Sunday, June 10, 2012

ANTARA DUA DUNIA

Read more »

JANGAN JADI LALAT

وسلم: (مثل الذي يجلس فيسمع الحكمة ثم لا يحدث عن صاحبه إلا بشر ما سمع كمثل رجل أتى راعياً فقال: يا راعي اجزرني شاة من غنمك، قال: اذهب فخذ بأذن خيرها فذهب فأخذ بأذن كلب الغنم


Dari Abu Hurairah ra berkata: Telah bersabda Rasulullah saw: “Perumpamaan orang yang duduk untuk mendengar ilmu kemudian ia tidak bercerita mengenai pengajarnya kecuali yang sesuatu yang tak elok dari apa yang ia dengar, ia seumpama seorang lelaki yang mendatangi seorang pengembala kambing dan berkata: Wahai pengembala, berikanlah kepadaku seekor dari kambing-kambingmu. Pengembala itupun berkata: pergi dan ambillah mana-mana yang terbaik (yang kau suka), lalu ia pun pergi dan membawa pulang anjing yang menjaga kambing-kambing”. (Riwayat Ibn Majah, Abu Ya’la dll).

Anak-anakku, ramai dalam kalangan kita yg mengelarkan dirinya sebagai pejuang Islam berpenyakit seperti lelaki di atas. Apabila mendengar orang bercakap atau membaca tulisan orang di blog atau facebook yang dicarinya ialah kecacatan ucapan dan tulisan orang lain. Lalu ia memberi komen dan menjaja kelemahan orang. Terlupa ia dengan kebaikan yang mungkin terkandung dalam ucapan dan tulisan orang tersebut. Mereka umpama lelaki yang diceritakan oleh Rasulullah saw.

Mereka ini diumpamakan oleh Ibnu Taimiyyah seperti lalat. Kata Ibnu Taimiyyah:

فَإِنَّ الْجَاهِلَ بِمَنْزِلَةِ الذُّبَابِ الَّذِي لَا يَقَعُ إِلَّا عَلَى الْعَقِيرِ


“Seorang Jahil itu umpama lalat yang tidak akan hinggap kecuali di tempat luka”. (Minhaj al-Sunnah. 6/150)
Imam Amir al-Sya’bi menyebut sifat orang sedemikian dengan katanya: “Demi Allah kalau engkau betul pada 99 perkara dan tersilap pada satu perkara, dia akan mengira bahawa engkau silap semuanya”.

Read more »

ANDA BUKAN TUKANG SORAK

Gerakan dakwah umpama permainan bola. Ada pemain di padang dan ada penyokong yg bertindak sebagai tukang sorak. Melahirkah pemain yang hebat perlukan tarbiah yang hebat dengan manhaj yang hebat dan berterusan. Pemain yang hebat tidak akan lahir kalau ditarbiah dengan manhaj tukang sorak. Semakin profesionalnya seorang pemain, semakin perlu ia kepada latihan/tarbiah yang mantap. Tiada istilah tamat silibus bagi seorang pemain profesional. Andai ia malas mengikuti latihan/tarbiah...perutnya akan menjadi boroi dan langkahnya menjadi slow. Waktu itu ia sudah tidak layak menjadi pemain, ia sekadar layak duduk dibangku penyokong dan menjadi tukang sorak. Ia juga tidak layak menjadi jurulatih kerana dikhuatiri ia mewariskan kemalasannya kepada pemain lain. Jurulatih sebenar ialah yang tidak meninggalkan latihan/tarbiah pada usia apa pun ia dan di level manapun ia berada.


Adapun penyokong, memang ia dilatih memukul gendang dan kompang sambil bersorak memberi semangat kepada kawan dan mengejek lawan. Mereka inilah yang paling bising di medan dan suka bergaduh dengan penyokong pasukan lawan. Kadangkala mereka sanggup membakar stadium kalau pasukannya kalah.

Anak-anakku, kalian ditarbiah untuk menjadi pemain profesional di medan, maka jangan berperangai seperti tukang sorak atau berperanan sebagai penyokong semata-mata. Kalian lah pengerak bola/agenda untuk mencapai kemenangan mengalahkan musuh. Biarlah satu stadium bersorak mengejek anda, usah dipedulikan. Bukankah punca kekalahan itu ialah apabila anda sudah mula 'naik angin' mendengar ejekan mereka. Apatah lagi mereka itu cuma tukang sorak yang tidak ada peranannya di padang. Fokus pada bola anda dan jaringkan gol.

Read more »

Monday, February 13, 2012

KISAH MANIS


Syukur ramai anak-anak buah usrahku yang telah dan akan melangsungkan perkahwinan tahun ini. Kebahagiaan mereka kebahagiaanku juga. Mudahan dakwah yang menjadi asas pemilihan akan mewarnai semua aktiviti dan halatuju rumahtangga mereka. Rumahtangga itulah yang diharapkan kelak mampu menjadi benteng mempertahankan Islam dan melahirkan zuriat pejuang seramai mungkin.

Antara pesanku pada mereka; banyakkankah kisah-kisah manis di saat semuanya masih terasa manis. Bulan-bulan awal perkahwinan semuanya manis. Untuk memaksimumkan kemanisan ‘awal’ rumahtangga, ramai pasangan sanggup habiskan ribuan ringgit untuk melancong dan berbulan madu. Saya tidaklah kata tak boleh, ikutlah kemampuan masing-masing. Namun bagi pasangan yang diikat oleh kecintaan mereka kepada dakwah dan perjuangan, selesai sahaja ikrar pernikahan, itulah saatnya mereka mula mengkotakan janji mereka kepada Allah. Janji mereka kepada ummah. Janji mereka kepada tarbiah dan para murabbinya. Saat usai ikrar pernikahan, mereka mula membina kisah-kisah manis perjuangan dalam rumhtangga yang baru dibina. Mereka tidak perlu ke pergunungan himalaya atau negara winter sonata atau umrah di Tanah Haram. Cukup bangun bersama ditengah malam, tahajjud meninsafi kurniaan tuhan. Berpegangan tangan menuju masjid di kala solat subuh menjelang. Merancang dan melaksana ziarah dakwah fardiah bersama khususnya ahli keluarga terdekat. Pergi usrah bersama. Memulakan usrah keluarga bersama, bersilibuskan tarbiatul aulad dengan bernaqibkan suami. Iktikaf sama-sama dimasjid. Itupun sudah cukup membina kenangan manis dipermulaan perjalanan rumahtangga mereka.

Untuk apa semua kisah-kisah manis ini? Rumahtangga tidak akan sentiasa belayar dilautan tenang. Ada masanya akan ditiup angin kencang kalaupun bukan ribut taufan. Waktu itu kalian perlu tempat berteduh yang nyaman. Saat cemburu memenuhi dada dan amarah naik ke kepala. Saat penyakit jemu melanda dek lamanya perjalanan dan segala yang 'umpp' dulu mula mengendur dan mengecut, kisah-kisah manis itu mampu menghangatkan kasih, mengeletek hati dan merimbas hiba. Itulah bezanya manusia dengan haiwan, Allah kurniakan kita memori dan kenangan. Orang beriman gemarkan kenangan dan kisah-kisah manis dan mudah memadam dan memaafkan kisah-kisah duka. Imam Syafie berkata:

الحر من راعى وداد لحظة
(Kebebasan itu ialah orang yang memelihara kasih walau sesaat)

Rumahtangga, permulaan perjalanannya manis dan indah, namun perjalanan seterusnya mudah dipaliti lumpur dan habuk. Perlu ‘maintenance’ yang bertambah kosnya dari hari ke hari. Umpama kereta yang anda pakai!. Tanpa kasih sayang yang berintikan iman, ramai pasangan terkandas di pertengahan jalan.

Lihatlah Rasulullah SAW dan kehidupannya berumahtangga. Kasihnya pada Khadijah tak pernah luput walau isterinya itu telah lama tiada. Seringkali ia memuji kebaikannya ketika hidup dan kisah-kisah manis antara mereka berdua hingga menimbulkan rasa cemburu isteri-isteri baginda. Hingga Aishah r.a berkata suatu hari: “Sesungguhnya Allah telah menggantikannya untukmu seseorang yang lebih baik darinya!” (HR al-Bukhari & Muslim). Baginda SAW berkata: “Demi Allah, Allah tidak pernah mengantikannya dengan sesuatu yang lebih baik darinya”. Itulah ‘power’nya kenangan yang terhasil dari kisah-kisah manis dalam kehidupan berumahtangga.  

Kemanisan itu tidak hanya terhasil dari kisah-kisah bahagia dan gembira. Bagi orang beriman, kesulitan dalam membina rumahtangga dan  kepayahan dalam dakwah dan perjuangan adalah kisah manis. Bahkan lebih manis dari melancong mengelilingi dunia. Kisah-kisah itulah bagi mereka album berharga yang sentiasa mengalirkan pahala. Mudahan menjadi syafaat mereka di hari bertemu yang Maha Kuasa yang mentakdirkan pertemuan jodoh mereka. Mudahan dengannya juga mereka layak memasuki tempat ‘honeymoon’ yang keindahan dan kenikmatannya tidak pernah tercapai oleh akal manusia…negara Jannatul Firdaus  dan kekal di sana selama-lamanya.

Ya Allah, layakkanlah aku dan seluruh ahli keluargaku untuk mengecapi nikmat Jannatul Firdaus.

Read more »

Thursday, February 2, 2012

RESEPI ASOLAH

Cepat-cepat aku memandu menuju sebuah restoran yang sudah agak lama tidak ku ziarahi. Dulu masakan di situ sangat sedap menurut rasa lidahku. Kedai itu tidak banyak berubah. Nama kedai tetap sama, menu yang tertampal juga sama bahkan tokey dan pekerjanya juga sama. Akupun memesan menu yang biasanya menjadi kegemaranku. Tomyam kelapa muda dengan ayam dan nasi putih. Nama tomyamnya pun sudah istimewa belum lagi rasanya.

Setelah menunggu agak lama, tomyam yang ku pesanpun sampai. Selepas bismillah aku mulakan dengan menghirup kuah tomyam….baru masuk sedikit ke mulut…cisss..aku bertanya dalam hati? Tomyam apa ni? Sangat tak sedap dan sangat berbeza dari beberapa bulan sebelumnya. Memang tak sedap…. Patutlah aku lihat kedai itu mula lengang, tidak seperti dahulu. Ku kira-kira tak sampai separuhpun meja di kedai itu yang diduduki pelanggan. Kalau dulu terpaksa tunggu giliran untuk dapatkan tempat duduk,. Oleh kerana takut membazir akupun cuba habiskan tomyam tersebut dengan memaksa mulut menelannya. Tapi hatiku terus membentak walau tanpa sebarang bicara.

Sepanjang perjalanan pulang aku berfikir, apa yang telah jadi pada kedai itu?
Nama kedai tidak berubah, menu tidak berubah, nama menu tidak berubah!. Tukang masak ku lihat juga orang yang sama!. Pelayannya juga sama!. Tapi kenapa tomyam kelapa mudanya tidak sesedap dulu. Pelangganpun semakin berkurangan!.

Satu kesimpulan yang aku buat, mungkin tukang masak sudah menukar resepinya atau resepinya tidak berubah tetapi ia memasaknya sambil lewa. Akhirnya masakannya sudah tidak sama seperti biasa. Kalau berubah untuk lebih sedap tak apalah juga, ini sebaliknya.

Begitulah juga sebenarnya dalam dakwah dan perjuangan. Setiap gerakan ada objektif, manhaj, wasilah dan kefahamannya tersendiri. Itu membezakannya dari nama-nama lain di lapangan. Semua itu selalunya sudah wujud semenjak gerakan itu ditubuhkan. Ahli dan kepimpinan biasanya akan dididik untuk memahami dan bergerak atas landasan manhaj dan kefahaman tersebut. Metod tersebut selalunya bertulis dan diperturunkan dari generasi ke generasi agar kefahaman mereka sama walaupun zaman berubah. Agar mereka boleh membezakan antara yang thawabit dan mutaghaierat. Agar yang thawabit kekal thawabit dan ianya menjadi lambang asolah (tulen) nya dakwah mereka. Imam Hassan al-Banna pernah menyebut: kita ingin jelaskan objektif kita kepada seluruh manusia. Kita mahu bentangkan pendekatan kita di hadapan seluruh manusia. Kita ingin kemukakan dakwah kita kepada semua. Kita mahu kemukakan dakwah ini tanpa berselindung dan berlapik. Dakwah ini lebih cerah secerah cahaya mentari, seterang sinar fajar, sejelas siang hari (Dakwatuna). Objektif, manhaj dan wasilah yang Imam al-Banna bicarakan dan menjadi asas perjuangannya adalah merupakan pusaka agung peninggalan Rasulullah SAW bersama sahabat-sahabatnya. Ia merupakan resipi dakwah tulen hasil dari wahyu ilahi yang sentiasa memandu Rasulullah SAW setiap masa. Ia bukan resepi perjuangan yang terhasih dari ‘try and error’.

Mana-mana perjuangan yang tidak jelas objektif, manhaj, wasilah dan kefahaman dakwahnya pasti akan berkubur. Kalaupun ia terus berjalan pasti akan mengakibatkan kemalangan. Umpama orang memandu sambil mengantuk atau lagi bahaya kalau mabuk!.

Selalu anak muda bertanya kepadaku, bagaimana nak kenal asas, objektif, manhaj, wasilah dan kefahaman sesebuah gerakan Islam. Jawabku baca buku tulisan pimpinan mereka atau lihat saja undang-undang tubuh mereka. Ada yang bertanya balik: masalahnya banyak yang tak bertulis dan tak berbuku. Jawabku; mungkin perjuangan mereka sirr, esklusif atau terpulang kepada setiap generasi mentafsir sendiri kemahuan dan pendekatan mereka.

Justeru itu, permulaan kewajipan para daie selepas memahami Islam ialah memahami usul dakwahnya. Ini melibatkan semua fiqh al-Dakwah. Bertitik tolak dari kefahaman tersebut membolehkan ia mengukur bahtera mana yang akan membawanya belayar, halatuju dan laluan apa yang akan digunakan. Agar ia tidak membazirkan potensi yang ada pada dirinya dan usia yang bakal dihabiskan untuk satu arah yang tak pasti atau pasti tapi laluannya memustahilkan ia sampai.

Bagi pendukung dakwah, mengekalkan ketulenan dakwah adalah satu amanah. Amanah kerana ia ditugaskan menjadi penyambung ikatan dakwah dari orang sebelumnya yang yang menjadi pengasas dakwah ini. Mengubah resepinya hingga lari dari resepi asolahnya atau tidak bersungguh-sungguh dalam melaksanakannya adalah satu pengkhianatan terhadap amanah tersebut dan tidak mustahil halatuju akan berubah dan impian generasi pertama akan tinggal mimpi sahaja. Waktu itu sudah tidak banyak lagi peranan nama yang ditulis pada menunya kerana setelah merasainya, orang pasti sedar bahaya ia sudah tidak ‘ori’ dan ‘tidak sedap’. Kaedah menyebut:

العبرة بالمسميات والمضامين، لا بالأسماء والعناوين

(Sesuatu perkara itu dikira berdasarkan ciri-ciri dan isi kandungnya, bukan pada namanya dan tajuknya).

Persoalannya siapakah yang akan tahu dakwah itu masih tulen atau tidak? Ia samalah seperti masakan tomyam air kelapa ayam yang saya makan…kerana saya sudah biasa memakannya saya tahu yang rasanya sudah berubah. Tapi saya yakin kalau tukang masak mahir yang pertama sekali mencipta resepinya merasai hasil tangan tukang masak itu, sudah pasti ia lebih marah dari saya, sebab sangat tidak bertepatan dengan resepi asal, bahkan tidak sedap sama sekali bila dimakan.

Saya sedih juga bila melihat pelanggannya semakin berkurangan. Terfikir juga saya, apa yang perlu dilakukan oleh kedai itu untuk maju semula…mungkinkah dengan membuat renovation besar-besaran? Mungkin juga dengan menukar nama dan papan tanda kedai? Mungkin juga dengan mempelbagaikan iklan di media-media tempatan? Mungkin juga dengan memanggil artis-artis terkenal untuk menjadi ikon? Mungkin semua itu boleh meningkatkan sedikit jualan. Tapi, saya yakin kalau resepi asal yang menyebabkan kedai itu dulu dipenuhi pelanggan tidak dikembalikan atau ada resepi yang mungkin lebih baik dari resepi asal tidak diketengahkan, tidak mustahil segala usaha marketing dan pengiklanan akan gagal.

Jom anak-anak, kita belajar resepi asolah.






Read more »

Sunday, January 29, 2012

ANTARA FATWA ULAMA ANTARABANGSA VS FATWA PBB

Aku tak mudah sangat nak mengomen isu yang ada kaitan dengan politik sebab aku yakin ramai mereka berkepentingan dan kebanyakannya tak jelas hala tuju perjuangannya dan apa yang diperjuangkannya. Sebagai muslim biasa aku akan menoleh kepada Quran dan Sunnah Rasulullah SAW dan kitab-kitab agama yang pernah aku baca sebelum menerima apapun cakap orang. Sebab yang paling benar adalah Allah dan RasulNya. Namanya manusia pastinya pandai tersilap...

Bila isu besar umat Islam seperti isu Palestin di perbahaskan, naik juga temperature darahku kalaupun tak sampai menggelegak. Maklumlah imanku bukanlah hebat sangat. Tapi dalam 'kekurangan' iman pun aku boleh bezakan mana satu yang perlu diikuti...antara fatwa ulama Islam sedunia yang berteraskan al-Quran dan al-Sunnah dengan resolusi PBB yang berteraskan Human Right tafsiran barat. Perkara yang terlalu basic dan sangat mudah difahamipun ramai yang tak boleh faham. Itulah kejahilan paling besar umat akhir zaman. Dalam isu Palestin aku menerima fatwa Jamaie  ulama-ulama ini.

FATWA ULAMA ANTARABANGSA TENTANG PENGHARAMAN MELEPASKAN SATU JUZUK DARI BUMI PALESTIN

Segala puji bagi Allah yang mengisra’kan hambanya pada suatu malam dari masjidil haram menuju masjidil aqsha, shalawat dan salam kepada Rasulullah yang diisra’kan menuju negeri penuh berkah bagi alam semesta, kiblat pertama umat Islam, negeri para Nabi, tempat diturunkan risalah, bumi jihad dan ribath (yakni berjaga dimalam hari ketika jihad, pent), hingga hari kiamat. Juga kepada keluarganya dan sahabatnya yang telah mempersembahkan darahnya yang suci untuk bumi thayyibah (bumi penuh kebaikan), hingga Islam tegak di sana, meninggikan panjiNya, dan mengusir darinya musuh-musuh yang mengotori kesuciannya dari syirik dan kekafiran. Juga kepada orang-orang yang mewarisi negri ini, lalu menjaga pusaka kaum muslimin ini, dan membelanya dengan harta dan jiwanya.

Wa ba’du,

Sesungguhnya adalah tugas ulama Islam dan cendikiawannya untuk menjaga kaum muslimin dan membimbing mereka dari jalan yang sempit, perkara-perkara yang menyulitkan, dan membahayakan.

Kami yang bertanda tangan, menegaskan kepada kaum muslimin di saat kondisi sulit seperti sekarang ini, bahwa Yahudi adalah manusia yang paling keras permusuhannya dengan orang-orang beriman, mereka merampas Palestin, merusak kehormatan kaum muslimin, menyiksa penduduknya, dan menodai kesuciannya. 
Selamanya, mereka tidak boleh dibiarkan sampai kemerdekaan bagi kaum muslimin, tidak dibenarkan eksistensi dan penguasaan mereka atas kaum muslimin, di mana pun.

Kami meyakini, dengan apa-apa yang telah Allah tegaskan kepada kami, yaitu berupa janji dan ikrar dalam 
Al Qur’an yang haq, bahwa jihad adalah satu-satunya jalan untuk membebaskan Palestina. Tidak boleh mengakui keberadaan Yahudi di tanah Palestin atau menyerahkan sejengkal tanahnya, atau mengakui hak mereka walau sedikit.

Sesungguhnya mengakui mereka adalah bentuk khianat terhadap Allah, rasulNya, dan amanah kaum muslimin yang seharusnya dijaga. Allah berfirman:
"يا أيها الذين آمنوا لا تخونوا الله والرسول وتخونوا أماناتكم وأنتم تعلمون"
“Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu khianati Allah, RasulNya, dan jangan khianati amanah yang ada padamu, padahal kamu mengetahuinya.” Adakah khianat yang lebih besar daripada menjual tanah suci kaum muslimin dan menyerahkan negeri-negeri muslim kepada musuh-musuh Allah, Rasul dan orang-orang beriman?

Kami meyakini, Palestin adalah bumi Islam selamanya. Pasukan Islam akan membebaskannya dari cengkeraman Yahudi, sebagaimana pernah dibebaskan oleh Shalahuddin al- Ayyubi dari cengkeraman kaum salib, kalian akan mengetahui kebenaran berita ini.

Semoga salawat dan salam tercurah kepada Rasulullah, keluarganya, dan para sahabatnya.



Yang bertanda tangan:

Mesir
Sheikh Mustafa Masyur
Sheikh Muhammad al-Ghazali,
Dr: Youssef Qaradawi,
Dr Abdul Sattar Fathallah Said
Dr Ali ahli Salous Fakulti.
Dr Tawfiq al-sedar
Dr Ahmed Mohamed El-Assal,
Sheikh Hafiz Salamah
Sheikh Mahmoud Eid
Dr Mostafa Mohamed ahli Arjaoui
Sheikh Mohammed Zaki al-Din Muhammad Qasim
Sheikh Abd al-Rahman Abd al-Khaliq

Pakistan
Mr Qazi Hussain Ahmed, Dari Palestin
Palestin
Dr Omar Suleiman al-Asqor
Dr Muhammad Naeem Yaseen
Dr Mohamed Othman Shabir
Al-Syahid Dr Abdullah Azzam
Dr Hammam Said
Dr Essa Zaki Shakra.
Dari Afghanistan
Sheikh Abdul Rasul Sayyaf
Gulbuddin Hekmatyar Sheikh
Sheikh Burhanuddin Rabbani
Sheikh Ahmed Shah

Dan Sudan
Dr Syed Ahmed Mohamed Atta
Dr Essam Al-Bashir
Encik Sadiq Abdullah Abdul Majid
Dr  al-Amin Mohamed Osman

Dan India

Sheikh Zbo Laits al-Nadawi
Encik Noor Mohammad
Sheikh Abdul Halim Ahmed
Profesor Mufti Shamsuddin
Encik Abdul Haq
Profesor Wahiduddin Khan

dari Turki
Prof Dr Necmettin Erbakan
Encik Oguzkhan
Encik Muhammad Amin Siraj

dari Syria
Dr Wahba Zuhayli
Dr Nazih Hammad
Dr Ahmed Hassan Farhat

dari Kuwait
Dr Khalid al-Mazkur
Dr Ajeel Nashmi
Sheikh Nadir Noori
Dr Mohammad a-Sharif
Sheikh Abdullah al-Matouq
Sheikh Ahmed Al Qattan
Sheikh Jassim

dari Jordan
Dr Ibrahim Zeid al-Kilani

dari Iraq
Sheikh Tais Abdullah al-Jumaili
Dr Taha Jabir al-Alwani
Mohamed Ahmed Rashid
dari Lebanon
Dr Fathi Yakan
Sheikh Muharram Arefi
Sheikh Faisal al-Mawlawi.

dari Algeria
Encik Mahfouz Al-Nahnah

dari Tunisia
Encik Rashid Ghannouchi
dari Oman
Sheikh Ahmed bin Hamad al Khalili
dari Guinea
Sheikh Abdul Rahman Bah
dari Magribi
Dr Abdul Salam al-Haras
dari Republik Comoros
Sheikh Mohammad Abdul Rahman

(Sumber: Diterjemahkan dan diedit oleh Farid Nu’man dari kitab Fatawa ‘Ulama al Muslimin bi tahrimi at Tanazul ‘an Ayyi Juz’in min Falisthin, hlm. 16-19. Cet.1. 1410H Jumadits Tsaniyah/ 1990M Januari. (Penerbit Jam’iyyah al Ishlah al Ijtima’iy, Kuwait)

Read more »