Friday, March 15, 2013

KUALITI DAKWAH

Brand sesuatu produk penting, tapi yang lebih penting produk dan isinnya. Mempromosikan brand berlebih-lebihan, sedangkan produknya tak seberapa dan kabur, menipu pelanggan namanya dan lambat laun tembelang akan pecah juga. Yang tepat ialah mempromosikan produk, menerangkan kepada pengguna apa tujuannya, kandungannya, kegunaannya, keistimewaannya dan semua perkara yang apabila pelanggan membeli, ia membelinya penuh redha dan yakin. Akhirnya ia meyakini kualiti brand yang dibeli. Dakwah juga sepatutnya begitu. Usah bergaduh dan bersaing hanya kerana brand. Kalau nak bersaing, bersainglah dalam mempromosikan produk dan perjelaskan penuh tuntas kepada umat semua sudut yang berkaitan dengannya. Biar masyarakat memilih berdasarkan kualiti bukan spekulasi.
Kepada anak-anakku yang terlibat mempromosikan 'produk' dakwah...pastikan kalian menguasai semua pengetahuan mengenai produk yang berada dalam 'kantung dakwah'. Usah berlebih-lebihan mempromosi 'brand' dan bergaduh kerananya. Bila diminta penerangan tentang 'produk'...terkial-kial mencari hujah. Waktu itu hanya orang 'bodoh' yang akan membeli barangan anda.

كُلُّ مَنۡ عَلَيۡہَا فَانٍ۬ (٢٦) وَيَبۡقَىٰ وَجۡهُ رَبِّكَ ذُو ٱلۡجَلَـٰلِ وَٱلۡإِكۡرَامِ (٢٧)
(25) Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa. (26) Dan akan kekallah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.

0 comments: