Wednesday, October 14, 2009

TAHNIAH


TAHNIAH kepada para pelajar UMS yang telah bergraduasi dalam Konvokesyen ke 11 UMS baru-baru ini. Moga kejayaan yang dicapai mendatangkan manfaat untuk membina kebahagiaan diri dan membantu Ummah menuju kecemerlangan.

Kepada Ikhwah dan Akhawwat yang pernah terlibat dalam program-program halaqah tarbawiyyah yang diadakan tahniah diucapkan. Khususnya kakak-kakak yang dapat ‘kelas pertama’ dan ‘kelas kedua:1’. Moga mampu menyuntik semangat adik-adik untuk terus cemerlang dan membuktikan bahawa tarbiah yang betul akan membawa kesan dan kejayaan bukan hanya dalam kerohanian, fikrah dan imej, bahkan juga dalam keilmuan dan akademik. Kita sentiasa meletakkan dakwah didepan dan akademik adalah antara alat untuk tujuan tersebut. Di manapun kalian berada dan bekerja, jangan lupa tugas utama kita…Nahnu du’at qabla kulli syai’…kita pendakwah sebelum yang lain-lainnya. Semarakkan fikrah, syiar dan imej Islam dimanapun berada. Jangan lupa pesan orang dulu-dulu, bahawa dakwah kita adalah jelas jalannya…bermula dengan pembinaan peribadi muslim, rumahtangga muslim, masyarakat Islam, negara Islam dan Khilafah Islamiyyah. Mana-mana error pada jalan tersebut akan mencacatkan kemaraan Islam. Alangkah sedihnya kalau kitalah faktornya. Pastikan kalian mampu teruskan jalan tersebut di kedudukan apapun anda berada.

Bagi yang tengah berusaha membina baitul Muslim. Ingat pesan murabbi dan murabbiah anda. Buat pilihan yang tepat dan binalah benteng yang kukuh dan mampu melahirkan generasi penyambung perjuangan.

Kami berbangga dengan kalian semua. Maaf kerana tak semua dapat bunga konvo…mahal bah..he he. Apapun kami telah cuba bekalkan kalian dengan sesuatu yang lebih berharga…fikrah dan perjuangan. Mudahan mampu menerangi jalan hidup menuju akhirat. Selagi kalian dan kami berada di atas jalan itu…selagi itu kita sama dan bersama..mudahan Allah SWT menetapkan hati dan kaki kita di atas jalan ini.

Mungkin silibus akademik UMS telah tamat, namun silibus halaqah tarbawiyyah masih banyak yang perlu dipelajari. Teruskan tarbiah anda di manapun berada. Mudahan ‘org baru’ yang mendidik anda mampu memantapkan lagi apa yang pernah kami berikan.

Salam sayang untuk semua.

0 comments: