Monday, August 17, 2009

TAK UPDATE??



Beberapa hari ni banyak sms dan email aku terima bertanyakan tentang blog aku...kenapa lama sangat tak diupdate?

Sebenarnya tak sempat nak update, dan kadangkala tak sempat nak online. Sibuk sangat dengan pelbagai aktiviti akademik dan kemasyarakatan. Maklumlah dah dekat musim ramadhan, di mana-mana je orang buat program Istiqbal Ramadhan. banyak betul jemputan. Mana lagi nak siapkan proposal Ph.D, aku mesti apply secepat mungkin kerana dah keluar arahan sambung belajar. Report penyelidikan pun nak kena hantar secepat mungkin....


Hermmm...makin tua makin banyak kerja....'tanggungjawab lebih banyak dari masa'...

Baru ni dalam perbincangan halaqah, aku membaca surah al-Insyiqaq...Allah berfirman dalam ayat 6:

"Hai manusia, sesungguhnya kamu telah berpenat lelah menuju Tuhanmu, maka pasti kamu akan menemui-Nya"

Suka atau tidak, namanya hidup di dunia pasti dan terpaksa berpenat lelah. Untuk dapat sepinggan nasi, kena berpenat lelah...nak dapat cemerlang dalam pelajaran dan pekerjaan, mesti berpenat lelah...orang yang banyak rehat akan ketinggalan. Masalahnya, cara bagaimana kita berpenat lelah untuk menghabiskan masa di atas muka bumi...sebelum mati?

Antara perompak dengan pensyarah...kedua-duanya pekerjaan yang memenatkan. Antara ahli ibadah dan ahli maksiat, dua-duanya juga memenatkan..bahkan ahli maksiat kadangkala perlukan modal yang banyak berbanding dengan ahli ibadah. Antara orang yang menghabiskan masanya untuk mengumpul nikmat dunia dan orang yang menghabiskan masanya untuk memperjuangkan agamanya...siapa lebih penat? payah nak ukur...tapi kedua-duanya penat.

Akhirnya beza manusia di sisi Allah ialah sejauh mana ia menggunakan 24 jam yang Allah berikan untuk berpenat menuju keredaannya atau kemurkaannya....

Tapi lagi malang bagi orang yang dimurkai Allah...sudahpun penat di dunia yang sementara, terpaksa berpenat pula di akhirat yang dia akan kekal selamanya...

Ayuh, isikan masa dan penatkan diri dengan amal soleh sebanyak mungkin...ia mampu meng update iman dan jiwa...walau tak mampu mengupdate blog...

3 comments:

  • Umar Safri says:
    August 17, 2009 at 4:08 AM

    Hehe... betul tu. Apapun, selamat mengambil Ph.D. Didoakan semoga semuanya dimudahkan Allah SWT. Wah, lepas ni, kena panggil "Dr." pula... hehe, salam perjuangan!

  • Umar Safri says:
    August 19, 2009 at 9:57 AM

    Selamat menyambut Ramadhan kpd abg sekeluarga. Moga sentiasa mendapat keberkatan drp-NYA. Amin...

  • Anonymous says:
    August 21, 2009 at 9:50 AM

    Salam Ustaz,
    Moga ustaz dipermudahkan segaa urusan...
    doa anakanda agar success selalu..
    Ramadhan Mubarak..