Sunday, June 10, 2012

ANDA BUKAN TUKANG SORAK

Gerakan dakwah umpama permainan bola. Ada pemain di padang dan ada penyokong yg bertindak sebagai tukang sorak. Melahirkah pemain yang hebat perlukan tarbiah yang hebat dengan manhaj yang hebat dan berterusan. Pemain yang hebat tidak akan lahir kalau ditarbiah dengan manhaj tukang sorak. Semakin profesionalnya seorang pemain, semakin perlu ia kepada latihan/tarbiah yang mantap. Tiada istilah tamat silibus bagi seorang pemain profesional. Andai ia malas mengikuti latihan/tarbiah...perutnya akan menjadi boroi dan langkahnya menjadi slow. Waktu itu ia sudah tidak layak menjadi pemain, ia sekadar layak duduk dibangku penyokong dan menjadi tukang sorak. Ia juga tidak layak menjadi jurulatih kerana dikhuatiri ia mewariskan kemalasannya kepada pemain lain. Jurulatih sebenar ialah yang tidak meninggalkan latihan/tarbiah pada usia apa pun ia dan di level manapun ia berada.


Adapun penyokong, memang ia dilatih memukul gendang dan kompang sambil bersorak memberi semangat kepada kawan dan mengejek lawan. Mereka inilah yang paling bising di medan dan suka bergaduh dengan penyokong pasukan lawan. Kadangkala mereka sanggup membakar stadium kalau pasukannya kalah.

Anak-anakku, kalian ditarbiah untuk menjadi pemain profesional di medan, maka jangan berperangai seperti tukang sorak atau berperanan sebagai penyokong semata-mata. Kalian lah pengerak bola/agenda untuk mencapai kemenangan mengalahkan musuh. Biarlah satu stadium bersorak mengejek anda, usah dipedulikan. Bukankah punca kekalahan itu ialah apabila anda sudah mula 'naik angin' mendengar ejekan mereka. Apatah lagi mereka itu cuma tukang sorak yang tidak ada peranannya di padang. Fokus pada bola anda dan jaringkan gol.

0 comments: