Friday, November 28, 2008

SAHABAT: URWAH BIN MAS'UD

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.

Ibnu Hajar al-Asqalani menyebut dalam kitabnya (الإصابة في تمييز الصحابة) bahawa setelah Rasulullah SAW pulang dari berdakwah dengan penduduk Taif tahun ke 9 ke rasulan baginda. Ia telah diekori oleh Urwah bin Masud al-Thaqafi, Lalu ia mengistiharkan pengislamannya kepada Rasulullah SAW. Selesai sahaja memeluk agama Islam meminta izin kepada Rasulullah SAW supaya membenarkannya kembali ke Bani Thaqif di Thaif menyeru mereka kepada Islam. Bani Thaqif inilah yang telah melontar Rasulullah SAW dengan batu hingga baginda cedera. Mendengar permohonan Urwah, Rasulullah SAW keberatan membenarkannya dan berkata kepadanya:أني أخاف أن يقتلوك aku takut mereka akan membunuhmu. Urfah dengan tegas berkata: يا رسول الله لو وجدوني نائما ما أيقظوني Wahai Rasulullah, kalau mereka dapati aku tidur-tidur sahaja, memanglah mereka tak akan menganggu dan mengejutkan aku...” Akhirnya Rasulullah SAW membenarkan ia kembali kepada kaumnya. Sampai sahaja Urwah pada kaumnya di mana waktu itu waktu Isya’ ia telah pergi kepada kaumnya dan menyeru mereka kepada Islam namun mereka enggan, malah menghinanya dengan pelbagai hinaan. Ketika tiba waktu solat subuh ia azan dan ketika sampai pada shahadah, seorang lelaki dari kaumnya telah memanahnya hingga terbunuh. Apabila berita itu sampai kepada Rasulullah SAW, baginda berkata: مثل عروة مثل صاحب ياسين دعا قومه إلى الله فقتلوه
“Perumpamaan Urwah adalah seumpana lelaki dalam surah Yasiin yang telah menyeru kaumnya kepada Allah lalu mereka membunuhnya” .

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah:
Itulah Urwah bin Masud, yang baru sahaja mengucap 2 kalimah syahadah, belumpun sempat melaksanakan banyak kefadhuan agama, tapi keyakinannya terhadap kebenaran Islam mengerakkan beliau untuk mengajak kaumnya kepada kemurnian Islam walau ia tahu yang kaumnya akan menentangnya. Inilah perasaan umat Islam dahulu, amat bangga dengan Islam yang mereka anuti. Amat yakin dengan kebenarannya. Bagi mereka dirinya, keluarga, kaum dan manusia seluruhnya tidak memiliki sebarang nilai hidup tanpa Islam. Keyakinan mereka yang jitu terhadap Allah SWT dan Rasulnya serta kebenaran agama dan masa depannya menjadikan mereka umat yang hebat, sanggup mengorbankan apa sahaja termasuk nyawa demi agama tercinta. Lihat sahaja Abu bakar al-Siddiq r.a. Selesai sahaja masuk Islam terus menyeru kaum keluarga dan sahabat handainya hingga berjaya mengislamkan 11 orang sahabat yang lain antaranya Uthman bin Affan, Zubair bin Al-‘Awwam, Abdul Rahman bin ‘Auf, Saad bin Abi Waqas ,Thalhah bin ‘Ubaidillah, Bilal bin Rabah.
Dengan berbekalkan ucapan kalimah syahadah, berbekalkan keyakinan yang mantap terhadap Allah dan janji-janji Allah mereka mengorak langkah tanpa sempat berehat untuk memartabatkan agama Allah di atas muka bumi. Hasilnya Islam terus berkembang menjadi satu tamadun yang cukup gagah di atas mukabumi ribuan tahun lamanya. Menjadi guru kepada dunia dalam pelbagai bidang. Di saat Eropah berada dalam era gelap mereka, umat Islam menjadi mahaguru dalam bidang sains, teknologi, falsafah, perundangan dan pelbagai lapangan ilmu dan kemajuan. Mereka membuktikan kebenaran firman Allah SWT:
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللّهِ َ ﴿110﴾ آل عمران.
(Kamu adalah sebaik-baik ummat yang dikeluarkan untuk manusia, kamu menyeru orang berbuat kebaikan dan menegah dari melakukan kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah).

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah:
Disaat orang seperti Urwah bin Masud sudah tidak wujud di kalangan Umat Islam hari ini. Kurang bangga dengan agama sendiri, malah lebih bangga dengan corak kehidupan barat dan budayanya. Kurang bangga dengan sistem hidup Islam malah lebih kagum dengan sistem hidup yang diimport dari timur dan barat...Umat Islam kehilangan kuasa, kehilangan ketuanan, terjajah minda dan tak kurang juga terjajah tanahair seperti di Palestin dan Iraq. Kita terpaksa mengemis simpati barat walau sekadar untuk mengurangkan harga minyak yang dikeluarkan oleh negara Islam sendiri. Episod malang ini telah bermula semenjak pembubaran Khilafah Islam terakhir pada 3 mac 1924 M lagi...negara Islam akhirnya terjajah. Dibahagi-bahagikan antara Inggeris, belanda, portugis, perancis, german dan rusia. Bila dimerdekakanpun, umat Islam belum merdeka sepenuhnya. Minda, sikap dan budaya hidup mereka masih mengekalkan budaya orang yang menjajah mereka. Mereka kehilangan jati diri dan rasa bangga dengan agama sendiri. Malah ada yang sanggup memperlekehkan agama sendiri.

Sidang Jumaat
Kita amat memerlukan di kalangan umat ini umpama Urwah bin Masud yang proaktif, inovatif dan produktif untuk mengerakkan ummah. Ini kerana kebangkitan ummah ini untuk membina semula tamadun bangsa dan negara tidak mungkin terlaksana oleh mesin, robot dan teknologi. Ini kerana tamadun yang ingin kita bina adalah tamadun manusia, maka manusia yang mesti mengerakkannya. Apatah lagi kalau Islam di jadikan landasannya maka ia perlu digerakkan oleh pemuda-pemudi yang benar-benar yakin dan komitmen dengan Islamnya. Namun selagi mana umat ini masih tidur lena dibuai mimpi indah, tak faham misi visi hidupnya, peranan kejadiannya. Musuh akan terus mentertawakan umat ini dan menjadikan kita bahan mainan yang remotenya dalam genggaman mereka. Benar kata Masud:
يا رسول الله لو وجدوني نائما ما أيقظوني Wahai Rasulullah, kalau mereka dapati aku tidur-tidur sahaja, memanglah mereka tak akan menganggu dan mengejutkan aku...”
Kerana takutkan umat Islam ini bangun dan bangkit, musuh terus-terusan menyuntik pil-pil tidur berupa hiburan, keseronokan dan pelbagai perkara yang menyeronokkan minda dan nafsu ke dalam diri dan negara-negara Islam. Akhirnya mereka sudah terlupa siapa mereka, apa tujuan mereka di ciptakan, kemana mereka akan kembali?? Pemuda-pemudi yang diharapkan membina ummah dan negara akhirnya sekadar mampu mengisi carta dan ranking paling hebat dalam penagihan dadah, penghuni penjara, buang anak, mengandung luar nikah, mundur dalam akademik, rasuah, pengidap HIV dan banyak lagi yang mampu kita baca melalui dada-dada akhbar.

Sidang Jumaat,
Lebih malang lagi apabila golongan cendikiawan Islam, ahli-ahli masjid, ahli-ahli ibadah, yang janggutnya panjang2, tak lekang kepalanya dengan kopiah dan songkok, tanggannya sentiasa memegang tasbih...telah memilih skim pencen awal sebelum tiba masanya. Apabila melihat kemungkaran dan malapetaka yang menimpa ummah, mereka Cuma berpeluk tubuh dan paling hebatpun ber istigfar sahaja. Bagi mereka, dengan amalan mereka begitu mereka yakin benar masuk syurga. Sedangkan mereka sepatutnya berperanan membina ummah, mentarbiah generasi baru dan mengerakkan persekitaran. Abdullah bin Masud pernah berkata kepada golongan zuhud di zamannya yg beruzlah untuk menumpukan ibadah diri pada Allah:
(لو أن الناس فعلوا مثل ما فعلتم فمن كان يقاتل العدو؟ وما أنا ببارح حتى ترجعوا)
“Kalau semua manusia melakukan perkara yang sama seperti yang kamu lakukan, maka siapakah yang akan memerangi musuh? Aku tidak akan menninggalkan tempat ini sehingga kamu kembali dan meninggalkan tempat ini”.

Dalam ribuan pelajar di universiti ini dengan kapasiti pensyarah muslim yang cukup ramai, kalau bergerak sehati sejiwa, tanpa mengira jam berapa dan kenaikan pangkat ke senior lecturer, PM atau P...pastinya akan lebih ramai anak-anak kita yang ketandusan ilmu dan tarbiah ini mampu digerak dan dicemerlangkan. ”Kerja lebih masa mengharap syurga” ini lah merupakan motto para sahabat dan tabiin mengerakkan ummah dan dunia hingga pernah 2/3 dunia ini duduk di bawah kekuasaan tamadun Islam. Mereka tahu benar nilai syurga itu mahal...dimana Allah telah syaratkan dua bentuk bayaran sahaja: iaitu pengorbanan harta dan nyawa sahaja ketika berfirman:
( إِنَّ اللَّهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنْفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ ) [التوبة: 111].
(Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang beriman itu nyawa mereka dan harta mereka dan bagi mereka itu adalah syurga).
Syurga itu perlu dibeli dengan harta dan nyawa, bagaimana halnya dengan orang yang tidak sanggup korban apa-apa walau sekadar masa? Layakkah mereka memasuki syurga?

Sidang jumaat,
Bangunlah kita dari tidur yang cukup lama, gerakkankanlah semua institusi yang ada di sekeliling kita. Cemerlangkanlah apapun yang kita sentuh samada berbentuk pengurusan, keilmuan, tanggungjawab, pelajaran, ibadah, hingga urusan keluarga dan pengurusan diri...pasti umat ini akan mampu digerakkan lebih laju dari sebelumnya. Akhirnya ummah ini akan bangun menjadi contoh kepada bangsa lain...ketika itu sinar baru akan menerangi alam ini dengan cahaya Islam yang kita yakini satu-satunya manhaj hidup yang paling benar. Mudah-mudahan kesudahannya kita tersenarai sebagai pejuang di bumi ini ketika hidup walau dalam senarai terakhir. Dan layak menjadi isi syurga di alam abadi.

Sidang jumaat,
Selepas berlakunya peristiwa dakwah Rasulullah SAW ke Taif, dalam bulan rejab ini, berlaku satu peristiwa besar yang akan kita sambut tidak beberapa lama lagi iaitu peristiwa Isra’ dan Mikraj Rasulullah saw dan pensyariatan ibadah solat sebanyak lima waktu.

Read more »

Rabbani VS Jamai'ey

Sering kali pendakwah muda bertanya kepada saya. Bila kita dakwah orang, perkenalkan Jamaah dulu ke Islam dulu? Atau ajak orang pada jamaah ke pada Islam...

Saya tidak ingin bicara soal jamaah, perbincangannya cukup panjang dan setiap orang ada pandangan masing-masing. Asalkan matlamat dan manhaj yang diguna pakai tak lari dari syarak, tak taasub dan bersungguh-sungguh bekerja untuk Islam berdasarkan kefahamannya...saya respect orang itu. Mudah-mudahan Allah terima amalnya.

Cuma untuk menjawab persoalan tadi, Allah SWT telah memberi kita panduan dalam masalah ini. Allah berfirman (Surah A’li Imran: 79)

مَا كَانَ لِبَشَرٍ أَنْ يُؤْتِيَهُ اللَّهُ الْكِتَابَ وَالْحُكْمَ وَالنُّبُوَّةَ ثُمَّ يَقُولَ لِلنَّاسِ كُونُوا عِبَادًا لِي مِنْ دُونِ اللَّهِ وَلَكِنْ كُونُوا رَبَّانِيِّينَ بِمَا كُنْتُمْ تُعَلِّمُونَ الْكِتَابَ وَبِمَا كُنْتُمْ تَدْرُسُونَ (79)

(Tidak mungkin bagi seorang manusia yang telah diberi kitab oleh Allah, serta hikmah dan kenabian, kemudian dia berkata kepada manusia, “jadilah kamu penyembahku, bukan penyembah Allah,” tetapi (dia berkata), ‘jadilah kamu rabbaniin kerana kamu mengajarkan kitab dan kerana kamu mempelajarinya).

Ayat ini menerangkan bahawa fokus dakwah hanya satu iaitu menjadikan mad’u memiliki sifat rabbani. Rabbani seperti yang ditafsirkan oleh Ibnu Abbas, Ibnu Razin, Hassan al-Basri dan lain-lain bermaksud; ahli ibadah dan ahli takwa (Tafsir Ibn Kathir: Jil. 2 Hal. 78) . Justeru itu dakwah bukan sekadar ceramah yang mengutarakan pelbagai isu Islam dan membiarkan mad’u menilai sendiri apa yang ia dengar dan terkapai-kapai mencari jalan praktiknya. Kemudian si Daie berlepas tangan dan tak buat apa-apa untuk follow up…tapi dakwah ialah beri kefahaman dan ajarkan cara perlaksanaan. Di sini lah peranan tarbiah dalam kerja dakwah. Bahkan tidak dinamakan seorang itu pendakwah, kecualilah ia seorang murabbi.

Kata Sayyed Qutb Rahimahullah:
“ (jadilah kamu rabbani) dinisbahkan kepada Rabb, yakni beribadah kepadanya dan menjadi hambanya, hanya kepadanya kamu menghadapkan segala-galanya untuk beribadah dan ia mengambil darinya sahaja manhaj kehidupan kamu sehingga kamu benar-benar tulus. Maka ketika itulah kamu dianggap rabbani….(jadilah kamu rabbani) dengan kefahaman kamu tentang al-Kitab dan kamu mempelajarinya. (Menjadi Rabbani) inilah intipati memahami al-Kitab dan mempelajarinya”. (Fi Zilal al-Quran: Jil. 1 Hal. 392)

Menyeru orang kepada Islam dan menjadikan mereka rabbani bukan kerja mudah…kita terpaksa berperang dengan 2 halangan besar yang ada dalam diri manusia. Pertama nafsu mad’u dan kedua: nafsu diri sendiri. Lantaran itu ramai daie putus asa kerana lambatnya perkembangan mad’u sedang tanpa ia sedari ‘putus asa’ nya itu juga adalah halangan kejayaan dakwah.

Ayat itu juga menyebut bahawa tidak sepatutnya orang-orang yang diberikan al-Kitab menyeru manusia supaya menyembah mereka kerana itu bertentangan dengan risalah dan amanah yang mereka bawa. Kalau para nabi pun ditegah dari menjadikan agenda lain selain dari merabbanikan manusia sebagai fokus dakwah, apatah lagi kita manusia biasa.

Menjamaahkan mad’u sangat mudah berbanding merabbanikan mereka. Asal saja isi borang keahlian, join program usrah, ikut program jamaah…jadilah ia ahli jamaah. Tapi adakah dengan itu mereka telah benar-benar rabbani? Dalam erti kata lain benar-benar berkualiti seperti yang dikehendaki oleh Allah SWT kepada pejuang-pejuang agama ini?

Buat apa berbangga dengan angka dan bilangan yang ramai, sedangkan kualiti dalam diri amat rendah dan penuh dengan penyakit. Islam tidak pernah menang dengan angka, tapi dengan kemantapan iman dalam dada pejuangnya. Lihat saja peristiwa perang Hunain. Umat Islam ditegur oleh Allah kerana berbangga dengan angka. Bukan sekadar teguran dengan wahyu bahkan dengan darah dan kekalahan. (Surah al-Taubah: 25). Begitu juga ketika perang Badar.

Justeru itu ’niat’ dalam dakwah sangat besar peranannya dalam menentukan halatuju dakwah dan kejayaannya. Menyeru orang supaya akhirnya intima’ dengan Islam dan menjadi Muslim yang seluruh dihidupnya digerakkan dengan ruh Islam dan untuk Islam sepatutnya menjadi satu-satunya fokus dalam kerja dakwah. Bahkan setiap hari niat itu perlu digilap sebelum ia melangkah keluar dari pintu rumah untuk berdakwah.

Adapun menyeru manusia agar intima’ dengan diri, grup dan kelompoknya...telah lari dari landasan sebenar dakwah nabi-nabi terdahulu. Grup dan kumpulan memanglah dharuri dalam dakwah. Tapi keperluannya sekadar ketika melaksanakan amal jamaie, sedang tidak semua kerja dakwah perlu beramal jamaie...(Teringat sesetengah ikhwah tak boleh buat kerja dakwah kerana bersendirian posting di pendalaman) (Kesian...simpati...tapi bukan kerana ia hidup susah, kerana ia tak reti maksud dakwah walau bertahun2 berusrah...setakat nak dakwah bil-qudwah, sebarkan kefahaman Islam dan didik mereka dlm program tarbiah...tak perlu ramai-ramai. Dulu waktu di KL ramai kawan-kawan aku, tapi ramai yang menganggur kerana ithar..dahulukan orang lain untuk buat kerja, sampai dia tak tahu nak buat apa sebab asyik orang jer yang buat).
Contohilah Urwah bin Mas'ud al-Thaqafi yang baru memeluk Islam dan terus memohon dari Rasulullah SAW supaya mengutusnya bersendirian kepada kaumnya untuk berdakwah. Dia tak minta pergi beramai-ramai pun...

Apakata kita sama-sama muhassabah diri dalam meneruskan perjuangan ini? Kesudahan yang menentukan kejayaan bukan kita tapi Allah Azza Wazalla.

Read more »

Wednesday, November 26, 2008

PERGINYA HARUMAN SYURGAWI

Sabtu yang lepas, aku, bapa dan abang sempat menziarahi makam mak di Bukit Suai yang jaraknya lebih kurang 4 km dari kampung untuk meletakkan batu nisan di atas kubur mak. Mak pergi meninggalkan kami pada jam 2.45 pagi bersamaan 16 syawal 1429H yang lalu. Batu nisan tu aku beli di Lokawi dengan harga RM70. Itulah sahaja kebaikan terakhir dalam bentuk material yang mampu aku berikan pada mak setelah puluhan tahun dia besarkan, didik dan jaga aku hingga bergelar seorang ustaz dan pensyarah.... Rasa tak puas ziarah kubur mak.

Dulu ketika kami masih kecil, mak sering membawa aku ke mana-mana. Selalu dia usung pakai kain sarung yang disangkut di bahunya. Maklumlah aku anak sulung hasil perkongsian mak dengan bapa (aku ada 3 kakak dan 2 abg tiri, anak mak dengan suami dulu). Kata mak waktu aku kecil, akulah yang paling kuat minum susu. Tak cukup dengan susu ibu, terpaksa minum susu tambahan. Se tin dumex yang besar aku cuma habiskan seminggu. Aku pun tak tahu kenapa, yang aku tahu aku tetap bawa botol susu ke sekolah ketika darjah satu dan berhenti menyusu ketika dah darjah 3 atau 4. Itupun setelah bapa aku mengamuk kerana tak pandai berhenti menyusu. Dia telah menjatuhkan hukuman pancung ke atas botol susu aku, depan mata lagi.

Mak apabila masak ayam (selalunya gulai kari je lah, berkuah dan boleh simpan dua tiga hari) selalunya akan serve untuk aku dulu, maklumlah aku ni cerewet makan. Cuma isi dada jer yang aku makan…yang lain-lain bikin loya tekak jer, sampailah sekarang. Mak selalu suapkan aku makan walaupun waktu itu aku sudah sekolah rendah. Bahkan tiap malam aku mesti tidur dengan mak sampailah aku darjah 6.

Mak agak keras perwatakannya tapi tidaklah garang. Katanya ia dibesarkan penuh kepayahan. Umur 10 tahun, maknya telah meninggal. Mak terpaksa menjaga pak su yang baru dilahirkan. 10 tahun mak telah menjadi seorang ibu menjaga adiknya yang masih kecil. Mak terpaksa menanak nasi setiap hari dan memberikan air rebusan beras sebagai ganti susu untuk adiknya (Bongsu/Pak su). Zaman Jepun, kampung kami tidak terlepas dari penjajahan. Mak kata, mereka terpaksa makan ubi kayu sebagai ganti beras. Kalau ada beraspun jepun rampas. Sedih gak aku mendengar cerita mak aku kecil-kecil dahulu.

Di kampung mak sangat disayangi. Dia terkenal suka bantu orang. Kata mak ramai pemuda dan pemudi kampung haram berkahwin dengan kami kerana mak kata kami saudara se susuan. Mak sering susukan anak-anak sedara di kampung bila ibu mereka berhadapan masalah atau anak-anak yang kematian ibu mereka ketika lahir. Mak juga terkenal ringan tulang, suka bantu orang. Orang selalu ziarah dan tinggal di rumah kami berhari-hari berbanding orang lain di kampung.

Dulu mak sering ulang alik ke Lawas berniaga di tamu Lawas seminggu sekali. Jam 3 pagi mereka dah bertolak naik lori. Tapi orang-orang kampung akan suruh mereka duduk sebelah pemandu. Bukan di luar. Sayangnya mereka padanya.

Tingkatan 1 ketika aku berusia 12 tahun, aku terpaksa berpisah dengan mak dan bapa. Aku orang pertama dapat masuk sekolah agama. Akupun tak tahu sekolah agama tu apa. Yang aku tahu pasti seronok sebab sekolah tu kat Kuching, aku boleh rasa naik kapal terbang. Apatah lagi aku orang pertama dari kampungku yang dapat sekolah jauh. Tapi sampai di sana, baru seminggu, aku menaggis nak balik. Aku rindu mak dan bapaku. Lagilah hari pertama sekolah, ketika perbarisan, aku menanggis di perhimpunan. Apa taknya dahpun aku paling kecil, paling muda...pakai seluar sekolah pula seluar pendek sedang orang lain semua pakai seluar hijau panjang...bapa aku rupanya macam aku, tak tahu bezakan keperluan sekolah agama dengan sekolah biasa.

Aku cuma mampu pulang kampung setahun sekali. Aku dah tak dapat beraya bersama mak lagi. Bukan setahun dua, tapi lebih kurang 17 tahun baru aku dapat beraya bersama mak semula. Tiap kali balik hujung tahun, mak akan kelam kabut. Dia akan buka almarinya yang terkunci dan panggil aku senyap-senyap...katanya: Awang, ani bahagianmu. Dia keluarkan beberapa botol air gas...sampai sekarang aku suka air tersebut...buatan sibu, sarawak (org kedayan panggil laminit) yang ia simpan untukku ketika hari raya. Selalunya aku minum puas-puas tanpa sempat melihat tarikh luputnya. Jaga hati mak. Alangkah sayangnya mak pada aku...selalunya adik-adik akupun tak tahu kat mana mak sembunyikan..

Bapa kata ketika mak balik selepas menghantar aku ke Lawas untuk ke Brunei & seterusnya ke Kuching (tingkatan 1). Mak hampir pitam dan menanggis tak henti-henti...sedih berpisah dengan aku. Tapi aku seronok waktu itu...sebab tak sabar nak naik kapalterbang Royal Brunei. Sayang benar mak pada aku.

Kata bapa lagi, sekali lagi mak hampir pitam bila terima surat aku yang mengatakan aku sudah berpindah sekolah ke Kolej Islam Kelang. Aku dah sampai sana baru aku tulis surat...katanya makin jauhlah aku, maklumlah terpaksa naik dua kali kapalterbang. Sayang benar mak pada aku. Sayang betul mak pada aku...

Bila aku dewasa, bekerjaya dan berumahtangga baru aku tahu apa itu kasih sayang sebagai ibubapa terhadap anaknya. Dulupun bila mak mertua aku pinjam anak sulung aku balik kampung seminggu...baru je semalam aku, aku sanggup ambil cuti dan travel ke Johor. Aku ambil balik anak aku. Aku tak boleh tidur tanpa tengok anak aku. Itu baru semalam...sedang Mak aku terpaksa berpisah dengan aku berbelas tahun lamanya...aku juga anak sulung..

Syukur juga, bila dah kerja, sempat gak mak bapa aku pergi semenanjung...hampir semua negeri dia pergi kecuali Kelantan dan Trengganu. Mak aku suka pelbagai rasa masakan walau pun pelik...berbeza dengan bapa. Pelik sikit dia tak makan, macam aku...

Last sekali sebelum ramadhan aku bawa mak ke Tenom, dah banyak kali ia sebut. Ia tak pernah sampai Tenom dan ia nak sangat rasa jalan baru Sipitang-Tenom. Aku pun bawa walaupun aku tahu kereta aku bukan sihat sangat. Akupun tak pernah lalu jalan tu...rupanya terpaksa lalui bukit yang tinggi...berasap kereta aku. Sampai di Tenom aku terpaksa baiki brek dia. Kalau tak sure tak boleh balik rumah.... Tapi demi mak...
Aku tahu mak bapa aku sayang kami melebihi segalanya...mereka memberikan segalanya dan mengambil bakinya sahaja untuk diri mereka. Mak bapa aku sanggup makan tengkuk, tungking dan kaki ayam dan memberikan isinya pada anak-anak. Mereka sanggup berkaki ayam di hari raya, yang penting anak-anaknya berpakaian baru...mereka telah melaksanakan amanah yang Allah berikan pada mereka cukup baik pada kami. Kita pula sebagai anak...sering memberi baki kebahagiaan pada mereka dan sebahagian besarnya untuk diri sendiri...

Mak...tak tergambar sayang kami padamu...

Tahun 2000 aku akhirnya buat keputusan balik kampung dan berhenti dengan 3 bulan notis dari UIAM. Sekadar memenuhi tuntutan Allah SWT ketika berfirman:

وَوَصَّيْنَا الْإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْنًا عَلَى وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنْ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ(14) سورة لقمان

(Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). (14)

Tiga bulan aku menganggur, tapi berkat niat yang betul dan doa ibubapa, aku dapat kerja...bahkan sekarang aku jadi pening sebab banyak sangat tawaran kerja...

Aku bersyukur dapat isteri yang sangat hormat dan mak bapa aku...Arwah mak juga sangat sayangkan isteri aku. Mak paling suka masakannya khususnya laksa utara dan kari kepala ikan tanpa santan. Mak bapa aku tak suka masakan bersantan. Semua yang isteri aku masak mak suka, sebab kami tahu selera mak. Kalau pergi ke mana-mana, aku cukup jaga makan mak bapa. Bapa setiap kali singgah kedai, mesti order kopi O, mak aku pun sama...mak aku paling suka soto (Mee hon sup)...agaknya kerana itu di akhir hayat dia kena darah tinggi.
Raya tu mak memang tak larat, tapi dia nak sangat solat sunat hari raya dan dengar aku khutbah. Aku dukung mak turun dari rumah dan masuk kereta...Itulah solat berjamaah terakhir mak...berimam kan aku..Isteri aku yang solat di sebelahnya minta ia solat duduk...tapi ia tak nak...semua orang bersalam dengan mak...rupanya untuk kali terakhir..

Tanggal 15 syawal...mak dah cakap dengan bapa. Esok dia nak pergi... Kami buat-buat tak faham saja.... Siang tu, aku puasa sunat syawal...sebelum berbuka aku minta izin dengan mak nak pergi pekan sipitang, berbuka kat sana. Mak kata mulut aku busuk sebab biasanya orang puasa mulut busuk. Padahal awak tu jarak aku dan dia cukup jauh...tapi memang deria bau mak cukup kuat sampai akhir hayatnya.

Balik dari berbuka, aku terus rehat di balai pelawat bersama bapa dan anak-anak. Isteri ku jaga mak di wad. Dalam jam 9 malam, isteri aku call suruh bapa datang sebab mak suruh datang. Aku pun kejut bapa yg tertidur sebab keletihan. Dah berminggu bapa kat hospital jaga mak dan langsung tak balik ke rumah...sayang benar bapa pada mak. Aku pun ambil cuti seminggu sebab nak jaga mak...dari KK aku terus pergi hospital. Aku tak balik kampung langsung.

Lepas tu isteri aku call lagi, katanya mak tanya pasal aku. Aku pun datang. Mak mengiringkan badannya dan tak henti-henti menyebut kalimah ’Allah’...kata isteri ku dari jam 8 mak dah macam tu, tak banyak berkata-kata kecuali kalimah ALLAH...satu wad boleh dengar dia ucapkan. Malam tu cuma ada 2 pesakit tapi yang seorang berada di bilik berasingan. Aku sms semua adik-adik minta mereka datang. Malam tu wad penuh sesak dengan kami adik beradik. Dalam jam 1.00 mlm, aku duduk depan mak. Dia peluk aku, dia tanya: ”Apa lagi yang mak perlu baca?” Aku kata : ucapkan Lailaha Illallah banyak-banyak”, dia pun ucap berkali-kali. Kemudian sambil dia peluk bahu ku, dia tanya lagi: ”kemudian apa lagi?”. Aku kata: ”ucapkan Muhammad rasulullah”. Dia pun ulang-ulang. Kemudian dia ulang-ulang sifat 20 berkali-kali. Kemudian dia tanya lagi, nak baca apa lagi. Aku kata: Mak rehatlah, saya nak baca Yasin....terus dia baca Yasin, sekadar yang dia hafaz. Mungkin dia silap dengar. Lepas tu aku angkat tangannya dan suruh ia berehat. Dia pun mengiring semula dan terus mengulang-ulang kalimah ’Allah’ sampailah ia menghembuskan nafas terakhirnya dalam jam 2.45 pagi. Innalillah Wa Inna Ilaihi Raji’un. Setelah selesai semua urusan di hospital, aku bawa jenazah mak balik ke rumah menggunakan ambulans. Kami uruskan jenazah mak dengan penuh cucuran airmata. Aku orang ke dua jirus jenazah mak selepas bapa. Selepas tu kami serahkan kepada orang perempuan untuk menyelesaikan urusan mandi, kafan. Bapa minta aku jadi imam solat jenazah dan di kubur aku dan adik-adik lelaki uruskan jenazah mak di liang lahad. Pergi orang yang syurgaku berada di bawah telapak kakinya....Rasulullah SAW bersabda:
( إلزمها فإن الجنة تحت أقدامها )
(Lazimilah ia (ibu) maka sesungguhnya syurga di bawah tapak kakinya)HR Ahmad dan Nasaie

Apapun aku bersyukur sebab masih ada bapa. Aku tak pernah nampak kesedihan di wajah bapa lebih dari hari tersebut. Kerap kali bila aku call pagi jumaat, bapa kata ia di kubur mak, ziara, bersendirian…Itulah kasih sayang sejati…cinta sampai ke mati. Padahal mak hampir 7 tahun lebih tua dari bapa.

Kini mak tak mampu rasai wang yang ku hantar tiap bulan. Tak mampu rasai masakan isteriku....segala-galanya telah berakhir. Aku rasa tak puas membahagiakan hidup dan hati mak. Bahkan aku tak mampu lagi mencium haruman syurgawi yang ada di bawah telapak kaki mak setiap kali aku hantar wang, bawa ia melancong, belikan pakaian baru...semuanya telah berakhir. Aku terfikir, bagaimana nasib anak-anak derhaka yang kehadirannya hanya menambah sengsara dan duka ibubapanya? Makin dewasa bukan menyenangkan orang tua bahkan menyusahkan mereka?. Tak pernah terfikir untuk berkhidmat pada orang tuanya, tapi rajin pula berdoa siang dan malam agar dimasukkan ke dalam syurga?. Haruman syurga itu sudah ada di hadapannya, pada redha ibu dan bapanya!.

Memang aku tak puas hidup bersama mak...ketika kecil dan usia remaja aku habiskan di perantauan. Menuntut ilmu untuk jadi manusia macam sekarang. Walau tak hebat tapi sudah lebih dari cukup...Bila dah dewasa dan semakin tua, aku pula jadi pensyarah yang sering sibuk di hujung minggu. Apapun aku bersyukur akhir hayatnya penuh dengan kebaikan dan kegembiraan...Kata isteri ku waktu hari raya, mak pernah cerita pada dia...dia bangga dengan aku...
Raya tu mak memang tak larat, tapi dia nak sangat solat sunat hari raya dan dengar aku khutbah. Aku dukung mak turun dari rumah dan masuk kereta...Itulah solat berjamaah terakhir mak...berimam kan aku..

