Sunday, June 10, 2012

JANGAN JADI LALAT

وسلم: (مثل الذي يجلس فيسمع الحكمة ثم لا يحدث عن صاحبه إلا بشر ما سمع كمثل رجل أتى راعياً فقال: يا راعي اجزرني شاة من غنمك، قال: اذهب فخذ بأذن خيرها فذهب فأخذ بأذن كلب الغنم


Dari Abu Hurairah ra berkata: Telah bersabda Rasulullah saw: “Perumpamaan orang yang duduk untuk mendengar ilmu kemudian ia tidak bercerita mengenai pengajarnya kecuali yang sesuatu yang tak elok dari apa yang ia dengar, ia seumpama seorang lelaki yang mendatangi seorang pengembala kambing dan berkata: Wahai pengembala, berikanlah kepadaku seekor dari kambing-kambingmu. Pengembala itupun berkata: pergi dan ambillah mana-mana yang terbaik (yang kau suka), lalu ia pun pergi dan membawa pulang anjing yang menjaga kambing-kambing”. (Riwayat Ibn Majah, Abu Ya’la dll).

Anak-anakku, ramai dalam kalangan kita yg mengelarkan dirinya sebagai pejuang Islam berpenyakit seperti lelaki di atas. Apabila mendengar orang bercakap atau membaca tulisan orang di blog atau facebook yang dicarinya ialah kecacatan ucapan dan tulisan orang lain. Lalu ia memberi komen dan menjaja kelemahan orang. Terlupa ia dengan kebaikan yang mungkin terkandung dalam ucapan dan tulisan orang tersebut. Mereka umpama lelaki yang diceritakan oleh Rasulullah saw.

Mereka ini diumpamakan oleh Ibnu Taimiyyah seperti lalat. Kata Ibnu Taimiyyah:

فَإِنَّ الْجَاهِلَ بِمَنْزِلَةِ الذُّبَابِ الَّذِي لَا يَقَعُ إِلَّا عَلَى الْعَقِيرِ


“Seorang Jahil itu umpama lalat yang tidak akan hinggap kecuali di tempat luka”. (Minhaj al-Sunnah. 6/150)
Imam Amir al-Sya’bi menyebut sifat orang sedemikian dengan katanya: “Demi Allah kalau engkau betul pada 99 perkara dan tersilap pada satu perkara, dia akan mengira bahawa engkau silap semuanya”.

0 comments: