Tuesday, March 31, 2009

2 KATEGORI PEMUDA



Akhir-akhir ini aku sering didatangi oleh ramai anak-anak muridku dan golongan belia yang merasakan hidup mereka tiada hala tujuan. Bila ku ajukan pelbagai persoalan hidup, sedikit sangat yang boleh di jawab.

Aku tidak ingin menyalahkan mereka tapi itulah wabak yang menimpa ummah apabila Islam tidak lagi tertegak seperti sepatutnya. Islam dianggap sekadar agama peribadi. Upacara-upacara ibadah ketika berhadapan waktu susah. Lebih kepada simbol-simbol pakaian atau aspek luaran.



Memang Islam ada aturan yang perlu diikuti dalam semua perkara termasuklah hal luaran. Tapi Islam lebih dari itu. Islam adalah kecemerlangan dalam semua aspek kehidupan. manapun sudut yang menerima haruman Islam pasti cemerlang. Lantas, ribuan tahun ia mampu menjadi satu tamadun yang cukup hebat dalam sejarah peradaban dunia.

Pemuda hari ini membesar dalam suasana Islam jatuh. Mereka menatap wajah Islam yang pucat setiap hari. Akhirnya wajah mereka juga pucat. Yang mereka lihat berseri adalah barat. Kosmetik metarialistik barat telah mewarnai wajah mereka. Semua yang ada di barat hebat dan yangada pada Islam malap.

Tapi ada sebahagian pemuda yang masih waras akalnya, bersih jiwanya dan sempurna kemahuannya. Mereka memandang kehidupan ini diluar kefahaman majoriti bangsanya. Bahkan jauh dari kebiasaan keluarganya. Bagi mereka usia muda, sangat berharga. Pemberian Allah dan perlu digunakan untuk Allah. Untuk memperjuangkan kebenaran, membangun insan dan alam. Mereka tidak hidup hanya untuk perut sendiri.

Hidup pemuda ini tampak sedikit berbeza dari rakan-rakannya. Ini kerana priority mereka dalam hidup ialah ummah. Mereka ada perjuangan dan mereka merasa diri mereka pejuang.

Benarlah kata Imam Hassan al-Banna dalam risalahnya 'wahai pemuda':
"pemuda yang lahir serta membesar di tengah-tengah umat yang keadaannya senang lenang kerana kekuasaannya sudah kukuh dan kemakmuran hidupnya cukup mewah. Maka ia pun lebih banyak menumpukan tenaga untuk dirinya sendiri dari kepentingan umatnya, malah mungkin dia bermain-main dan berfoya dengan senang hati dan tidak berfikir apa-apa.

Di samping itu ada pula pemuda yang lahir membesar di tengah-tengah umat yang terpaksa berjuang dan bertindak kerana mereka dijajah dan dikuasai oleh musuh; oleh itu umat tersebut terpaksa berjuang sedaya upaya untuk mengembalikan hak mereka yang dirampas, harta kekayaan yang disamun. Begitu juga segala kebebasan juga telah hilang. Pada ketika itulah kewajipan utama lagi pertama bagi pemuda tersebut supaya menumpukan segala perhatian demi untuk kepentingan umat lebih banyak dari faedah dirinya sendiri.

Ketika bertindak sedemikian itu, pemuda tersebut akan memperolehi kemenangan dan pelbagai kebaikan serta mencapai ganjaran dari Allah dalam bentuk kebajikan dan pahala di akhirat kelak.

Wahai anak-anak dan adik-adikku…anda ingin hidup dan mati dikategori mana??

Hakikatnya usia muda anda tidak kekal lama. Anda berjuang atau tidak pasti akan mati juga. Cuma, pasti berbeza orang yang berjuang untuk tuhannya dengan yang berjuang untuk membesarkan perutnya

Tentukanlah langkah anda…itulah corak yang akan mewarnai hidup anda dan penentu nasib akhirat anda

Jangan bazirkan usia muda anda...sertailah para pejuang. Kita corakkan semula alam ini dengan keagungan sistem dan aturan kehidupan Islam. Pasti anda tidak akan menyesal di saat menghembuskan nafas terakhir.



