yang sempurna terhadap diri dan menimbulkan kesamaran. Maka akhirnya ia akan melihat kejahatan itu baik dan keaiban itu satu kesempurnaan. Ini kerana orang yang sukakan sesuatu melihat kejahatan dan keaibannya sebagai satu kebaikan). Kata beliau lagi: ( tidak sangka buruk seseorang itu terhadap dirinya sendiri kecuali orang yang kenal benar akan dirinya. Adapun orang yang sering sangka baik terhadap diri sendiri sebenarnya sejahil-jahil manusia akan dirinya sendiri.

Keaiban diri pula kadangkala terlindung dari pandangan mata sendiri. Bak kata pepatah Melayu: Nyamuk di seberang sungai nampak sedang gajah depan mata tak nampak. Selalunya orang lain yang lebih tahu kekurangan kita. Pandangan serta tegurannya sering kali benar. Bahkan kebencian yang bersarang dalam hati musuh menyebabkan ia sering berfikir akan kelemahan musuhnya. Ia akan mencari sampai ke lubang cacing dan cuba menpamerkan kepada kita walau sehalus hama. Namun andainya ‘serangan peribadi’ itu memang satu realiti dan hakikat yang sememangnya wujud pada diri kita, tak usahlah kita menghunus senjata untuk mematahkan serangan. Ini kerana waktu itu kita berada di pihak yang salah. Menolak kebenaran walaupun dari seorang musuh Cuma akan membibitkan kebatilan yang lebih besar. Terimalah pukulan dan tikaman itu sebagai satu pengajaran. Jadikan ia titik tolak untuk meningkatkan diri. Mudahan esok yang menjelma lebih baik dari semalam yang ditinggalkan. Mudahan detik terakhir kehidupan berkesudahan dengan husnu al-Khatimah. Akhirnya setiap kita akan bersendirian juga berhadapan dengan Allah dan memikul beban dosa yang telah kita lakukan selama mana diperuntukan masa dalam hidup ini. Ibn Dahah telah mengungkapkan nasyidnya kepada Abdullah bin Muawiyyah:
فعين الرضى عن كل عيب كليلة ... كما أن عين السخط تبدي المساويا
(Pandangan redha akan menutup segala keaiban umpama malam…sepertimana pandangan benci akan mepamerkan semua keburukan)

Telah menjadi kebiasaan manusia menyembunyikan keaiban dan kelemahan diri. Orang beriman tidak akan melakukan dosa terang-terangan. Bahkan ia akan berusaha untuk menghindari kejahatan walaupun jauh dari pandangan mata manusia lain. Namun sebagai manusia biasa, kadangkala orang beriman juga pandai tersasar dari landasan. Bezanya, orang beriman apabila melakukan dosa ia terasa sesak nafas, gelisah dan sesak nafasnya. Rasulullah SAW bersabda:

إن المؤمن يرى ذنوبه كأنه قاعد تحت جبل يخاف أن يقع عليه وإن الفاجر يرى ذنوبه كذباب مر على أنفه فقال به هكذا . قال أبو شهاب بيده فوق أنفه

(Orang beriman melihat dosanya seumpama duduk di bawah bukit yang ia takut-takut bukit itu akan runtuh menimbusinya. Adapun orang jahat, melihat dosanya umpama seekor lalat sahaja yang melintas di hadapan hidungnya. Maka ia berkata kepadanya: begini...(maksudnya menghalaunya). (Riwayat Bukhari)

Itulah perbezaannya. Orang yang jauh hatinya dari iman, bila buat dosa ia tidak merasakan perbuatannya itu perkara besar. Baginya dosanya itu bila-bila masa boleh diampunkan oleh Allah dengan sedikit amalan. Bahkan ia akan melambat-lambatkan taubat. Mungkin juga ia tak malu melakukannya di hadapan orang lain.

Apapun, andainya kita menyedari wujudnya keaiban pada diri sahabat kita, menjadi tanggungjawab kita untuk menutupnya selagi terdaya. Tapi itu tidaklah bererti kita perlu menutup diri dari menasihati, menegur dan mengkritiknya. Bahkan itu sebahagian dari hak persaudaraan.

Aku sendiri jarang berkongsi kejahatan dan kelemahanku dengan orang lain. Di saat aku membukanya dan mempamerkannya pada seseorang itu bererti aku sangat mempercayai dan menyayanginya. Bagiku persaudaraan sejati ialah perkongsiaan kebaikan dan keburukan, kebahagiaan dan penderitaan. Adapun dengan orang biasa, aku sering berkongsi kebahagiaan, kegembiran dan keistimewaanku sahaja dengan mereka. Begitu juga apabila seseorang sanggup mendedahkah keaiban dan kelemahannya padaku. Itu tandanya ia amat mempercayai dan mengasihi ku. Seumur hidup ia amanah bagiku.

Sebenarnya kawan-kawan begini amat ku perlukan bukan hanya ketika senang bahkan ketika susah, ketika derita dan jatuh tersungkur. Perli, kritikan dan mungkin juga sumpah seranah dari orang-orang ini, bagi ku adalah kata-kata hikmah dan motivasi yang mampu meluruskan jalanku yang bengkok.

Kadangkala bila memikirkan kelemahan, kesalahan dan dosa...terfikir sejenak untuk meninggalkan sahaja usaha dakwah, tarbiah dan memperbaiki orang lain. Tunggu diri sampai kekemuncak kesempurnaan dan tahap tertinggi ketakwaan. Takut nantinya jadi ketm yang cuba mengajar anaknya berjalan lurus. Berkata sesuatu yang tidak dilaksanakan. Tapi persoalannya...apakah itu kesempurnaan? Bila aku akan mencapai kesempurnaan?

Kadangkala di depan mata ada ‘hamba-hamba Allah’ yang aku respect peribadinya dari satu sudut, tapi di sudut yang lain kebaikannya hanya sekadar untuk dirinya. Ia langsung tidak memanfaatkan kebaikannya untuk memperbetulkan orang yang ada di sekelilingnya. Mereka ini seumpama golongan ‘al-‘Abiduun al-Halikuun’ (Ahli Ibadah yang binasa) yang digambarkan pengarang al-Muntalaq.

Lantaran itu aku mengambil keputusan untuk terus ‘melakukan sesuatu yang baik’, kalau itu dakwah atau tarbiah...maka itulah dakwah dan tarbiah cara ku. Mudah-mudahan sedikit kebaikan dan kejujuran yang ada menjadi pengimbang kejahatan yang dilakukan sepanjang kehidupan. Allah SWT telah berjanji ketika berfirman:

إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّئَاتِ

(Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk) (Hud:114)

Mudahan-mudahan Allah SWT terus menganugerahkan aku kawan atau lawan yang tidak lokek dengan nasihat, peringatan dan kritikan. Kepada mereka yang berada di sekelilingku, mengenaliku, pernah berguru denganku atau menjadi guruku...andainya kalian melihat pada diriku sesuatu yang tercela...jangan takut menegurnya. Mudahan kalimah yang keluar dari mulut kalian menjadi sebab diri ini terhindar dari berterusan dalam nista dan terselamat dari azab neraka.

Umar sekali lagi menjadi contoh dalam hal ini ketika seorang lelaki berkata kepadanya: ‘’ Wahai umar! bertakwalah engkau kepada Allah’’. Seorang lelaki lain cuba membantah perbuatan lelaki tersebut, tapi Umar berkata kepadanya:
" دعه فليقلها لي، .. لا خير فيكم إن لم تقولوها، ولا خير فينا إن لم نقبلها منكم".
(biarkan ia memperkatakannya kepadaku, tidak ada kebaikan kepada kamu kalau kamu tidak memperkatakannya dan tidak ada kebaikan kepada kami kalau kami tidak menerimanya daripada kamu”. (Ibn Jauzi, Munaqib Umar al-Khattab: Hal. 155)
Terima kasih buat sahabat yang sanggup menegur, itu tandanya saya masih penting bagi mereka. Masih ada di hati mereka. Moga Allah jadikan kebaikan pada apapun yang keluar dari mulut kita. Moga Allah terus pautkan hati-hati kita untuk melayari baki hidup ini mencari redhaNYA. Mudahan Allah himpunkan kita semua berjiran di syurga. Allahumma Amin.

Read more »

Friday, January 2, 2009

GAZA BERMANDI DARAH SYUHADA


Tak tahu nak komen apa? Rasa nak marah! sedih! semua ada...
Apapun Para Syuhada' itu telah menemui tuhannya dengan penuh kemuliaan. Tiada yang lebih mulia, lebih dari kematian mempertahankan agama.

Aku terfikir...di sini aku masih sempat lagi tulis blog sambil makan kacang... masih sempat buang masa, tambah dosa yang memang sudah setinggi gunung kinabalu...sedang dalam hati masih berangan-angan nak masuk syurga?...Ya Allah...jauhnya aku dari mereka sedangkan aku juga pernah dibesarkan oleh mereka...

Wahai ikhwani, doakanlah kami di sini terus thabat atas 'jalan kita' seperti thabatnya kalian. Doa kalian jauh lebih makbul dari doa kami yang masih sempat berwudhukan air sirap merah sedang kalian berwudhukan darah merah.

Read more »