Wednesday, May 20, 2009

SIAPA ADA MASA DAN SANGGUP???

Rumah Panjang rungus

Pada 15 hingga 18 Mei baru ini, aku berada di Kudat untuk satu penyelidikan yang ada kaitan dengan Muallaf. Sempat masuk ke kampung-kampung bersama beberapa orang rakan. Sedih bercampur gembira apabila melihat nasib masyarakat kaum rungus yang telah memeluk agama Islam. Rata-rata rintihan mereka ialah kurangnya bimbingan. Mereka perlu sangat kepada kefahaman Islam khususnya berada ditengah-tengah masyarakat sebangsa dengan mereka yang bukan beragama Islam.


Kekadang terfikir juga, kurang sangatkah tenaga pendakwah untuk mengajar mereka. Kalau nak dikira yang sudi digelar 'ustaz atau ustazah' dan dapat gaji dari gelaran itu sangat ramai!. Dari guru agama, JQAF di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah. Ustaz ustazah di Jabatan Agama, USIA dan badan dakwah lainnya. Kalau nak dikira di seluruh sabah, memakan angka ribuan juga. Cuba bayangkan kalau seorang sanggup meluangkan masa sejam seminggu untuk mengajar di surau/masjid perkampungan saudara baru. Tak payah tinggi sangat silibusnya, cukuplah kefahaman Islam dari Asas-Asas Islam Maududi dan Fiqh Ibadah (Fardhu Ain) dari mana-mana kitab yang ringkas. Rasanya suasana kehidupan beragama mereka pasti sedikit berubah.

Tapi hakikat sebaliknya berlaku. Masih ada surau dan masjid terbiar. Bahkan ada yang dijadikan tempat simpan barang...ada yang tinggal atap sahaja lagi.

Apapun saya ucapkan tahniah kepada beberapa nama ustaz dan ustazah yang tak pernah masuk forum perdana pun, tak terkenalpun di dada akhbar dan majalah, tak tahupun 'jamaah'nya...tapi sanggup meredah jalan berlumpur untuk sampai ke perkampungan rungus di pendalaman., kalianlah wira dan wirawati dakwah sebenarnya Kalianlah yang disabdakan oleh Rasulullah SAW:

وأحب العبيد الى الله الأتقياء الأخفياء، الذين إذا غابوا لم يفتقدوا، وإذا شهدوا لم يعرفوا، أولئك أئمة الهدى ومصابيح العلم
الطبراني في (الأوسط) (4950) وفي (الكبير) (20 / رقم
53)
Hamba paling dicintai Allah ialah yang bertakwa tetapi terselindung (tak famous), kalau ia tiada, orang tak terasa kehilangannya, apabila ia ada orang tidak mengenalinya, mereka itula imam-imam petunjuk dan pelita ilmu. (Hadith ini dhaif)

Islam berjaya dimartabatkan oleh orang-orang seperti ini. Kekuatan mereka ialah pada kesanggupan, keikhlasan dan perjuangan mereka. Berapa sangatlah elaun yang mereka dapat dari kelas KAFA JAKIM dan elaun yang YADIM berikan kalau hendak dibandingkan dengan kesanggupan mereka. Mudahan Allah berkati usaha kalian dan kami mampu menumpang semangat dan menjadi contoh kepada 'penganggur dakwah' yang masih ramai di luar sana. Mereka sebahagiannya cuma tahu berbicara dari kerusi empuk dan masih banyak masa berbicara soal teori dakwah, teori daulah, ...tapi hingga kini belum ada seorang yang lahir dari pangkuan tarbiah dan asuhannya. Dakwah bukan diukur berdasarkan banyak kitab dibaca dan kemampuan berhujah tentang methodologinya. Tapi dikira berdasarkan orang yang dapat hidayah dari dakwah kita...

والله لأن يهدي الله بك رجلا واحدا خير لك من حمر النعم

Lawatan itu menyedarkan kami ahli rombongan akan kelemahan diri. Nampaknya kami belum buat apa-apa lagi untuk perjuangan ini. Masih banyak masa rehat...

***seronok dengar penerangan bekas seorang pengkhutbah gereja yang baru memeluk Islam tahun lepas berusia 59 tahun. Cerita ttg perbezaan agama lama dengan agama barunya dan pendekatannya dalam 'berdakwah'....ia sudah berdakwah walau baru Islam!!! Disebelah rumahnya ada sebuah gereja tempat ia berkhutbah dahulu dan sebelah lagi surau yang ia usahakan bersama YADIM dan kini ia mengepalai program2 di surau tersebut. Subhanallah.

***Syukran buat Encik Nordin, Ustaz Jais dan Ustaz Yasin yang sudi menemani penyelidikan. Tahniah juga pada Ustaz Jais kerana mengambil tindakan proaktif untuk memakmurkan sebuah surau diperkampungan rungus dengan majlis ilmu dan projek gotong royong membersihkannya. Eloklah...lambang bulan sabitnya pun dah jatuh....InsyaAllah kami akan kembali ke sana...

3 comments:

  • Umar Safri says:
    May 20, 2009 at 6:17 AM

    pertamanya, sy berani akui bhw itulah kelemahan sebilangan/kebanyakan muslim sabahan khususnya di zon PBU (mungkin termasuk sy sendiri). masih byk berehat dan malas turun ke lapangan. mudah2an semua ini akan dapat diperbaiki. ssghnya, kerja yg paling mulia adl sbg PENDAKWAH. cara cari makan yg paling baik adl sbg AHLI PERNIAGAAN. tahniah abg sarip... kami bertuah ada insan spt abg yg sanggup menjenguk kami. teruskan, kami sentiasa menanti dan akan turut sama berbakti insyaallah..

  • albelurani says:
    May 20, 2009 at 10:38 PM

    Alhamdulillah.. ni satu maklumat berharga apa yang ust dedahkan. Harapnya sampai kepada mereka yang bertanggungjawab. Rasanya ust boleh sampai - sampaikan maklumat ini secara formal atau atau sebaliknya kepada mereka yang berwajib atau kepada NGO'S Islam agar mereka dapat mengatur program ke sana. Atau selitkan maklumat ini di ceramah - ceramah Ust. Moga keluhan dan maklumat ini berguna kepada mereka yang berwajib dan yang sedang mengatur gerakan - gerakan dakwah di negeri ini. Saya di YAYASAN AMAL MALAYSIA CAWANGAN SABAH cuba bawa perkara ini kepada pimpinan YAM untuk tindakan selanjutnya.. Syukran. ada masa jemput ke blog ana ... albelurani.blogspot.com.

  • Fairuz Zihan says:
    March 26, 2010 at 7:13 PM

    salam..mmg sesugguhnya..masyarakat pedalaman ini sangat2 memerlukan bimbingan agama..semoga ada golongan yg telah Allah berikan ilmu dan hidayah untuk mendidik manusia2 yg terleka..mari kita sentiasa ingat-mengingati..