Sunday, October 25, 2009

BERBALOIKAH?




Firman Allah SWT:

قُلْ إِنْ كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّى يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ وَاللَّهُ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ

(Katakanlah: "jika ibubapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya." Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik).(Surah al-Taubah:24)

Ayat ini menceritakan tentang pertembungan dua cinta bagi mereka yang terlibat dalam dakwah dan perjuangan. Antara cintakan Allah, RasulNya dan Jihad dijalannya dengan kecintaan kepada duniawi yang berupa manusia (ibubapa, anak, saudaramara dan keluarga) atau berupa metarial (harta dan perniagaan). Pertembungan 2 cinta ini cuma berlaku dalam diari pejuang yang kakinya berjalan di atas jalan perjuangan. Mereka yang tidak pernah terlibat dalam tarbiah dan dakwah, pertembungan 2 cinta ini pastinya tidak pernah berlaku. Apa yang berlaku ialah mereka akan dibelenggu hidupnya dengan keduniaan. Kalau pun berlaku pertembungan cuma melibatkan pertembungan 2 cinta yang kedua-duanya akarnya satu..iaitu dunia.

Pertembungan 2 cinta ini pasti akan menyerang pejuang. Bahkan semakin kuat ikatannya dengan akidah, semakin kuat serangannya. Andai tersilap langkah, pasti ia akan kecundang. Akhirnya ia sanggup meninggalkan perjuangannya demi mengejar cintanya pada manusia dan harta. Lebih parah, ada yang sanggup menjadikan perjuangannya pentas untuk menghimpun kekayaan dunia. Tidak mustahil, pelbagai tabrir akan digunakan untuk mengaburi mata pejuang yang lain.

Dalam pertembungan 2 cinta, ramai pejuang yang kecundang. Akhirnya tarbiah dan dakwah yang pernah ia yakini sekadar tinggal sejarah. Bahkan ada yang malu untuk menceritakannya pada anak-anak.

Macam-macam cerita yang pernah terdengar ke telinga mengenai kisah pejuang yang kecundang;

Pernah diceritakan seorang muslimah yang dulunya aktif menyertai program tarbiah berubah sama sekali perwatakannya setelah berumahtangga. Suaminya bukanlah orang yang memiliki fikrah macam ia. Orang biasa. Dulu pernah dinasihatkan supaya berfikir panjang sebelum berkahwin, tapi kerana cinta dan keluarga..ia tetap teruskan. Dari bertudung labuh kini penampilannya semakin berubah.

Ada juga yang sanggup tinggalkan program tarbiah setelah bertemu kekasih hati. Ini kerana pasangannya berlainan cara berfikir dan cara hidup dengannya. Menyertai program berbentuk tarbiah pastinya menyukarkan pergerakan dan kebebasan mereka ‘bersama’. Akhirnya ia sanggup meninggalkan kawan-kawan seperjuangan dan fikrah yang sudah mula menjalar dalam darahnya demi kasih seorang manusia yang tidak pasti lagi ke mana arahnya. Adakah ia juga membawa kepada cinta Ilahi seperti jalan perjuangan yang dulunya ia lalui? Masa akan menentukan benar tidaknya.

Waktu di alam persekolahan dulu, kecoh jadinya apabila abang-abang naqib berubah menjadi nakal kerana kecewa putus cinta. Ia melepaskan geram kecewanya dengan melanggar pelbagai undang-undang sekolah.

Mungkin kesilapan pertama pada Murabbi sendiri, tidak mampu memantapkan keyakinan Mutarabbi pada tarbiah dan perjuangan. Namun Murabbi juga manusia biasa, kemampuannya terhad. Mutarabbi juga perlu berusaha sendiri untuk membersihkan saki baki jahiliah dalam dirinya setelah di sediakan segala kelengkapan utuk berubah.

Inilah beberapa fenomena yang sering melanda generasi muda yang melibatkan diri dalam tarbiah dan dakwah. Apabila bertembung antara kepentingan dakwah dan kepentingan peribadi, tidak ramai yang sanggup mengkemudiankan kepentingan peribadi.

Paling menyedihkan ada yang sanggup mengantikan aktiviti tarbiah dengan aktiviti yang kesudahannya memusnah diri dan maruah. Dahulu ketika bersama kawan-kawan ke hulu-ke hilir berusrah, tamrin dan qiamullail..alhamdulillah. Tapi setelah berubah angin, hidupnya kini cuma bertemankan pasangan dan program berorientasikan hiburan dan keseronokan. Berbaloikah?

Malah ada yang terlibat dengan tarbiah dan dakwah kerana sekadar ingin menjaga hati sang kekasih yang lebih dahulu terlibat dalam gerakan tersebut. Bila sang kekasih futur, ia akan futur bersama. Bila sang kekasih meninggalkan dirinya, ia akan membenci bukan hanya tubuh badan sang kekasih bahkan perjuangannya. Berbaloikah?