Bagi mereka yang masih ada ibubapa yang masih hidup...apa yang kalian telah buat untuk memperolehi redha mereka?. Bukankah syurgamu itu di ada di hati mereka?. Rasulullah SAW ketika ditanya tentang hak ibu dan bapa. Kata baginda: ”Ibu dan bapamu adalah syurga dan nerakamu”.

Kini yang mampu ku kirimkan setiap hari hanyalah ungkapan-ungkapan doa dari seorang anak pada ibunya. Dan...membahagiakan hati bapaku selagi hayatnya dan hayatku masih ada. Aku amat mencintai mereka seperti yang diperintahkan oleh tuhanku...Mak, Kami amat menyayangimu, menyintaimu....Kau lah ratu hati kami...
Ya ALLAH Tuhan yang menciptakan kami, menentukan hidup dan mati kami...himpunkanlah aku bersama mak, bapa, isteri dan anak-anakku di syurgamu. Mudahan kami mampu mengapai janjimu ketika berfirman:
وَالَّذِينَ آَمَنُوا وَاتَّبَعَتْهُمْ ذُرِّيَّتُهُمْ بِإِيمَانٍ أَلْحَقْنَا بِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَمَا أَلَتْنَاهُمْ مِنْ عَمَلِهِمْ مِنْ شَيْءٍ كُلُّ امْرِئٍ بِمَا كَسَبَ رَهِينٌ (21) وَأَمْدَدْنَاهُمْ بِفَاكِهَةٍ وَلَحْمٍ مِمَّا يَشْتَهُونَ (22) يَتَنَازَعُونَ فِيهَا كَأْسًا لَا لَغْوٌ فِيهَا وَلَا تَأْثِيمٌ (23) وَيَطُوفُ عَلَيْهِمْ غِلْمَانٌ لَهُمْ كَأَنَّهُمْ لُؤْلُؤٌ مَكْنُونٌ (24) وَأَقْبَلَ بَعْضُهُمْ عَلَى بَعْضٍ يَتَسَاءَلُونَ (25) قَالُوا إِنَّا كُنَّا قَبْلُ فِي أَهْلِنَا مُشْفِقِينَ (26) فَمَنَّ اللَّهُ عَلَيْنَا وَوَقَانَا عَذَابَ السَّمُومِ (27) إِنَّا كُنَّا مِنْ قَبْلُ نَدْعُوهُ إِنَّهُ هُوَ الْبَرُّ الرَّحِيمُ (28)(
(Dan orang-oranng yang beriman, dan yang anak cucu mereka mengikuti mereka dalam keimanan, Kami hubungkan anak cucu mereka dengan mereka, dan Kami tiada mengurangi sedikit pun dari pahala amal mereka. Tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakannya. Dan Kami beri mereka tambahan dengan buah-buahan dan daging dari segala jenis yang mereka ingini. Di dalam syurga mereka saling memperebutkan piala (gelas) yang isinya tidak (menimbulkan) kata-kata yang tidak berfaedah dan tiada pula perbuatan dosa. Dan berkeliling di sekitar mereka anak-anak muda untuk (melayani) mereka, seakan-akan mereka itu mutiara yang tersimpan. Dan sebahagian mereka menghadap kepada sebahagian yang lain saling tanya-menanya. Mereka berkata, "Sesungguhnya kami dahulu sewaktu berada di tengah-tengah keluarga kami merasa takut (akan diazab)". Maka Allah memberikan kurnia kepada kami dan memelihara kami dari azab neraka. Sesungguhnya kami dahulu menyembah-Nya. Sesungguhnya Dia-lah yang melimpahkan kebaikan lagi Maha Penyayang).[i]

)جَنَّاتُ عَدْنٍ يَدْخُلُونَهَا وَمَنْ صَلَحَ مِنْ آبَائِهِمْ وَأَزْوَاجِهِمْ وَذُرِّيَّاتِهِمْ وَالْمَلائِكَةُ يَدْخُلُونَ عَلَيْهِمْ مِنْ كُلِّ بَابٍ (23) سَلامٌ عَلَيْكُمْ بِمَا صَبَرْتُمْ فَنِعْمَ عُقْبَى الدَّارِ (24)(
(Syurga 'Adn yang mereka masuk ke dalamnya bersama-sama dengan orang-orang yang saleh dari bapak-bapaknya, isteri-isterinya dan anak cucunya, sedang malaikat-malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu; (sambil mengucapkan): "Salam sejahtera atas mu kerana kesabaranmu". Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu).[ii]
Ya ALLAH, kami amat berharap....

[i] Surah al-Tur : 21 – 28.
[ii] Surah al-Ra'd : 23-24

Read more »

Tuesday, November 18, 2008

KAHWIN ORANG USRAH??? BEST KE?

Ramai pemuda yg ada kesedaran Islam bertanya kepada saya…perlukah kita cari pasangan dari kalangan yg telah ditarbiah (diusrahkan) dan sefikrah ?

Allah SWT berfirman dalam al-Quran (Surah al-Nur: 26):
الْخَبِيثَاتُ لِلْخَبِيثِينَ وَالْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَاتِ وَالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ
(Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat, lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat. Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik)

Rasulullah SAW bersabda (Riwayat Ibn Majah dan al-Dar Qatni: dhaif):

( تخيروا لنطفكم فانكحوا الأكفاء وانكحوا إليهم )
(Pilihlah untuk benih kamu (tempat yg baik) dan nikahilah yg sekufu’ dan bernikahlah dgn mereka)

Konsep sekufu’ yg biasa di bicarakan oleh ulama melibatkan pelbagai kategori dan yang paling utama ialah aspek ‘agama dan akhlak’. Aspek agama melibatkan kefahaman terhadap agama, perlaksanaannya dan memperjuangkannya (faham, amal dan dakwah).
Tatkala dunia sudah mula ketandusan anasir-anasir beragama dan berakhlak dalam masyarakat khususnya selepas kejatuhan empayar Ottomon 1924 M, muncul gerakan Islam di seluruh dunia yang ingin mengembalikan semula ketamadun Islam. Malangnya saat itu Islam sudah mula kekurangan modal Insan berkualiti yang mantap seperti mana zaman kemunculan Islam dahulu yang dipimpin oleh Rasulullah SAW. Yang ada adalah umat yang dipenuhi virus sekularisme, hedonisme, tak yakin dengan kemampuan agama sendiri dan berkiblatkan barat dalam kebanyakan aspek kehidupan mereka. Gerakan-gerakan Islam ini merasakan perlunya membina semula ummah ini dari bawah dan kerja pertama ialah mewujudkan semula individu-individu muslim berkualiti yang akhirnya faham agama ini dengan kefahaman yang sahih, mengamalkannya dan seterusnya berpotensi untuk digerakkan dalam perjuangan. Ikhwan Muslimin yang muncul pada 1928 M antara pelopor kebangkitan tersebut telah memperkenalkan pelbagai medium tarbiah untuk melahirkan tujuan tersebut. Lahir program usrah, halaqah, jilsah, tamrin, mukhayyam, daurah dan pelbagai istilah lain…semuanya bertujuan melahirkan individu-individu muslim yang memiliki kualiti yang mampu mengerakkan Islam ini semula. Dalam program-program ini, ahli disuntik dengan kefahaman Islam bersilibus, dipertingkatkan tahap kerohanian melalui ibadah khususiah dan diperjelaskan tentang halatuju dakwah, manhaj hidup dan peranan sebagai seorang muslim.

Setelah lahirnya peribadi-peribadi muslim ini diharapkan mereka akan dipersatukan antara lelaki di kalangan mereka dgn perempuan yang sama-sama telah ditarbiah dgn kefahaman yang sama, halatuju yang sama, citarasa yang sama dan keinginan yang sama dalam rumahtangga dakwah. Menjadi kubu kuat ummah dan kilang yang bakal melahirkan generasi baru yang mewarisi perjuangan ibubapanya. Kata Imam Hassan al-Banna diharapkan dari sini akan lahirnya masyarakat Islam, negara Islam, khilafah Islamiyyah dan Islam kembali menjadi ‘tok guru’ kepada alam atau istilah kotemporari…kuasa besar dunia. Ketika itulah Islam mampu menjadi tamadun yang mampu merealisasikan peranannya membawa keadilan kepada manusia dan keamanan sejagat sesuai dengan iradah Allah SWT yang menjadikan alam ini dan isi-isinya. Hebat bunyinya….

Kegagalan seorang akh dan akhawwat yang ditarbiah dalam membentuk rumahtangga dakwah adalah tanda ia gagal dalam dakwah!. Segala tarbiah yang ia terima bertahun lamanya bukan menjadi hujah kepadanya bahkan menjadi hujjah ke atasnya di akhirat nanti. Ini kerana tarbiah dan dakwah adalah amanah Allah yang paling besar, kerja para nabi dan rasul dan trademark kemuliaan mereka mengatasi manusia yang lain.

Persoalannya…bolehkah terbentuk rumahtangga dakwah di antara seorang akh atau akhawwat yang pasangannya dibesarkan di jalanan, usrahnya dibuat di panggung wayang bersilibuskan love story ala barat…apa yang mereka faham tentang perjuangan? Tentang rumahtangga dakwah? Mungkin baik sikit sebab calon isteri itu walau tak dibesarkan dalam universiti usrah tarbawiyyah tapi amat menjaga ibadahnya dan labuh tudungnya…tapi, adakah hanya dengan tudung labuh sudah cukup untuk melahir dan membesarkan anak-anak menjadi wira dan srikandi yg menyambung perjuangan bapanya. Apatah lagi kalau tudung tak labuh atu tak bertudung + tak faham Islam….dia nak jadikan rumahtangga tu apa? Kaedah fiqh menyebut..orang yang tiada apa-apa tak mampu memberi apa-apa.

Memang suami boleh tarbiyyah isteri jadi faham macam dia. Tapi ini bergantung pada kemampuan dan kekuatan suami. Tak mustahil suami pula yang kena tarbiah oleh isteri..he he. Kalaupun mampu mentarbiyyah…tarbiyyah memerlukan masa yang panjang baru datang kesannya. Entah-entah dah anak ke sepuluh baru isteri tu faham perjuangan…anak pun dah besar dan dah terlewat untuk dibentuk…itu andaian je.

Bagaimana dengan akhawwat yang kahwin dengan lelaki yang tidak memiliki kefahaman dan tak kenalpun apa itu dakwah dan perjuangan? Lagi haru biru dibuatnya. Ini kerana Islam telah letak suami sebagai pemimpin keluarga, pembentuk polisi dan budaya rumahtangga. Isteri kena taat selagi tak maksiat. Senangkah nak tarbiyyah suami? Perempuan senang ke nak tarbiah lelaki yang terkenal dengan egonya? Tak mustahil tapi biasanya tak mudah…akhirnya terpaksalah hidup bersabar seperti Asiah dengan suaminya Firaun..menghitung hari menunggu mati. Takpe Asiah isteri Firaun dijanjikan Allah masuk syurga, tapi bagaimana dengan Asiah-Asiah yang lain…(Tapi ustaz…suami saya tak le seteruk Firaun…sure ada yg akan cakap begitu). Saya bicara dalam konteks rumahtangga dakwah…bukan rumahtangga biasa yang berselerak dimana-mana…

Berbeza dengan akh dan akhawwat yang telah sama-sama ditarbiah…mereka umpama telah memperolehi kek yang telah sedia dihidang..tinggal makan sahaja. Tak semua orang mahir membuat kek walau resepi dan bahan-bahan telah tersedia…kalau tak mahir, bantat (tak naik) nanti jadinya.

Satu persoalan lagi…perlu kah ambil yang se fikrah, se jamaah…atau boleh ambil dari jamaah lain. Memang Islam tak syaratkan semua itu dalam menghasilkan perkahwinan yang sahih. Cuma cuba fikir sejenak, setiap gerakan pasti ada kelainan cara perjuangan. Bahkan kefahaman Islamnya juga berbeza kerana buku-buku bacaan usrahnya juga berbeza. Ada gerakan tak kisah akidah apapun asal Ahlu Sunnah wa Jamaah, tapi ada yang bentuk pengikutnya terfokus kepada akidah salafus soleh yang suci dari sebarang pencemaran takwil. Ada gerakan yang tak kisah sangat dengan amalan bid’ah dan khurafat asal sokong mereka, tapi sesetengahnya amat peka dengan permasalahan tersebut. Ada gerakan yang sangat ketat dalam tarbiah dan menapis keahlian. Tarbiahnya cukup lama untuk sampai ke level tertinggi, tapi ada yang tak kisah, setahun usrah pun dah boleh jadi pemimpin. Kewajipan kita menghormati pendekatan masing-masing dan memperjuangkan apa yang kita yakini bersungguh-sungguh. Tapi itu bukan alasan untuk berperang. Ingat!! disaat umat Islam berperang sesama sendiri itulah biasanya musuh menyerang..akhirnya tiada siapa yang untung.

Rumahtangga…ia sepatutnya merupakan jamaah kecil yang jelas halatuju, manhaj, wasilah dan peranannya. Untuk itu, tak dapat dinafikan, lagi senang kalau yang memang sama-sama sefikrah. Dah tahu rutin dakwh masing-masing. Faham peranan masing-masing. Takde lah nak bertengar pendekatan dakwah apa yang nak di guna pakai...tarbiah ke politik? Sosial ke ekonomi...Bila suami kata nak keluar pergi usrah, isteri dah tahu bentuknya sebab dia juga dibesarkan begitu.
Bagi yang berlainan fikrah walau sama-sama memperjuangkan Islam yang sama, pasti muncul masalah...terpaksa lah guna kaedah: ''tolong menolong pada perkara yang disepakati dan bertolak ansur dalam masalah yang diperselisihkan''. Cuma laratkah bertolak ansur kalau banyak sangat yang berbeza. Laratkah bertolak ansur bertahun-tahun lamanya. Akhirnya tak mustahil akan ada yang mengalah...mengalah dalam perjuangan yang diyakini hanya kerana nak memenangi hati pasangan tak semestinya baik untuk dakwah walaupun mungkin baik untuk keharmonian rumahtangga.
Antara suami isteri yang berlainan citarasa makanan (sorang suka tempoyak sorang lagi tak) pun boleh bermasam muka apatah lagi berlainan citarasa perjuangan. Sorang suka bakar ikan pakai arang, sorang lagi bakar atas kuali pun satu masalah…sekurang-kurangnya akibat berlainan cara bakar dan nak jaga hati pasangan terpaksa beli dua-dua alat pembakar…banyak sikit la kos nya berbanding beli satu yang disukai bersama…he he..apatah lagi manhaj yang berlainan dalam dakwah dan dalam membentuk keluarga.

Cuma kalau sudah terkahwin kerana dah tak jumpa yang setarbiah dan sefikrah…kena salahkan diri sendiri dulu sebab jodoh itu pilihan diri bukan takdir semata-mata. Takde cara kalau nak jadikan rumahtangga tu bersifat dakwah kecuali dengan mentarbiah pasangan sesuai dengan citarasa diri…selalunya lelakilah yang akan menang bila bertembung 2 perjuangan…sebab tu payah tarbiah akhawwat walau mereka paling ramai berkesedaran. Selalunya dakwah akan kehilangan bayang mereka bila dah berumahtangga khususnya dengan lelaki yang kosong halatuju…kalau tarbiah itu bisnes; ia umpama pelaburan bertahun-tahun yang tak menguntungkan…kalau balik modal tu okey gak…

Cuma kadang saya sedikit hairan…ada pemuda/pemudi yang yakin bahawa perjuangan yang diikutinya itu benar, syumul, dekat dengan sirah Rasul…tapi bila pilih pasangan cari yang berlainan. Padahal kat depan mata ada pun pilihan yang memenuhi perjuangannya? Mungkin ia pun dah jadi macam orang lain mementingkan ukuran duniawi sebelum ukhrawi? Was-was dibuatnya, adakah dia hidup mendahulukan perjuangan atau mendahulukan pasangan?…Entahlah, cuma kat akhirat pasti akan dipersoalkan.. apatah lagi kalau gagal menjadikan rumahtangga kubu perjuangan.

Bagi yang tak ikut usrah…saya tak kata kalian 2nd class…tapi pastinya kefahaman tak sama dengan yang berusrah. Allah pun menyebut dalam al-Quran bahawa tak sama orang yang berilmu dengan yang tidak berilmu...saya juga tak berani nak kata orang yang berusrah itu confirm masuk syurga atau perfect sebagai muslim sejati…Cuma yang hebatnya, mereka miliki keinginan untuk berubah dan ada kesedaran untuk berjuang berbanding kalian. Cuma kalau yang dibentuk dalam usrahpun tak menjadi? Bagaimana yang langsung tak dibentuk? Kecuali mereka yang dilahirkan dalam keluarga yang cukup soleh, nafsu syahwat pun tak berapa berfungsi dan kebal dari godaan duniawi…atau lahir sebagai malaikat.. kerana itu kalau rasa hidup ini ada peranan dan rasa sukar nak jadi baik atau teringin nak masuk syurga yang terlalu mahal harga dan nilainya…(kerana Allah jual ia hanya dengan perjuangan dan kesanggupan mengorbankan nyawa dan harta)…eloklah cari-cari usrah untuk diikuti (kat UMS kakak2 dan abang2 dalam EKSAH, luar EKSAH byk buat usrah2 ni..follow lah mana-mana, insyaAllah mereka akan ajar kalian jadi baik dan berjuang…sbb saya tak jumpa lagi mereka ajar bunuh orang atau bom bangunan…kah kah). Mana yang terbaik..saya takde jawapan…lu pikir la sendiri..

Harap baca gak artikel sahabat saya di:
http://satuperkongsian.wordpress.com/2007/05/30/cinta-oh-cinta/

Bagi yang merasakan ingin memberi output maksimum untuk dakwah setelah penat orang mentarbiah kita…bincanglah dengan naqibah/naqib sebelum membuat pilihan, disamping bincang dengan mak bapa. Cuma bezanya ibubapa selalu lihat pada aspek keharmonian berkeluarga anaknya, tapi naqib/naqibah melihat pada keutuhan perjuangan dan dakwah dalam rumahtangga. Kalau tak…seakan tidak menghargai sumbangan naqib/naqibah yang sanggup sedarkan kita selama ini dengan percuma berbanding bertahun kita duduk dengan mak bapa.

Kecualilah mereka yang ditarbiah dan diusrahkan sendiri oleh mak bapa mereka macam anak-anak saya…he he..mereka takde pilihan. Harap anak-anak kalian pun sama suatu hari nanti…

Read more »

Sunday, November 16, 2008

ALAHAI...BERCERAI DAH?

Cerai..cerai…cerai. Makin terus hangat isu tersebut. Dalam kelas Diploma Pengajian Islam (Pasca Siswazah) baru-baru ini, majoriti student aku yang jadi Lawyer cerita benda yang sama. Tiap hari ada jer kes orang nak bercerai (takpe gak..berisilah kocek lawyer2 tu). Member-member aku yang jadi hakim di Mahkamah Syariah juga menyebut dalam sehari mereka terpaksa dengar puluhan kes perceraian. Aku ingat kat Sabah sahaja. Tapi, baru ni bila aku dengar perbincangan mengenai perceraian di radio IKIM.FM, ustazah Zawiyah dari JAKIM menyebut perceraian di KL makin meningkat. Yang mengerunkan aku bila ustazah Zawiyah, member-member lawyer dan hakim yang handle kes-kes camni menyebut fakta pelik…pelik la bagi aku, mereka kata banyak yang bercerai ini di usia perkahwinan antara satu hingga lima tahun!!!!...wowww, cepatnya jemu, cepatnya berubah hati???

Kalau dikajilah pasangan-pasangan tersebut…rata-rata perkahwinan mereka adalah atas dasar suka sama suka, cinta bertahun lamanya…bukan paksaan keluarga atau pilihan naqib usrah…he he. Bahkan sebelum kahwin dah cukup kenal habis hati budi dan tak mustahil ada yang dah tahu segala ukuran body…ucapan cinta dan sayang dah tak terkira banyaknya. Sumpah setia entah berapa kali diucap bersaksikan bulan bintang dan Malaikat pencatat amal…tapi bila dah berada di alam perkahwinan, lain pula jadinya.

Padahal, perkahwinan sepatutnya musim menuai janji dan membuktikan kebenaran cinta sejati. Si suami perlu buktikan bahawa memang dialah jejaka pilihan yang mampu membahagiakan isteri, memimpinnya ke syurga duniawi dan ukhrawi. Si isteri pula sepatutnya menjadikan alam berumahtangga tempat membuktikan bahawa dialah gadis pilihan dan pilihan suaminya adalah tepat. Dialah wanita solehah yang akan menghiasi kamar kehidupan suaminya sepanjang hayat. Tapi kenapa semua ini berakhir dengan perceraian?

Benarlah firman Allah SWT:


Maka apakah orang-orang yang mendirikan binaannya atas dasar taqwa kepada Allah dan keridhaan(Nya) itu yang baik, ataukah orang-orang yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang runtuh, lalu bangunannya itu jatuh bersama-sama dengan dia ke dalam neraka Jahannam? Dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada orang-orang yang zalim. (QS. 9:109)

Asas rumahtangga yang didirikan amat rapuh. Bersumberkan cinta asyik mahsyok yang nafsu adalah rujukannya. Bahkan ramai yang berumahtangga berlantaikan dosa silam. Dah penat dating di panggung wayang, pusat hiburan dan tempat peranginan….dah bertimbun dosa dan noda hingga tergadai maruah dan harga diri baru terfikir nak kahwin. Bagaimana rumahtangga yang asasnya begini mampu bertahan lama? Asasnya amat duniawi!! Sedang dunia ini sendiri pasti akan berakhir.

Kenapa orang yang begitu lama bercinta cepat bercerai? Kaedah ini tak semestinya betul tapi banyak berlaku…mungkin kerana beberapa sebab.
Pertama: Jemu dah…segala nikmat berumahtangga dah habis dikecapi oleh pasangan tersebut ketika zaman bercinta. Perkahwinan tersebut sekadar prosedur untuk menghalalkan hubungan tapi isinya sudah hampir basi. Malam pertama yang mereka rayakan bukanlah bulan madu bahkan madu yang sudah mula masam dan bila-bila masa bertukar menjadi cuka. Dah selalu sangat berpegang tangan, bila terpegang malam pertamapun dah tak ada rasa apa-apa. Itu malam pertama dah terasa hambar, bagaimana dengan malam ke seribu?
Kedua: Rasa tertipu…dialog drama perkahwinan yang kita dengar: “dulu waktu kita bercinta abang tak macam ni….sekarang lain”. Benarkah sekarang lain? atau memang itulah dia sebenarnya? Dulu di alam bercinta dek kerana sayang tahap gila…mata jadi buta dan telinga jadi tuli. Segala keburukan nampak indah didepan mata. Bak kata orang yang sedang hangat bercinta: kentut pun berbau wangi. Bila bius cinta itu sudah mula hilang powernya di alam rumahtangga, baru terbuka mata dan telinga…waktu itu bukan kata kentut, minyak wangi pun berbau kentut. Barulah tahu kehebatan pasangannya selama bercinta hanyalah lakonan. Lakonan untuk memikat si dia. (Saya teringat kawan saya yang rugged sanggup pakai jubah bila jumpa tunangnya, maklumlah tunangnya itu ustazah…he he).
Ketiga: Bukan agama asasnya…walaupun ia diikat oleh akad nikah cara Islam tapi kosong rohaninya dari nilai agama. Tak terdetik langsung dalam minda kedua-dua mempelai untuk menjadikan tumahtangga mereka sebagai kubu agama, medan dakwah dan tarbiyyah dan institusi menghasilkan generasi pejuang. Mana mungkin pasangan begini terfikir kerana modul usrah datingnya bersumberkan novel ‘Romeo & Juliet’. Bukan al-Quran dan sunnah nabiNya. Perancangan jangka panjang mereka pun lebih berbentuk angka dan ringgit. Bukan iman dan takwa. Sebab itulah standard SIRIM yang mereka guna pakai untuk mengukur ke ‘soleh’ an pasangan sangat rendah. Pasangan yang usung ia ke hulu ke hilir pun bila ditanya tentang peribadinya tetap ia kata…lelaki soleh. Soleh menatang apa tu? Si wanita yang sudi peluknya dari belakang waktu membonceng motor bersama, mudah diusung ke panggung wayang di hujung minggu pun dianggap solehah lagi…benarlah kata orang, hanya jauhari mengenal manikam. Bila dah kahwin…baru terasa kekurangannya. Tapi dah tak guna, dah terlambat…

Apapun alasannya….kadar perceraian makin bertambah setiap tahun. (http://www.islam.gov.my/informasi/statistikperceraianseluruhmalaysia.php)....

(Kekadang nak tergelak tengok orang kahwin hantaran cukup mahal, di tempat yang mewah khususnya di kalangan artis…siap dengan persembahan artis2 jemputan…masuk surat khabar lagi!!, tapi bila buka muka surat berikutnya, terpampang gambar pasangan artis bercerai. Dulupun muka mereka juga yang masuk surat khabar kerana mengegarkan pesada seni tanah air dengan upacara perkahwinan yang mewah dan gilang gemilang…Haii.)

(Ya ALLAH...kekalkan keluarga kami atas agama mu, habiskanlah usia kami untuk menegakkan kalimah mu, kekalkanlah kami bersama hingga ke syurga mu...Allahumma AMIN)

Read more »

Saturday, November 15, 2008

CINTA OH CINTA - Ustaz Fauzi

Read more »

DOSA BERAKAR DI SAAT CINTA BERAKHIR

Minggu ini saya menerima banyak call dari beberapa orang bekas pelajar saya yang memulangkan semula ‘kasut buruk’ yang pernah saya serahkan ketika mereka belajar dengan saya di UMS dulu. Awal-awal lagi saya sudah mengetahui bahawa mereka berhadapan dengan masalah hidup. Selalunya mereka ingat saya semula bila ada masalahlah…he he, takpe ingat gak. Cuma cerita mereka kebetulan sama….ditinggalkan kekasih yang sudah bertahun-tahun memetri cinta kasih sepanjang sama-sama menuntut di UMS. Alasan si lelaki senang sahaja, dia sudah temui orang yang lebih baik, lebih memahami dirinya dan pelbagai alasan yang lain.

Tiga tahun yang lalu, lain pula dialognya…antara dialog paling polular: kaulah gadis yang dah lama aku cari, memiliki segala sifat kewanitaan, calon isteri paling ideal, wajah redup dan ayu…uaaakkh. Si perempuan pula bila ditanya oleh rakan-rakannya tentang BF baru menjawab: I sangat yakin dengan dia, dia boleh memimpin I, dia sangat caring, hansome, very sweet…Islamic, beragama, berakhlak…pujian yang kalau diangkat ke langit pun pasti lebih tinggi dari gunung Kinabalu ( akupun tak pernah naik).

Sebenarnya alasan yang paling kukuh ialah, jemu…boring…kerana sudah terlalu lama memadu kasih, dah tak ada kalimah puitis yang terkini dan sensasi untuk diucapkan lagi. Maklumlah tiga empat tahun mengulang kata-kata yang sama… I love U, I miz U…sayang abang, rindu abang, saya amat yakin pada awak. Kekadang agak islamic sedikit bunyinya…saya sayang awak kerana Allah…he he..demi pembinaan usrah muslimah. Tapi bila dah lama, berkali-kali, berulang-ulang..sms yang dulu amat dinanti-nanti, kini kehadirannya amat membosankan. Apatah lagi sudah ada regu baru yang sudi mengungkapkan perkataan yang sama, walau bunyinya sama tapi energynya berbeza. Orang barulah katakan…

Dulu juga wanita dan jejaka itulah idaman dan impian hati. Ternampak wajahnya dari jauhpun terbayang-bayang hingga terbawa ke dalam mimpi. Puji habis kecantikannya seolah-olah dialah segala-galanya. Namun wajah yang dulunya ditenung penuh kenikmatan dan kesyahduan setiap kali memadu kasih di Library atau di kafe…kini wajah itu makin hambar, bukan kerana makin banyak jerawat dan jeragatnya, tapi kerana dah tiap hari memandang wajah yang sama, lama-lama dah tak tahu mana cantiknya…kekadang memandang tukang angkat pinggan di cafeteria jauh lebih cantik dari wajahnya.

Jemu, itu tabiat manusia. Manusia akan jemu dengan perkara yang sama. Durian memang sedap bagi pengemarnya, tapi kalau tiap hari memakannya walaupun diberikan percuma…manusia akan jemu. Lagu kumpulan ‘Ungu’ memang sedap melody dan puitis liriknya…tapi kalau dah ulangkali mendengar, jemu dan memekakkan telinga.

Akhirnya bila dah jemu dan bertemu orang baru…segala janji yang dibina lewat sms atau ketika menyewa kereta bersama…terburai umpama perut anjing kena langgar di tepi jalan sulaman. Kalau difilemkan, bisa menanggis satu pewagam…Tapi janji itu, janji kosong. Janji yang tidak diikat oleh sebarang kontrak perundangan. Tiada surat rasmi…malah tiada saksi, kerana sering diungkapkan lewat sms ketika tengah malam ketika burung hantupun sudah melelapkan mata. Tidak ada mahkamah yang mampu mendengar penghakiman. Biar menanggis satu tempayan.

Kalau dulu, mereka pasangan bahagia…orang pun kagum dengan keintiman mereka. Study di library bersama, tengok wayang bersama, makan bersama, bila keluar pakai pakaian warna yang sama, bulan ramadhan buka puasa bersama…siap si lelaki baca doa berbuka dan diaminkan oleh si dara umpama orang sudah berumahtangga. Ada yang sampai berkongsi segala…PTPTN dilahap bersama, kad ATM pasangan pun dipegang oleh kekasih. Password email dan friendster pun sanggup diberikan pada kekasih. Bak kata dah macam laki bini yang menunggu pengesahan…bahkan ada gadis yang sanggup diperlakukan seumpama seorang isteri oleh Bfnya…kerana terlalu yakin bahawa masa depan untuk mereka dan bila dah kahwin sempatlah menebus dosa…bodohhhhh.

Tapi dah terjadi peristiwa begini yang tak disangka-sangka? Tinggallah hati dipenuhi kehampaan dan dendam kesumat. Orang yang ditinggalkan lagi menanggung risiko berbanding orang yang meninggalkan. Namun..orang yang meninggalkan pula jangan lupa balasan tuhan. Okeylah lagi kalau perpisahan itu tidak mengurangkan sedikitpun ‘value’ diri. Tapi bagaimana dengan mereka yang telah korbankan maruah dan harga diri? Nak claim semula di mana? Apa lagi yang akan diwariskan pada anak-anak di masa hadapan? Atau dia juga akan mewarisi DNA jahat ibubapanya…Bagaimana dengan dosa bertimbun yang telah tercatat dan tak akan terpadam kecuali dengan taubat…mungkin cerita silam dan kekecewaan berjaya dilupakan dengan menemui pasangan baru, tapi dosa yang dilakukan tak pernah tuhan lupakan dan menunggu harinya untuk dijatuhkan hukuman.

Itulah cinta yang bukan berpaksi iman dan tidak diikat oleh akad perkahwinan. Ramai yang sudah kecundang, hilang maruah diri dan jauh dari tuhan. Usia muda terbuang begitu saja…sedang orang lain gunakan masa yang sama untuk membina kekuatan diri dan persiapan terjun ke medan perjuangan. Akhirnya dia sendiri akan berkata kepada dirinya…bodoh betul aku selama ini kerana diperbodohkan. Tapi itulah hukum tuhan, maksiat tidak membawa berkat…

Kepada pasangan yang dah mula merasakan hangatnya cinta…kalian juga tidak terkecuali dan berkemungkinan mengalami nasib yang sama. Sebelum semua itu terjadi…fikirkanlah bagaimana nak menghalalkan hubungan tersebut? Iaitu dengan perkahwinan. Andai belum bersedia, jangan habiskan masa melayan perasaan yang tidak tahu penghujung dan sempadan. Banyak lagi kerja lebih mulia yang boleh dilakukan dalam usia muda….

Bila ku melintas di Kafe Kg E malam tadi…ramai benar pasangan 2 sejoli sedang memadu kasih dan janji. Apakah mereka menerima nasib yang sama tiga tahun lagi? Tak mustahil. Tapi yang jelas, para Malaikat sibuk menulis hujah-hujah mereka untuk menyaman pasangan tersebut di hadapan Allah Azza Wajalla kerana tanpa segan silu melakukan dosa…ermmm. Merapu pulak aku… Tapi benar kata Salafussoleh Yahya alWarraq:

''Sesiapa yang reda pancainderanya mengikuti syahwatnya, maka ia mula menanam dalam hatinya pohon penyesalan''.

Read more »