Thursday, June 10, 2010

DAH TERBIT: MEMBINA SYURGA CINTA







Penerbit: Universiti Malaysia Sabah, 2010
(Siri Bimbingan Motivasi)

Tajuk: Membina Syurga Cinta
ISBN: 978-967-5224-51-5
Halaman: 213
Harga: RM35

Boleh diperolehi dari: Koperasi UMS, Pustaka Aslam Kingfisher atau terus berhubung dengan penulis.

Untuk pertanyaan: (email: saripadul@gmail.com) (HP: 013-8701881/014-8655453)

_______________________________________________________


Al-hamdulillah....setelah begitu lama ingin melihat buku ini terbit, akhirnya hari ini impian tersebut menjadi kenyataan.

"Cinta mencantumkan dua jiwa. Kesucian cinta sejati hanya akan terpelihara dalam mahligai rumahtangga ketika ia berjalan di atas landasan syarak dan restu Ilahi. Lumrah kehidupan, rumahtangga pasti akan berhadapan dengan pelbagai ujian dan cabaran. Namun, selagi ia mampu mengamalkan resepi agama dalam berumahtangga, selagi itu ia mampu mengatasi apapun ujian dan cabaran yang datang. Impian sebenar setiap pasangan, inginkan cinta itu terus kukuh dari dunia hinggalah ke syurga.

Buku ini memberi beberapa resepi agama yang apabila diamalkan mampu memantapkan hubungan kekeluargaan. Resepi ini diolah bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah. Dua sumber yang menjadi pegangan mereka yang beriman. Buku ini sesuai dibaca oleh bakal pengantin dan mereka yang telah mendirikan rumahtangga. Moga mampu memberi idea baru dalam memvariasikan hubungan cinta dalam rumahtangga".


ISI KANDUNGAN:

Pendahuluan: Konsep cinta dalam Islam dan keperluan membina rumahtangga di atas cinta.

Bab 1: Asas Memilih Pasangan ( Bagaimana memilih calon suami atau isteri)

Bab 2: Cara Membahagiakan Pasangan ( Beberapa resipi dan cara-cara praktikal yang disarankan oleh Islam kepada seorang suami dalam membahagiakan isterinya dan seorang isteri dalam membahagiakan suaminya)

Bab 3: Mendidik Anak ( Tanggungjawab mendidik anak dan resipi melahirkan anak yang cemerlang)

Penutup: Matlamat terakhir berkeluarga ialah memperolehi redha Ilahi di dunia dan bersatu di syurga.

2 comments:

  • Nur says:
    June 12, 2010 at 6:32 PM

    Assalamualaikum.. tahniah abi. nanti nurul cari buku ni.

  • Penawar Suci says:
    June 29, 2010 at 8:36 PM

    abi....free utk kaka....
    n bawa 2 utk ikhwahakhwat....heheh