Bagi yang berkahwin dengan yang pasangan yang tidak sefikrah atau langsung tidak memahami perjuangan. Sering terjadi pasangan akan mempengaruhi penglibatannya. Pasangan yang tidak ditarbiah jarang menjadikan perjuangan sebagai priority. Bahkan sering mendahulukan RM dan material dalam menbuat penilaian. Akhirnya rumahtangga yang terbina sekadar menambah bilangan rumah tempat beristirehat dan bukannya kubu dakwah.

Mungkin ada yang berjaya mentarbiah pasangannya. Persoalannya ramai mana isteri yang faham Islam mampu mentarbiah suami? Tatkala semua suami apapun 'kepala'nya menganggap dirinya adalah ketua dan isteri perlu memberi taatnya? Bahkan tak kurang suami yang gagal mentarbiah isterinya. Isterinya sekadar menjadi suri dalam rumah tapi tidak terlibat dalam perjuangannya. Bahkan lebih menyedihkan tak mampu mentarbiah asas-asas tarbiah dalam diri anak-anaknya.

Sebenarnya memahami Islam dan merasa perlu memperjuangkannya adalah nikmat paling besar yang Allah anugerahkan kepada seorang insan beriman. Ayat 24 surah Taubah menjelaskan bahawa kecintaan kepada Allah SWT dan RasulNya akan menghasilkan kecintaan pada jihad dan perjuangan. Tiga serangkai tersebut menjadi asas kepada pembentukan iman sejati. Itu petanda imannya hidup dan bergerak. Waktu itu ia berada di barisan Ansarullah yang diperakui kemuliaannya oleh Allah. Waktu itu hidup dan matinya telah diwaqafkannya untuk perjuangan dan demi mengapai cinta Ilahi. Indah dan hebat manapun cinta lain yang hadir, baginya ia sedikitpun tidak menyamai kecintaannya pada perjuangan dan tuhannya.

Baginya ia cuma menerima sesuatu yang selari dengan jalan yang telah digariskan. Ia menilai kehidupan tidak seperti orang lain menilai kehidupan. Bagi pejuang, amat tidak berbaloi mengadaikan perjuangan hanya kerana ingin meraih cinta seorang insan. Cinta insan akan hancur walau sehebat manapun ia. Sering terdedah dengan pengkhianatan, penipuan, tidak konsisten atau sekurang-kurangnya dihinggapi kejemuan. Sedang cinta Ilahi itu sangat suci, mulus dan kekal abadi. Semua itu cuma mampu diraih oleh Ansarullah.

Islam dan perjuangannya tidak layak dibandingkan dengan apapun harga dunia. Ia hidayah dari Allah dan atas prinsip dan ajarannya para Rasul dan sahabat mencari syurga. Adapun ikatan individu, perasaan dan darah tidak ada langsung nilainya kecuali bertepatan dengan kehendak perjuangan.

Di hari manusia lari meninggalkan perjuangan, bermulalah malapetaka dalam hidupnya. Sayangnya, cuma akan disedari di penghujung perjalanan hidupnya. Pemergiannya sama macam orang lain, meninggalkan harta yang akan menjadi bahan perebutan atau anak-anak yang mewarisi kekosongan ibubapanya.

Sebenarnya tidak salah menikmati ‘cinta manusiawi dan hartawi’ asalkan kecintaan hakikinya pada akidah dan perjuangannya. Bak kata Sayyid Qutb: ‘’Akidah Islam ini tidak mungkin menerima perkongsian dalam satu hati, samada diserahkan bulat-bulat kepadanya atau terpisah terus daripadanya….akidah ini inginkan ia sebagai penguasa dan hakim, pengerak dan penentu tindakan. Bila kecintaan kepada akidah sampai ketahap itu, maka tidak salah untuk seorang muslim menikmati semua perhiasan duniawi….” (Fi Zilal Quran)

Akhirnya, mengorbankan perjuangan demi meraih cinta manusia dan harta , merupakan perniagaan yang amat tidak berbaloi. Umpama orang mabuk yang keseronokannya cuma sementara. Bila ia tersedar atau ditimpa penyakit kronik, ia akan menyesal.

Mudahan Allah SWT kekalkan hati ini untuk terus mencintainya. Mudahan segala tenaga yang ia kurniakan dicurahkan semula untuk memperjuangkan agamanya. "Wahai tuhan kami janganlah engkau palingkan hati-hati kami setelah engkau beri hidayah kepada kami dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisimu sesungguhnya engkau maha pemberi kurniaan".

7 comments:

  • Umar Safri says:
    October 26, 2009 at 3:11 PM

    Jawapan sy, tidak berbaloi. Tapi pengisian tuan amat berbaloi. Sy masih merasakan bhw berlaku sedikit kekeliruan umat tentang definisi sebenar perkataan, "kaya" itu. Adakah kaya itu adl seorang yg mempunyai rumah besar, kereta mewah, perniagaan untung berjuta2, keluarga ramai, pangkat tinggi, ternakan membanjiri padang dan pasangan hidup yang cantik/segak? Atau adakah "kaya" itu sptmana yg diterjemahkan oleh Baginda Rasul SAW di dlm kehidupan sehariannya? Kebanyakan umat skrg sedang kemaruk memburu kekayaan sehingga tergadai perjuangan.

  • thegabenor says:
    October 29, 2009 at 11:40 PM

    salam.saya prnh ikut kwn2 yg bertudung labuh menyertai program. tenang bersama mrk. saya sndiri duduk d bumi ums dgn penampilan yg tidak seberapa utk bgelar muslimah. pada mulanya sy respect dgn kakak2 bertudung labuh. Tapi, bila sy melihat komitmen mrk terhadap pelajaran agak terabai, saya merasakan tiada perlunya sy mengikuti mrk. krn bg sy jika kita berjaya memantapkan akademik kita, barulah umat Islam dipandang tingga. Apa yg berlaku, saudara2 seagama sy seringkali ponteng kelas, yg bertudung labuh seringkali memencil diri dalam kuliah...

  • Umar Safri says:
    October 31, 2009 at 1:58 PM

    Sdri. Putrifarish87,

    sy berpandangan mcm begini:

    1. kena faham betul2 makna "labuh" itu. adakah "labuh" itu sesuatu yg terlalu 'special' atau merupakan syarat minima penutupan aurat seseorang muslimah (bentuk badan jugakan aurat)? hanya "labuh" yg boleh menutup 'bentuk' itu. jadi, bagi mereka yang tidak melabuhkan apa yg sepatutnya, bermakna mereka belum menutup aurat secara sempurna (tapi lebih baik drp yg tidak bertudung langsung). kita tidak boleh mengatakan bhw yg bertudung labuh itu maksum. mereka juga manusia biasa yg pastinya mempunyai kelemahan masing2. TAPI, sekurang2nya dlm bab penutupan aurat mereka sudah selamat.

    2. ekoran itu, kita tidak boleh menolak perjuangan "kakak2 bertudung labuh" ini semata2 kerana beberapa kesilapan peribadi mereka. jika ya pun mereka silap, itu adl diri mereka. bukan perjuangannya. sebagaimana Islam itu sendiri. dlm keadaan sebahagian umatnya yg rosak, adakah kita boleh mengatakan, "saya merasakan tiada perlunya sy mengikuti Islam".?

    fahami perjuangan yg dibawa oleh "kakak2" itu. jika benar, ianya harus diperjuangkan bersama...

  • sdura says:
    November 1, 2009 at 11:20 PM

    Assalamualaikum..

    Cinta pada manusia tidak akan kekal, cinta pada Allah juga yang kekal abadi, oleh itu belajarlah mencintai Tuhan dan meletakkannya ditempat teratas manakala cinta pada manusia di tempat kedua.

  • sofiya miller arch says:
    November 13, 2009 at 11:01 AM

    mesti ke kene melabuhkan tudung selabuh kakak2 btudnung labuh tu. macam mane dengan org y lain2 y pakai tudung biase tu?

  • Abu Syifa' says:
    November 13, 2009 at 6:03 PM

    Terimakasih atas komenter semua...saya tak memperli orang tidak bertudung labuh walaupun kesempurnaan memakai tudung ialah dengan melabuhkannya melepasi paras dada seperti yang telah disebut dalam al-Quran: Al Ahzab: 59و Surat-un-Nur (24) 30-31.

    Cuma yang saya bincangkan ialah orang yg memakai tudung labuh (gambaran mereka yang terlibat dalam dakwah) jadi berubah bila berkahwin...Sebenarnya tulisan saya 'khusus' untuk orang yg terlibat dalam perjuangan Islam. Orang biasa...pasti tak faham.

  • OreN LemON says:
    November 15, 2009 at 4:07 AM

    salam..
    mmg susah nk mjauhi godaan2 dunia ni n maneruskn pjuangan kita ni..lbh2 lagi bla bkaitan ngan org yg kita syg..mak bapak, kwn2, n gf n bf..saya sndiri,wlpun x tlibat dlm pjuangan islam ini..saya sayang ngan islam n suka tgk kakak2 yg pakai tudung labuh..nmpk kindahan islam dr mereka..syg seribu syg kt org yg manggap pjuangan kakak2 itu sia2 belaka..sbb klu pandangan kristian, muslimah yg memakai tudung ala2 xmemakai tudung,fesyen jk yg lebih( umpama xpakai tudung), xda yg baiknya org islam itu dr org kristian mlainkan sama saja.so,baik mrka trs jd kristian jak.ini la pndpt2 org kristian,tmasuk saya..