Thursday, December 8, 2011

MANA MUNGKIN HIDUP SEMULA...


‘Binggong’ kepala aku dua tiga hari ni, bila buka www.saripadul.com . Yang keluarnya bukan lamanweb aku. Baru hari ni aku terfikirpuncanya. Domain untuk laman web ku ini bukan percuma. Baru teringat, berbayar rupanya dan tempohnya telah tamat…lupa lah pulak aku hosting company tempat ku mendaftarkan domain ku ini. Syukur teringat juga akhirnya…sempoihosting.com..cepat aku bayar dan minta mereka sambung semula. Hidup la balik…


Ermm, domain mati boleh sambung bikin hidup semula dengan bayar RM38 ringgit. Nyawa manusia? Alangkah baiknya kalau dah mati boleh sambung semula nyawa walaupun terpaksa bayar jutaan ringgit. Hakikatnya semua tu mustahil, tak ada seorangpun yang sudah mati hidup semula termasuk manusia yang dulu sombong dengan kuasa dan kekayaannya seperti Hamman, Firaun dan yang sewaktu dengan puak tu. Duit mereka tak ada faedahnya bila dah mati…tak mampu nak top up nyawa walau untuk tambahan satu saat.

Sebenarnya teori sudah mati tak boleh kembali hidup semula di dunia ni diketahui oleh semua yang ada otak waras. Tapi ramai yang buat-buat lupa dan tak faham (mungkin aku antaranya). Sebab tu ramai yang hidupnya berangan-angan jauh, kekadang angan-angannya sampai ke luar galaxy bima sakti. Bahkan kalau boleh bumi ini dia nak kuasai seorang. Lupa dia dengan perkataan yang budak kecik pun mudah eja…MATI. Lupa mati ni satu penyakit dan risikonya akan menyebabkan manusia diserang penyakit WAHAN….nak tahu WAHAN? Search la kat internet kalau tak pernah dengar. Tapi itulah penyakit yang Nabi kata akan menimpa majority umatnya. Akhirnya bilangan mereka yang ramai jadi tak ada faedahnya.

Penyakit ini boleh dikatakan dah menjangkiti semua manusia muslim. Cuma kesannya maybe tak sama…ikut tahap iman la. Tapi bagi pejuang dan pendakwah, kesan sikitpun mendatangkan bahaya dan kesan besar pada perjuangan. Bila gaji setakat 3 k pun buat ia jadi kelam kelibut dan menjadi alasan untuk tidak komitmen dakwah ? 3 k je, tapi alasannya kadangkala sampai 10 k…ermm lagilah kalau yang duduk di luar padang perjuangan. Memang Allah jadikan dunia ni indah, lazat dan menawan hati…buatkan ramai orang nak tinggal sini selama-lamanya. Tapi…pencipta bumi ini dah kata…TAK BOLEH!!!. Kamu bukan dicipta untuk dunia, kat sini kamu sekejap je…kamu akan ditransferkan kea lam lain oleh tren MATI yang dipandu oleh Izrael. Kamu tak ada pilihan…

Ermmm, apasal Naruto cerita pasal mati la pulak? Tak rock la bro…saje je untuk muhasabah diri dan pembaca blog ku ini. Supaya dalam kesibukan mengejar dunia, jangan lupa MATI. MATI ni tak tunggu tua bro!. Minggu lepas anak kawan aku baru meninggal umur 8 tahun. Kalu korang dah 20 tahun pastinya lagi berpotensi. Macam umur aku ni lagilah…so elok la kita ingat-ingat selalu. Sebelum nak merempit, nak buat maksiat, nak buat jahat…ingat-ingatlah juga yang kau tu takde insuran untuk kekal selamanya kat dunia ni. Aun bin Abdillah bin Mas’ud pernah naik ke mimbar dan berkata:

كم من مستقبلٍ يومًا لا يستكمله، ومنتظرٍ غدًا لا يبلغه، لو تنظرون إلى الأجل ومسيره لأبغضتم الأمل وغروره

Berapa ramai orang yang menemui harinya tapi tak mampu menyempurnakannya, dan menunggu esok hari tapi tak mampu sampai. Kalau kamu melihat kepada ajal dan perjalanannya, nescaya kamu akan benci dengan angan-angan dan tipudayanya.

Aah penat cerita bab ni, bikin takut saja.,,,ermm sebenarnya bila takut itu tandanya masih ada sikit iman. Masih tahu belum cukup persediaan. So, apa yang kita perlu buat bro? Senang je, bak kata al-Fudhail bin Eyyad:

تحسن فيما بقي يغفر لك ما مضى، فإنك إن أسأتَ فيما بقي أخذتَ بما مضى وبقي

Perbaikilah pada apa-apa yang berbaki (dari usiamu), diampuni bagimu (dosa-dosa) yang berlalu. Namun, andai engkau burukkan pada saki baki umurmu, engkau akan diperkirakan dengan apa yang telah berlalu dan masih berbaki.

Bah cukup la itu, penat sudah. Mudahan kita jadi insan yang setiasa cuba bersedia...


0 comments: