Tuesday, February 24, 2009

CINTA BOLEH MEMBAWA PENYAKIT PEKAK DAN DEGIL


Minggu ni aku dengar macam-macam cerita…semuanya amat sensasi dan mengecewakan. Ada kawan bukan Islam aku cerita; dia jumpa budak muslim ada sugar daddy sampai mengandung dan gugurkan kandungan. Ada yang nak bunuh diri sebab takut mengandung anak luar nikah. Dulupun aku pernah jumpa seorang wanita yang mengaku pernah menggugurkan kandungan sebanyak 5 kali. Aku cubu pujuk dia dan kekasihnya berkahwin, tapi masing-masing kononnya belum bersedia. Setahu aku pasangan tu dah tak bersama lagi...Lagi hebat ada yang hidup macam suami isteri dan siap sambut love anniversary setiap tarikh percintaan mereka tiba (semenjak sekolah menengah)…pun aku dengar cerita pasangan tu dah lama putus. Ada majlis kenduri yang aku sempat hadiri dulu di buat kelam kabut…aku tanya kenapa instant sgt: member jawab; perempuan tu dah 5 bulan…ermm patutlah bersandingpun jalan lain macam…


Bila ditanya kepada wanita begini: “Kenapa kau sanggup buat benda macam ni dengan dia?Jawabnya: “ Aku cinta dia ba… Aku cinta dia ba…”

Lebih ironi cinta begini telah banyak memusnahkan wanita-wanita yang mula berjinak dengan tarbiah dan perjuangan. Kerana lelaki dan cintanya, dia sanggup tinggalkan perjuangannya untuk ummah demi mengejar perjuangannya untuk diri dan kekasihnya. Sudah mula menjauhkan diri dari usrah, program keagamaan dan kadangkala pakaianpun sudah makin berubah. Makin singkat dan sempit…entahlah, mudahan di penghujung jalan mereka ini menemui semula kebenaran. Kadangkala melihat di kalangan mereka yang aku kenali, aku rasa kesian benar. Aku yakin dan mungkin ia juga yakin...apa yang ia buat itu salah. Tapi cinta + nafsu...buat telinga orang jadi pekak dan mata jadi buta. Aku sering berdoa kepada Allah untuk orang yang aku pernah kenali..mudahan Allah selamatkan ia dari tipudaya cinta dan kembali ke pelabuhan perjuangan sebelum terlambat. Sebelum semua kapal belayar pergi dan terus bersendiri.



Seringkali dinasihatkan supaya kalau nak teruskan juga cinta sebegitu, ajaklah lelaki tu kahwin. Biar lelaki tu buktikan cintanya di alam rumahtangga. Sanggupkah dia jaga sakit demam, susah senang isterinya? Sabarkah dia dengan sikap isterinya ketika mengandung? Sanggupkah dia masak dan cuci pakaian ketika isterinya mengandung dan melahirkan anak? Sanggupkah dia pimpin isterinya menjadi lebih baik, lebih solehah dan lebih memahami matlamat hidup. Sanggupkah dia pimpin isteri dan anak-anaknya menuju jalan ke syurga duniawi dan ukhrawi? Kalau dia mampu buat…itulah cinta.

Sayangnya sebelum berkahwin, wanita yang sering dipinta oleh lelaki pengorbanannya. Itupun tak banyak, sekadar tubuhnya sahaja. Bila dah puas diratah…ditinggalkan begitu sahaja tanpa sebarang rasa dosa dan tanggungjawab. Terkapai-kapailah hidup si wanita mencari sinar baru dalam hidup. Si lelaki masih boleh enjoy mencari makanan baru yang lebih fresh. Tak tahu siapa yang berhak dipersalahkan..lelakinyakah atau siwanitanya yang mudah menyerahkan hak milik berharganya? Apapun kedua-duanya sepatutnya merasa berdosa dengan penciptanya.

Ada wanita begini bila diajak kahwin oleh pacarnya, menolak. Katanya dia belum bersedia. Bahkan ada yang memberi alasan…dia tak yakin dengan lelaki itu. Pelik sekali jawapan…dulu kata cinta, yakin dan sanggup serah diri? Bila dah terjadi…tak yakin. Aiks, awak nak cari yang mana lagi? Sepatutnya awak cuma layak untuk lelaki itu sahaja…takkan awak nak memberikan saki baki cinta dan maruah pada lelaki lain? Kesianlah kat dia…

Cinta? Allah sering gunakan kalimah cinta untuk dua maksud sahaja. Pertama cinta Allah dan kerana Allah. Lain dari itu semuanya kerana nafsu. Cinta nafsu terlalu luas…tapi dalam perkahwinan Rasulululllah letakkan tiga sebab iaitu, kecantikan, kekayaan dan kedudukan.

Cinta kerana Allah satu matlamat sahaja apabila melibatkan lelaki dan wanita iaitu KAHWIN. Bahkan cinta begini selalunya menjelma bila dah kahwin. Cinta begini melahirkan ketenangan dan takwa. Cinta begini bermotifkan pahala dan syurga. Cinta begini telah diiktiraf oleh mahkamah dan berinsuran tinggi. Siapa yang khianat akan didakwa dan wanita berhak menuntut haknya dihadapan undang-undang.

Ramai orang sebelum kahwin sangat kreatif dalam bercinta. Kepintaran akal berkawankan nafsu membuat dia jadi kreatif dan bersemangat. Umpama org lapar masak. Dia akan memasak sesedap mungkin. Hidangannyapun sangat kreatif. Tapi bila dah kenyang. Yang percuma, sedap dan cantikpun tak sudi dijamahnya. Begitulah juga orang yang dah puas bercinta bila berkahwin. Perkahwinannya jadi hambar. Semua keindahan, kreativiti dan semangatnya telah dihabiskan sebelum kahwin.

Memang orang bercinta sebelum kahwin sangat kreatif. Bait-bait smsnya sangat indah…terselit perkataan sayang, honey, darling, my sweeties dan macam-macam. Lirik lagu untuk mengambarkan cinta sebelum kahwin juga sangat indah dan banyak…’kau tercipta untukku, dealova, kesucian cinta..tiap minggu ada jer yang baru’. Lagu nasyidpun kena ikut trend begitu kalau nak laku cuma ditambah bumbu Islamic sedikit lalu jadilah ‘islamic love’…tapi ‘macam’ sama jer culturenya? Siap ada perayaan bagi orang bercinta seperti Valentine day yang berasal dari agama Kristian dan ditentang oleh sebahagian agamawan dalam Kristian sendiri.

Ringkasnya bercinta sebelum kahwin lebih bermotifkan keseronokan dan hiburan. Ucapan sayang, love, cinta, I miss u dan entah apa-apa lagi walau ‘macam jujur’ bahkan sanggup bersumpah untuk membuktikan kejujurannya, sebenarnya itu sekadar ‘hiburan’. Cinta begini asasnya nafsu dan kepentingan. Memang seronok mendengarnya. Bila buka handset jer dan baca sms macam tu…berbunga rasa hati..he he. Tapi itukan sekadar ‘hiburan’. Kesungguhan bercinta bukan begitu caranya.Cinta begini tak perlu dibuktikan apa-apa. Pembuktian yang dicurahkan tidak dianugerahkan penghormatan bahkan penyesalan dan rasa hina diri. Apatah lagi kalau yang diimpikan gerhana ditengah jalan. Terpaksalah kita mengira dosa dan membersihkan nama selepas itu.

Tapi kalau sudah terlajak bercinta…eloklah diharmonikan saja. Satu cara saja: ajaklah lelaki tu kahwin. Andainya dia kata belum bersedia…KIV atau tinggalkan saja. Banyak lagi yang boleh dilakukan dalam hidup ini khususnya dalam usia muda. Tak semestinya dia yang tercipta untukmu. Bahkan dengan memperbaiki diri, Allah pastinya akan sediakan yang lebih baik di hadapan sana. Kita tak ada perjanjian dengan diapun semenjak alam rahim bahawa mesti setia dengan cinta begini.

Tapi orang kalau sudah bercinta cara begini. Tegurpun tak guna. Nasihat pun buang masa. Ajaran agamapun belakang kira. Macam orang tengah dengar lagu kegemarannya. Suruh buat apapun dia tak berganjak. Nanti bila lagu tu dah habis..baru dia sedar apa yang kita suruh. Sama juga orang bercinta…dia sinonim dengan penyakit pekak atau lebih tepat lagi degil. Cakaplah apapun mereka buat tak dengar…sebabnya, mereka sedang berhibur. Dunia ini umpama milik mereka berdua. Kewujudan tuhanpun sudah tidak dirasa. Menasihati mereka waktu ini seringkali membuang masa sahaja.

Biar dia puas-puas dulu…bila kepala sudah terhantuk ke dinding, terguling-guling di tanah dan dunia yang luas jadi sempit..waktu ni paling sesuai beri nasihat. Bahkan seronok bagi nasihat sebab dia dah tak ada alasan apa-apa lagi untuk membantah. Hidupnyapun dah punah. Atau…tinggalkan dia begitu saja. Dengan dunia yang ia cipta sendiri. Ini kerana kita tidak dipertanggungjawabkan dengan kesalahan orang lain. Siapa makan cili dia rasa pedasnya.

(Ini jawapan kepada pelajar yang sering bertanya saya bagaimana nak bagi nasihat pada kawan perempuan mereka yang couple ‘tahap tinggi‘ dan susah untuk ditegur)

8 comments:

  • My Quranic Circle says:
    February 24, 2009 at 6:49 PM

    assalamu"alaykum..moga di beri hidayah dah rahmat di atas mereka.

  • Umar Safri says:
    February 24, 2009 at 10:32 PM

    nasihat yg amat bagus. apa yg diterangkan dlm entri ini adalah realiti yg telah, sedang dan mungkin akan berlaku. bersama kita mengambil manfaatnya. ya allah, lindungilah kami drp kebejatan akhlak di dalam perhubungan walau dgn siapapun, amin...

  • ana muslim says:
    February 25, 2009 at 2:56 AM

    jzkk again

  • Anonymous says:
    February 25, 2009 at 6:17 PM

    Itu cerita yang diketahui. Bagaimana pula dengan berbagai cerita dasyat yang kita tidak ketahui, brother Sarip?

  • Abu Syifa' says:
    February 26, 2009 at 7:03 AM

    betul tu bang...kadangkala kesian gak adik-adik kita ni...mudahan ada ruang mereka kembali ke pangkal jalan. Selagi ada hidup, selagi itu ada harapan. Tapi persoalannya...bila? mrk lah yg jawab

  • aiko_nash says:
    February 27, 2009 at 1:23 AM

    assalamualaikum..
    nasihat yang ustaz berikan amat berguna dan ingatan buat diri saya dan rakan2 muslim yang lain..:-)

  • Unknown says:
    March 2, 2009 at 12:46 AM

    terima kasih atas panduan yang diberikan...insyallah akan sya amalkan sehingga ke akhir hayat...alangkah baiknya jika kita dapat perbaiki rakan2 yang telah terlajak dr landasan y sepatutnya..

  • Jas says:
    March 30, 2009 at 1:31 AM

    Salah satu masalah perempuan skg ni ialah kurang bijak memilih dan tidak tahu memilih. Asal ada, belasah ja.. saya tidak setuju dgn cara ini.

    Ditambah lagi apabila mereka di dalam keadaan tertekan... kawan2 sudah kawin @ kawan2 sudah ada boyfriend tapi sendiri belum ada...dalam masa ni, siapa sahaja yang mendekati akan diterima...

    Kalau ada perempuan datang jumpa saya, dan dia memberitau dia sudah mengandung tetapi lelaki tidak mahu bertanggungjawab...saya rasa malu, sakit hati dan marah..bukan dgn lelaki tapi dgn perempuan... KNAPA KAMU TERLALU MURAH!