Friday, March 15, 2013

KITA ADALAH 'DOKTOR'

GERAKAN ISLAM DAN PENDAKWAH UMPAMA HOSPITAL DAN DOKTOR, MESTI MEMULAKAN DAKWAHNYA DENGAN MENGKAJI PENYAKIT UMMAH DENGAN KAJIAN TERPERINCI, MENGETAHUI MUSUH DAN STRATEGI MEREKA...AKHIRNYA DAKWAH MEREKA BENAR-BENAR MAMPU MENGUBATI PENYAKIT SEBENAR. TANPA KAJIAN TERPERINCI, TIDAK MUSTAHIL UBAT YG MEREKA SUNTIK TIDAK TEPAT MENGENAI MUSUH, DAN PENYAKIT AKAN BERLARUTAN. BAHKAN TIDAK MUSTAHIL YG BUKAN MUSUH DIANGGAP MUSUH. AKHIRNYA PULUHAN TAHUN USAHA, MENJADI SIA-SIA WALAUPUN MUNGKIN MEMBUAH PAHALA.
GERAKAN DAKWAH DAN PENDAKWAH JUGA WAJIB MENGUPDATE KAJIAN MEREKA TERHADAP PENYAKIT DAN MUSUH KERANA MUSUH SENTIASA MENUKAR TOPENG DAN KULIT MEREKA.

"Hanya Allah sahaja yang tahu berapa malam kami telah habiskan untuk meneliti nasib dan ancaman yang menimpa ummah ini dalam segenap aspek kehidupan mereka. Kami analisa setiap punca dan penyakitnya. Kami fikirkan cara untuk mengenalpasti dan merawat penyakitnya. Hasil yang kami perolehi menyebabkan kami menangis. Betapa kami terkejut dalam keadaan kami berhadapan dengan masalah yang begitu hebat meruntun jiwa ini, ada pula golongan yang melepak di warung-warung kopi dan berulang alik ke tempat-tempat yang merosakkan. Apabila saya bertanya kepada salah seorang di antara mereka sebab mereka berada di tempat yang membuang masa dan membosankan ini, dia menjawab: Sengaja membuang masa. Tidakkah orang yang malang ini tahu bahawa orang yang membuang masa sebenarnya membunuh diri sendiri kerana masa itu adalah hayat itu sendiri.
Kami amat terkejut dengan sikap mereka ini dan sikap kebanyakan golongan cendiakawan. Sedangkan mereka adalah orang yang lebih layak memikul tanggungjawab ini. Ketika itu salah seorang di antara kami berkata: Bukankah ini salah satu penyakit umat ini. Malah ia mungkin penyakit yang paling merbahaya, iaitu apabila manusia tidak berfikir tentang penyakitnya sendiri dan tidak berusaha merawat dirinya sendiri.
Didorong oleh masalah ini dan masalah-masalah yang seumpama inilah kami mula mengorak langkah berusaha. Demi memperbetulkan segala kepincangan ini kami telah wakafkan diri kami. Kami bersabar dan kami bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kami orang-orang yang mengajak manusia ke arah-Nya dan bekerja demi agama-Nya." HASSAN ALBANNA

0 comments: