Wednesday, August 6, 2008

PILIHAN

إِنَّ اللَّهَ لا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ } [الرعد:11]
(Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga ia mengubah apa yang ada dalam dirinya) …perubahan datang dari diri sendiri, kemahuan sendiri, kesungguhan sendiri, kekuatan sendiri…
{ أَوَلَمَّا أَصَابَتْكُمْ مُصِيبَةٌ قَدْ أَصَبْتُمْ مِثْلَيْهَا قُلْتُمْ أَنَّى هَذَا قُلْ هُوَ مِنْ عِنْدِ أَنْفُسِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ } [آل عمران: 165 ]
(Dan mengapa ketika kamu ditimpa musibah, padahal kamu telah menimpakan kekalahan dua kali lipat kepada musuh-musuhmu, kamu berkata: "Darimana datangnya (kekalahan) ini?"
Katakanlah: "Itu dari (kesalahan) dirimu sendiri".
Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. Penderitaan, kelalaian, dosa dan noda di dunia dan neraka di akhirat adalah kerana kesalahan diri sendiri…INSAN TELAH DI BERI HAK DAN KEBEBASAN MEMILIH. PILIHAN AKAN MENENTUKAN NASIB MASING2 DI DUNIA DAN DI AKHIRAT…bahagia & derita, soleh & kufur, dosa dan noda, syurga dan neraka adalah PILIHAN HIDUP..tak ada siapa boleh dipersalahkan atas apa yang menimpa kita, apatah lagi mempersalahkan tuhan di akhirat nanti…Semua pintu berhujah telah tertutup..selagi ada ruang memilih, pilihlah sebelum Allah tutup serapat-rapatnya pintu kembali dan pintu taubat…waktu itu seluruh yang ada disekeliling kita akan mengutuk dan melaknat kerana yang berjalan itu adalah isi neraka sebelum sampai ke akhirat lagi….ironinya, tiada makhluk atau kekasih yang mampu menyelamatkan kita waktu itu…nauzubillah.

0 comments: