Tuesday, November 18, 2008

KAHWIN ORANG USRAH??? BEST KE?

Ramai pemuda yg ada kesedaran Islam bertanya kepada saya…perlukah kita cari pasangan dari kalangan yg telah ditarbiah (diusrahkan) dan sefikrah ?

Allah SWT berfirman dalam al-Quran (Surah al-Nur: 26):
الْخَبِيثَاتُ لِلْخَبِيثِينَ وَالْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَاتِ وَالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ
(Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat, lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat. Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik)

Rasulullah SAW bersabda (Riwayat Ibn Majah dan al-Dar Qatni: dhaif):

( تخيروا لنطفكم فانكحوا الأكفاء وانكحوا إليهم )
(Pilihlah untuk benih kamu (tempat yg baik) dan nikahilah yg sekufu’ dan bernikahlah dgn mereka)

Konsep sekufu’ yg biasa di bicarakan oleh ulama melibatkan pelbagai kategori dan yang paling utama ialah aspek ‘agama dan akhlak’. Aspek agama melibatkan kefahaman terhadap agama, perlaksanaannya dan memperjuangkannya (faham, amal dan dakwah).
Tatkala dunia sudah mula ketandusan anasir-anasir beragama dan berakhlak dalam masyarakat khususnya selepas kejatuhan empayar Ottomon 1924 M, muncul gerakan Islam di seluruh dunia yang ingin mengembalikan semula ketamadun Islam. Malangnya saat itu Islam sudah mula kekurangan modal Insan berkualiti yang mantap seperti mana zaman kemunculan Islam dahulu yang dipimpin oleh Rasulullah SAW. Yang ada adalah umat yang dipenuhi virus sekularisme, hedonisme, tak yakin dengan kemampuan agama sendiri dan berkiblatkan barat dalam kebanyakan aspek kehidupan mereka. Gerakan-gerakan Islam ini merasakan perlunya membina semula ummah ini dari bawah dan kerja pertama ialah mewujudkan semula individu-individu muslim berkualiti yang akhirnya faham agama ini dengan kefahaman yang sahih, mengamalkannya dan seterusnya berpotensi untuk digerakkan dalam perjuangan. Ikhwan Muslimin yang muncul pada 1928 M antara pelopor kebangkitan tersebut telah memperkenalkan pelbagai medium tarbiah untuk melahirkan tujuan tersebut. Lahir program usrah, halaqah, jilsah, tamrin, mukhayyam, daurah dan pelbagai istilah lain…semuanya bertujuan melahirkan individu-individu muslim yang memiliki kualiti yang mampu mengerakkan Islam ini semula. Dalam program-program ini, ahli disuntik dengan kefahaman Islam bersilibus, dipertingkatkan tahap kerohanian melalui ibadah khususiah dan diperjelaskan tentang halatuju dakwah, manhaj hidup dan peranan sebagai seorang muslim.

Setelah lahirnya peribadi-peribadi muslim ini diharapkan mereka akan dipersatukan antara lelaki di kalangan mereka dgn perempuan yang sama-sama telah ditarbiah dgn kefahaman yang sama, halatuju yang sama, citarasa yang sama dan keinginan yang sama dalam rumahtangga dakwah. Menjadi kubu kuat ummah dan kilang yang bakal melahirkan generasi baru yang mewarisi perjuangan ibubapanya. Kata Imam Hassan al-Banna diharapkan dari sini akan lahirnya masyarakat Islam, negara Islam, khilafah Islamiyyah dan Islam kembali menjadi ‘tok guru’ kepada alam atau istilah kotemporari…kuasa besar dunia. Ketika itulah Islam mampu menjadi tamadun yang mampu merealisasikan peranannya membawa keadilan kepada manusia dan keamanan sejagat sesuai dengan iradah Allah SWT yang menjadikan alam ini dan isi-isinya. Hebat bunyinya….

Kegagalan seorang akh dan akhawwat yang ditarbiah dalam membentuk rumahtangga dakwah adalah tanda ia gagal dalam dakwah!. Segala tarbiah yang ia terima bertahun lamanya bukan menjadi hujah kepadanya bahkan menjadi hujjah ke atasnya di akhirat nanti. Ini kerana tarbiah dan dakwah adalah amanah Allah yang paling besar, kerja para nabi dan rasul dan trademark kemuliaan mereka mengatasi manusia yang lain.

Persoalannya…bolehkah terbentuk rumahtangga dakwah di antara seorang akh atau akhawwat yang pasangannya dibesarkan di jalanan, usrahnya dibuat di panggung wayang bersilibuskan love story ala barat…apa yang mereka faham tentang perjuangan? Tentang rumahtangga dakwah? Mungkin baik sikit sebab calon isteri itu walau tak dibesarkan dalam universiti usrah tarbawiyyah tapi amat menjaga ibadahnya dan labuh tudungnya…tapi, adakah hanya dengan tudung labuh sudah cukup untuk melahir dan membesarkan anak-anak menjadi wira dan srikandi yg menyambung perjuangan bapanya. Apatah lagi kalau tudung tak labuh atu tak bertudung + tak faham Islam….dia nak jadikan rumahtangga tu apa? Kaedah fiqh menyebut..orang yang tiada apa-apa tak mampu memberi apa-apa.

Memang suami boleh tarbiyyah isteri jadi faham macam dia. Tapi ini bergantung pada kemampuan dan kekuatan suami. Tak mustahil suami pula yang kena tarbiah oleh isteri..he he. Kalaupun mampu mentarbiyyah…tarbiyyah memerlukan masa yang panjang baru datang kesannya. Entah-entah dah anak ke sepuluh baru isteri tu faham perjuangan…anak pun dah besar dan dah terlewat untuk dibentuk…itu andaian je.

Bagaimana dengan akhawwat yang kahwin dengan lelaki yang tidak memiliki kefahaman dan tak kenalpun apa itu dakwah dan perjuangan? Lagi haru biru dibuatnya. Ini kerana Islam telah letak suami sebagai pemimpin keluarga, pembentuk polisi dan budaya rumahtangga. Isteri kena taat selagi tak maksiat. Senangkah nak tarbiyyah suami? Perempuan senang ke nak tarbiah lelaki yang terkenal dengan egonya? Tak mustahil tapi biasanya tak mudah…akhirnya terpaksalah hidup bersabar seperti Asiah dengan suaminya Firaun..menghitung hari menunggu mati. Takpe Asiah isteri Firaun dijanjikan Allah masuk syurga, tapi bagaimana dengan Asiah-Asiah yang lain…(Tapi ustaz…suami saya tak le seteruk Firaun…sure ada yg akan cakap begitu). Saya bicara dalam konteks rumahtangga dakwah…bukan rumahtangga biasa yang berselerak dimana-mana…

Berbeza dengan akh dan akhawwat yang telah sama-sama ditarbiah…mereka umpama telah memperolehi kek yang telah sedia dihidang..tinggal makan sahaja. Tak semua orang mahir membuat kek walau resepi dan bahan-bahan telah tersedia…kalau tak mahir, bantat (tak naik) nanti jadinya.

Satu persoalan lagi…perlu kah ambil yang se fikrah, se jamaah…atau boleh ambil dari jamaah lain. Memang Islam tak syaratkan semua itu dalam menghasilkan perkahwinan yang sahih. Cuma cuba fikir sejenak, setiap gerakan pasti ada kelainan cara perjuangan. Bahkan kefahaman Islamnya juga berbeza kerana buku-buku bacaan usrahnya juga berbeza. Ada gerakan tak kisah akidah apapun asal Ahlu Sunnah wa Jamaah, tapi ada yang bentuk pengikutnya terfokus kepada akidah salafus soleh yang suci dari sebarang pencemaran takwil. Ada gerakan yang tak kisah sangat dengan amalan bid’ah dan khurafat asal sokong mereka, tapi sesetengahnya amat peka dengan permasalahan tersebut. Ada gerakan yang sangat ketat dalam tarbiah dan menapis keahlian. Tarbiahnya cukup lama untuk sampai ke level tertinggi, tapi ada yang tak kisah, setahun usrah pun dah boleh jadi pemimpin. Kewajipan kita menghormati pendekatan masing-masing dan memperjuangkan apa yang kita yakini bersungguh-sungguh. Tapi itu bukan alasan untuk berperang. Ingat!! disaat umat Islam berperang sesama sendiri itulah biasanya musuh menyerang..akhirnya tiada siapa yang untung.

Rumahtangga…ia sepatutnya merupakan jamaah kecil yang jelas halatuju, manhaj, wasilah dan peranannya. Untuk itu, tak dapat dinafikan, lagi senang kalau yang memang sama-sama sefikrah. Dah tahu rutin dakwh masing-masing. Faham peranan masing-masing. Takde lah nak bertengar pendekatan dakwah apa yang nak di guna pakai...tarbiah ke politik? Sosial ke ekonomi...Bila suami kata nak keluar pergi usrah, isteri dah tahu bentuknya sebab dia juga dibesarkan begitu.
Bagi yang berlainan fikrah walau sama-sama memperjuangkan Islam yang sama, pasti muncul masalah...terpaksa lah guna kaedah: ''tolong menolong pada perkara yang disepakati dan bertolak ansur dalam masalah yang diperselisihkan''. Cuma laratkah bertolak ansur kalau banyak sangat yang berbeza. Laratkah bertolak ansur bertahun-tahun lamanya. Akhirnya tak mustahil akan ada yang mengalah...mengalah dalam perjuangan yang diyakini hanya kerana nak memenangi hati pasangan tak semestinya baik untuk dakwah walaupun mungkin baik untuk keharmonian rumahtangga.
Antara suami isteri yang berlainan citarasa makanan (sorang suka tempoyak sorang lagi tak) pun boleh bermasam muka apatah lagi berlainan citarasa perjuangan. Sorang suka bakar ikan pakai arang, sorang lagi bakar atas kuali pun satu masalah…sekurang-kurangnya akibat berlainan cara bakar dan nak jaga hati pasangan terpaksa beli dua-dua alat pembakar…banyak sikit la kos nya berbanding beli satu yang disukai bersama…he he..apatah lagi manhaj yang berlainan dalam dakwah dan dalam membentuk keluarga.

Cuma kalau sudah terkahwin kerana dah tak jumpa yang setarbiah dan sefikrah…kena salahkan diri sendiri dulu sebab jodoh itu pilihan diri bukan takdir semata-mata. Takde cara kalau nak jadikan rumahtangga tu bersifat dakwah kecuali dengan mentarbiah pasangan sesuai dengan citarasa diri…selalunya lelakilah yang akan menang bila bertembung 2 perjuangan…sebab tu payah tarbiah akhawwat walau mereka paling ramai berkesedaran. Selalunya dakwah akan kehilangan bayang mereka bila dah berumahtangga khususnya dengan lelaki yang kosong halatuju…kalau tarbiah itu bisnes; ia umpama pelaburan bertahun-tahun yang tak menguntungkan…kalau balik modal tu okey gak…

Cuma kadang saya sedikit hairan…ada pemuda/pemudi yang yakin bahawa perjuangan yang diikutinya itu benar, syumul, dekat dengan sirah Rasul…tapi bila pilih pasangan cari yang berlainan. Padahal kat depan mata ada pun pilihan yang memenuhi perjuangannya? Mungkin ia pun dah jadi macam orang lain mementingkan ukuran duniawi sebelum ukhrawi? Was-was dibuatnya, adakah dia hidup mendahulukan perjuangan atau mendahulukan pasangan?…Entahlah, cuma kat akhirat pasti akan dipersoalkan.. apatah lagi kalau gagal menjadikan rumahtangga kubu perjuangan.

Bagi yang tak ikut usrah…saya tak kata kalian 2nd class…tapi pastinya kefahaman tak sama dengan yang berusrah. Allah pun menyebut dalam al-Quran bahawa tak sama orang yang berilmu dengan yang tidak berilmu...saya juga tak berani nak kata orang yang berusrah itu confirm masuk syurga atau perfect sebagai muslim sejati…Cuma yang hebatnya, mereka miliki keinginan untuk berubah dan ada kesedaran untuk berjuang berbanding kalian. Cuma kalau yang dibentuk dalam usrahpun tak menjadi? Bagaimana yang langsung tak dibentuk? Kecuali mereka yang dilahirkan dalam keluarga yang cukup soleh, nafsu syahwat pun tak berapa berfungsi dan kebal dari godaan duniawi…atau lahir sebagai malaikat.. kerana itu kalau rasa hidup ini ada peranan dan rasa sukar nak jadi baik atau teringin nak masuk syurga yang terlalu mahal harga dan nilainya…(kerana Allah jual ia hanya dengan perjuangan dan kesanggupan mengorbankan nyawa dan harta)…eloklah cari-cari usrah untuk diikuti (kat UMS kakak2 dan abang2 dalam EKSAH, luar EKSAH byk buat usrah2 ni..follow lah mana-mana, insyaAllah mereka akan ajar kalian jadi baik dan berjuang…sbb saya tak jumpa lagi mereka ajar bunuh orang atau bom bangunan…kah kah). Mana yang terbaik..saya takde jawapan…lu pikir la sendiri..

Harap baca gak artikel sahabat saya di:
http://satuperkongsian.wordpress.com/2007/05/30/cinta-oh-cinta/

Bagi yang merasakan ingin memberi output maksimum untuk dakwah setelah penat orang mentarbiah kita…bincanglah dengan naqibah/naqib sebelum membuat pilihan, disamping bincang dengan mak bapa. Cuma bezanya ibubapa selalu lihat pada aspek keharmonian berkeluarga anaknya, tapi naqib/naqibah melihat pada keutuhan perjuangan dan dakwah dalam rumahtangga. Kalau tak…seakan tidak menghargai sumbangan naqib/naqibah yang sanggup sedarkan kita selama ini dengan percuma berbanding bertahun kita duduk dengan mak bapa.

Kecualilah mereka yang ditarbiah dan diusrahkan sendiri oleh mak bapa mereka macam anak-anak saya…he he..mereka takde pilihan. Harap anak-anak kalian pun sama suatu hari nanti…

19 comments:

  • irshadian says:
    November 19, 2008 at 4:53 AM

    bilangan ikhwah tak balance dengan akhawat, proses tu lambat, pastu ada plak yang tak yakin naqib dan naqibah sebagai matchmaker

  • Anonymous says:
    November 19, 2008 at 5:15 PM

    Itulah makanya dong mas irshad, islam membenarkan poligami sehingga 4 isteri jika cukup syarat dan berkemampuan. Tapi kenapa ya ramai muslimat yang serong pendangannya..ini mesti terkena bisa suntikan sekularisme barat ni...ish, ish...

  • Anonymous says:
    November 19, 2008 at 5:16 PM

    Itulah makanya dong mas irshad, islam membenarkan poligami sehingga 4 isteri jika cukup syarat dan berkemampuan. Tapi kenapa ya ramai muslimat yang serong pendangannya..ini mesti terkena bisa suntikan sekularisme barat ni...ish, ish...

    -mujahid bali-

  • Anonymous says:
    November 19, 2008 at 5:22 PM

    apa yang saya pernah ngaji dulu, barat takut bangat dengan poligami. kenapa ya? sebabnya melalui poligami itu, umat islam akan semakin ramai jumlahnya. ya..pastinya ramai yang berkualitas sebab yang berpoligami itu cukup syarat dan mampu. apabila umat islam ramai ya, barat bimbang dunia ini akan dikuasai oleh umat islam..justeru, pelbagai propaganda dilaksanakan barat bagi menanam `keburukan poligami` di dlm pikiran manusia seantero dunia. nah..makanya, muslimat khususnya amat alergi dengan perkataan `poligami`...yang ruginya umat islam yg 1.6 bilion drp 6 bilion itu ya..jado, sama-samalah kita mikirin akan perkara ni

    -mujahid bali-

  • Anonymous says:
    November 19, 2008 at 5:35 PM

    satu lagi..kalau kita kaji sejarah penyebaran islam di china pada era sahabat r.a, bukan dengan cara perang. kalau perang, alamat punahlah tentera islam masa itu yang amat dikit jumlahnya berbanding dengan tentera china. jadi, apa cara mereka? salah satu caranya adalah melalui pernikahan. yaaa..nikah. setiap sahabat akan bernikah dengan pduduk china yang telah dimuslimkan dengan berpoligami. angka matematiknya giniya, cth 1000 org tentera islam. setiap seorang nikah dgn 4 org wanita china. jadinya, 1000 org tentera x 4 org wanita = 4000 org isteri. kalau setiap isteri itu ada 10 anak, maka 4000 isteri x 10 anak = 40,000 org yang berjaya dimuslimkan. nah...nampak nggak? syeikh sarip kalau silap luruskan ya..syukran. konklusinya, mereka yang mampu dan cukup syarat di kalangan kita, berusahalah untok berpoligami. terutamanay di kalangan ustaz2, ulama2, pemimpin2 adil dll. yang tak mampu itu cukup satu aja. jaga yang satu dulu, nanti di akhrat berat siksanya jika gagal bertanggungjawab..allahuakhbar!

    -mujahid bali-

  • Abu Syifa' says:
    November 19, 2008 at 6:55 PM

    Terima kasih komentarnya. Poligami kalau benar matlamatnya mmg bermanfaat utk dakwah Islam. Tapi ramai pula pendakwah bila berpoligami makin pasif dlm dakwah. Banyak masa dihabiskan utk menyelesaikan masalah rumahtangga. Ini pasti kerna dari awal lagi, rumahtangganya tak kukuh. Perkahwinan kedua pula bukan kerana dakwah..tapi sekadar menyelamatkan nafsu. Saya sendiri bisa terima yg ke 2, syaratnya...wanita itu bisa handle beberapa usrah tahap tinggi...he he. Sebelum itu ia perlu dpt approvel jauzah saya...

  • Anonymous says:
    November 25, 2008 at 11:53 PM

    Sy bersetuju dgn Abu Syifa`. Boleh tahan juga pndpat dr Bali tu, hehe. Siap dgn angka M3 lagi. Saya fikir, `syarat & mampu` berpoligami tu boleh diukur sejauh mana prestasi penunaian hak2 terhadap isteri/anak2 kita yg pertama. `Batin` dan ekonomi tu mungkin boleh ditaksir awal. Bagaimana pula dgn hak2 lain? Antara yg utama adl dr segi pentarbiyahan di dalam institusi keluarga itu sendiri. Kalau soal basic spt aurat pun tak selesai, lupakanlah niat berpoligami krn `dakwah`. Baiki dulu `bahtera` pertama yg hampir karam itu. Tapi bagi yg melepasi syarat itu, dipersilakan. Malah didesak lagi. Yg empunya blog ini sy tau, seorang yg mampu tahap cemerlang. ehem.. :-)

  • صلح الدين ن says:
    December 23, 2008 at 1:16 AM

    assalamu'alaikum Abu Syifa',

    camana pandangan Ustaz, kalau akh tu ajak join Usrah dulu, tengok muslimah tu tahan sampai sem akhir atau tak. Ada tak orang buat camtu? sepanjang pengalaman Ustaz... mengikut statistik, biasanya Berjaya ke tak? (maknanya di hujung sem akhir tu akh dan akhawat tersebut jadi suami istri)

  • Abu Syifa' says:
    December 23, 2008 at 4:24 AM

    Syukran akhi atas respon; saya lebih setuju dgn pandangan Dr. Yusuf Qaradawi bahawa pembinaan rumahtangga mestilah dgn cara pemilihan bebas tanpa terikat perasaan 'cinta'. Bila dah yakin 'agama' wanita itu. Barulah dituruti proses berikutnya spt melamar, bertunang dan kahwin. Waktu itulah cinta lahir bersumberkan agama bkn nafsu semata. Adapun budaya bercinta dulu..itu mmg lahir dari naluri semulajadi manusia yg sgt dipengaruhi oleh pengaruh nafsunya.

    Mmg ada yg ajak 'pujaan hatinya' ikut tarbiyyah..berjaya atau tidak bergantung pd kemampuan ukhti tu, kesediaannya atau juga niatnya. Tapi kalau niat ditarbiyyah & berusrah sekadar memenuhi tuntutan 'Boy Friend Islamicnya'?, solatpun tak sah kalau tak betul niatnya...waktu tu sanggupkah tinggalkan 'ukhti celup' tu dan ambil akhawwat yg benar2 ditarbiyyah? Di situlah pertembungan antara kepentingan perjuangan & kepentingan peribadi.Antara cinta agama & cinta peribadi....mana nak pilih? ikut citarasa masing2..he he..Apa2 pilihan pasti Allah tanya diakhirat :)

  • Abu Syifa' says:
    December 23, 2008 at 4:28 AM

    Satu lagi akhi...tarbiyyah tak cukup sampai tahun akhir..tak mcm belajar kat U..habis tahun akhir habislah...dlm tarbiyyah bkn sekadar 'habis silibus' jadi sandaran...tapi peningkatan seseorg dr pelbagai aspek jadi ukuran..pengalaman saya mengajar di U..habiskan silibus & transferkan ilmu kpd ribuan pelajar sgt mudah! tapi nak tarbiah & ubah 'seorg' manusia memahami apa yg saya faham dan memperjuangkan apa yg saya perjuangkan...sgt susah, sering saya gagal...

  • صلح الدين ن says:
    December 23, 2008 at 9:42 PM

    Syukran ya Ustaz :) , tgh cuba-cuba menundukkan di 'dalam' yg bergelora ni Ustaz, dahsyat Ustaz. Nak teruskan, ibu-bapa, masih lagi tahan, biasalah adat Melayu(?), mesti ada kerja dulu baru leh 'akad'. Nak cari kerja dorang tak bagi pulak. Aduh tekanan jiwa jugak. Nasib ada website cam Ustaz nih. :)

    Nak lari tak blh, satu kelas pulak lagi, Allah. Buat bodoh pun lagi satu hal, sy wakil kelas, kena b'gaul semua.

    -Nak carik 'gua Hira'' la pasni-

    Antara cinta agama & cinta peribadi....mana nak pilih? - Agama 4-3ver :)

  • صلح الدين ن says:
    December 23, 2008 at 9:58 PM

    Terlupa 1 Ustaz, akhawwat tu memang satu fikrah dgn Jemaah, cuma dia lum masuk secara formal (latar belakang Agama dan keluarga dia OK)

    " December 23, 2008 1:16 AM
    Abu Syifa' said...

    ...saya lebih setuju dgn pandangan Dr. Yusuf Qaradawi bahawa pembinaan rumahtangga mestilah dgn cara pemilihan bebas tanpa terikat perasaan 'cinta'. " - saya Setuju tu.

  • ana muslim says:
    December 24, 2008 at 3:36 AM

    assalamualaikum ustaz,

    masalahnye ana rasa skrg, ramai akhawat nak kawin ngan ikhwah, tapi ratio skrg ni lebih kurang 1: 5... so, takkan akhawat ni tak kawin terus? Macam tiada solution untuk mereka ini? Dan akhirnya kawin dgn mrk2 dalam jamaah lain or org2 yang tiada dlm tarbiyyah...

  • Abu Syifa' says:
    December 24, 2008 at 5:08 AM

    Berkahwin dgn tak sefikrah tapi ditarbiyyah 'gerakan' lain..setiap gerakan anggap itu penyelesaian 'terakhir'. Walau risiko kehilangan akhawwat tu amat besar..ye la tak kahwin kang kempunan la pulak...he he. Sekurangnya boleh tarbiyyah anak jadi baik jadilah. Yg masalahnya...ramai yg awal2 lagi pasang orang lain...

  • Abu Syifa' says:
    December 24, 2008 at 5:11 AM

    sesetengah negara/gerakan...jadikan 'poligami' sebagai alternatif terakhir juga. Cuma masalahnya 'tarbiyyah' tak mampu kikis 'citarasa' wanita nak jadi yg 'pertama'..he he. Patutnya 'srikandi' perlu merasakan bahawa nanti ia byk masa utk dakwah dari habiskan masa 'jaga' suami...

  • Abu Syifa' says:
    December 24, 2008 at 5:14 AM

    tapi lelaki pulak..benarkah poligaminya utk dakwah? atau nantinya jadi bid'ah pada dakwah? Yg tu kena buktikan dulu yg rumahtangga sekarang ni mmg 'telah' berperanan sebagai rumahtangga dakwah...sbb tu saya sendiri masih 'muhasabah' rumahtangga saya..sampai ke tahap tu...kalau sampai, baru boleh buat 'projek'...kah kah kah..

  • صلح الدين ن says:
    December 24, 2008 at 4:01 PM

    Ustaz, camana pulak yang isteri/(bukan lelaki) yang ada hasrat ber-'poligami' Ustaz, dimanakah silapnya? ada ke faktor genetik, atau hmm, sy rasa pelik gak perempuan zaman sekarang nih

    Cam adalah 'muslimah' yg saya kenal tu, blum lagi apa2 dah byk pasangan... adeh! bagi sy x betul tu, yg sy respect bf dia la, boleh tahan sampai skrg, tak lama lg mreka nak bernikah dah. Psycho tahap tinggi.

    dr sudut lain, Hairan saya, sejarah n byk kes-kes yg menceritakan, cinta sblm nikah takkan bahagia. Tp kenapa manusia tak ambil pengajaran? (pringatan utk diri dan anda)

    Semoga Allah kekalkan kita pada jalan-Nya hingga ke akhir waktu, dan memimpin mereka ke Jalan yg lebih baik drpd sekarang. Allahumma Amin.

    p/s : bagi yg belum bernikah, sy cadang, sempurnakanlah dahulu t/jawab pada ibu-bapa (bagi layanan 1st class,cakap lemah lembut (mujahadah ni, trust me!) ). Bila lagi nak 'reply' kasih-sayang dorang kan. Pastu kalo dah rasa2 sampai 'seru', tanya lah mreka nak 'lepaskan' awak atau tak. Kita ni sbenarnya rapat sangattt kat Hati dorang, so mreka blh rasa bila masa yg sesuai, and blh rasa keadilan yg kita beri kat dorang. (ni kes ibu-bapa yg Faham Agama, bg yg tak. lain lagi cerita [tak beratkan Agama = Zalim] so paham2lah situasi )

    Allah hantar mereka untuk Jaga kita. Jadi, sayang mereka -> sayang Allah.

    p/s2 : masih on-topic ke ni Ustaz? heheh sorila panjang sgt ni, 'curi' peluang bagi tazkirah sikit, huhu [sy persilakan ustaz Edit kalau perlu, syukran Ustaz!]

  • Abu Syifa' says:
    December 24, 2008 at 5:54 PM

    Pilihlah wanita yg 'terbaik'. Sebab mrk akan jadi kilang melahirkan anak-anak..kedai makan yg kotorpun kita tak nak masuk..sbb boleh menyebarkan virus & kuman..

    Lelaki tu setia? bukan sekarang jawapannya. Kahwin nanti menentukan setakat mana rumahtangga begitu berkekalan...byk yg saya lihat kecundang..

    Saya setuju kata saudara...berikan cinta pada keluarga dulu. Bahkan dalam ramai2 manusia, cinta ibu dan bapa itulah yg pertama hadir didunia ini. jgn hanya krn kasih seciput dari BF @ GF...terlupa kasih mereka. Cinta mrk tak ada duanya selepas mencintai Ilahi dan rasulNya.

  • muharrikdaie says:
    April 14, 2009 at 9:50 AM

    Best tu memang best akhi ... cumanya kena taaruf betul2 sb terkadang kawin dgn usrah pun boleh buat kita kecundang ...lebih malang kalau kena tarik telinga ...