PESAN ORANG DULU

Pesanan Imam Hassan al Banna pada kumpulan Dr.
Salim ketika mereka berumur 16
tahun…

“Jadilah Lelaki Sejati …”

Masa remajamu pendek, kamu
mesti menjadi lebih baik dari
generasi kami…

HAKIKAT UMAT ISLAM SEKARANG?? RAMAI!!! TAPI TAK BERKUALITI

Dari Tsauban r.a, katanya Rasulullah saw pernah bersabda:Hampir tiba satu masa dimana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni (membinasakan) kamu bagaikan orang-orang yang mengerumuni hidangan. Lalu sahabat bertanya, apakah ketika itu bilangan kami kecil Ya Rasulullah. Jawab Rasullah saw, bahkan ketika itu bilangan kamu ramai namun cuma umpama buih-buih di lautan yang dibawa arus. Allah swt akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu dan Allah swt akan mencampakkan penyakit wahn ke dalam hati-hati kamu. Lalu sahabat bertanya, apakah penyakit wahn itu wahai Rasulullah. Kata Rasulullah saw, iaitu cintakan dunia dan takut mati. (HR Al-Bukhari & Muslim)

TARBIAH SAHAJA YANG MAMPU MENGANGKAT KUALITI MUSLIM. BERMULALAH DENGAN DIRI SENDIRI, JANGAN JADI ANGKA KOSONG!!!


Kata Syakib Arsalan
Banyak surat sampai kepadaku sama ada dari Morocco, Jawa,
Mesir, Syria, Iraq dan negara kamu (palestin). Penulis-penulisnya
mencadangkan satu Muktamar Islam, atau melantik seorang
khalifah atau perkara-perkara yang seumpa dengannya. Namun
:seperti biasa aku akan menjawab
Kita WAJIB memulakan usaha Islam ini dari bawah; iaitu
melalui TARBIYAH INDIVIDU. Apalah gunanya
mengadakan muktamar yang menghimpunkan orang-orang yang
lemah, tidak mempunyai keinginan sendiri dan tidak mampu
melaksanakan satu keputusan atau resolusi. Apa faedahnya
berbuat demikian? Adakah kamu mahu mengumpulkan angka-angka
kosong?”






4 comments:

  • nasri21 says:
    April 1, 2009 at 8:19 AM

    semoga Allah swt memberikan hidayahNya pada umat islam..

  • Jas says:
    April 2, 2009 at 10:34 PM

    Saya bersetuju dengan pendapat ust. Tarbiah dan dakwah tu perlu dimulai dalam diri individu.

    Saya juga merasakan, tarbiah tu perlu berterusan... bukan setakat di sekolah, kolej @ U sahaja... ia perlu ada tama'ninah.

    Sls memasuki alam pekerjaan, saya merasakan saya banyak berubah oleh persekitaran... Saya risau saya akan hanyut tiada haluan, lupa dan lalai.

    Sbb tu saya sentiasa tercari-cari sesuatu yang dapat menambah ilmu di hati saya. Blog ni memang tidak akan miss dibuka sbb banyak input baru yang boleh jadi makanan rohani saya. Pada masa yang sama, saya boleh berkongsi dan menyampaikan sedikit maklumat/panduan kpd husband saya...

    TQ ust.

  • Abu Syifa' says:
    April 4, 2009 at 2:31 AM

    Tarbiah perlu berterusan kerana kekuatan manusia takkan berkekalan. Dalam diri manusia ada nafsu, luar manusia ada syaitan di kalangan jin dan manusia...tarbiah memastikan survival iman kekal berpanjangan. Alam pekerjaan lagi byk nafsunya, nafsu kereta besar, rumah besar, gaji besar...semua ini sering merebahkan iman manusia hingga kadangkala lupa 'perjuangan', bahkan sampai lupa tuhan.

    Tarbiah lebih penting bagi pejuang. Bagi mereka yg merasakan syurga cuma ada pada jalan itu...Dakwah bagi mereka itu tugas dan pekerjaan utama. Kemuliaan mrk cuma di situ. Masalahnya tarbiah formal begini cuma diperolehi oleh mereka yg terlibat dalam gerakan Islam secara formal. Penyertaan dalam gerakan Islam yg mementingkan tarbiah, memahami Islam secara menyeluruh dan memperjuangkannya sesuai dgn manhaj Rasul satu2nya cara terbaik utk berterusan dalam kehangatan tarbiah & perjuangan. Itu pun bukanlah jaminan 100%, apatah lagi lain dari itu.

    Bagi yg berkeluarga dan menjadikan keluarganya benteng perjuangan...rumahtangga adalah markaz tarbiah. Suami mentarbiah isteri dan isteri membantu suami dalam mentarbiah anak-anak. Ruamahtangga dakwah itu pengerak tarbiah dan dakwah di persekitarannya. Itu pun kalau asas pembentukan awalnya betul...

    Apapun, semua fikrah, hidayah dan perjuangan yg telah kita perolehi, kenali dan yakini adalah amanah Allah...walau kita lupa di dunia, pasti Allah tak lupa di akhirat. Kita akan kena hisab...

  • Anonymous says:
    April 12, 2009 at 8:25 AM

    syllabus tarbiyah takkan pernah habis sehingga kita mati. cintaila perjuangan ini, kerana anda bisa berkorban padastau tahap anda sudah tidak pandang dunia ini berharga..