Friday, January 1, 2010

Daurah Sandakan

Hospital Duchess of Kent

Sepilok, Sandakan- 1 Januari 2010, 9.14 pm:

Sepilok tempat orang utan, dah selalu aku ke Sandakan, baru kali ini sampai ke sini. Bermalam di resort kat hutan ni boleh menenangkan perasaan. Ini malam ke dua di Sandakan. Selalunya datang ke sini dengan flight. Kali ini drive sendiri. Hampir 6 jam perjalanan. Tapi kalau suka singgah2 macam aku, 8 jam baru sampai. First time bawa family setelah dekat 9 tahun ke sini. Selalunya datang ke sini untuk memenuhi jemputan ceramah atau forum. Kali ini bagi memberi pengisian sempena daurah yang di buat oleh pelajar2 perubatan tahun 3 UMS yang diadakan di bilik seminar, Hospital Duchess of Kent, Sandakan. Kebetulan ramai yang terlibat anak2 halaqah yang praktikal kat sini. Seharian bersama mereka dari jam 8.00 pagi hingga 4.30 ptg. Mudahan mereka mampu menjadi barisan pelapis dakwah di masa hadapan. Apatah lagi mereka memang orang-orang cerdik.

Mudahan awal tahun 2010 yang diisi dengan program bermanfaat dapat menjadi permulaan baik untuk mengisi hari-hari mendatang.

Itu hebatnya Islam, dia bukan hanya mampu dibawa oleh para ustaz/zah. Bahkan pengalaman dalam kerja-kerja Islam, ramai para ustaz/zah yang pasif dengan kerja2 dakwah walaupun mereka berijazah. Bahkan ramai doktor yang mampu memberikan masa mereka untuk tarbiah dan perjuangan walaupun mereka antara manusia yang paling sibuk dengan kerjaya. Bahkan fikrah dan perjuangan Islam mudah mesra dengan mereka...mungkin itu tabiat orang cerdik, lebih mudah faham.

2 comments:

  • AJ from BJ says:
    January 3, 2010 at 10:45 PM

    Assalamualaikum w.b.h. Sarip,

    Harap Sarip keluarga sentiasa dibawah Rahmat Allah..Kalau Sarip belum tahu, abang nak baitau yang Kak Ani telah meninggal dunia pada 21 December 2009 tempohari. Dalam kesibukan dan kesedihan kami, abang terlupa nak bagitahu tapi harap2 Sarip dah tahu dari lebih awal...lagi pun Abang Sahak kemekah tempohari dan dia pun tak berkesempatan jumpa Kak Ani semasa dia tenat..Semuga Allah merahmati Rohnya..Amin

  • Abu Syifa' says:
    January 4, 2010 at 2:27 PM

    Waalaikum Salam Abang dan keluarga,

    Abang Ismail telefon kami sendiri beberapa hari selepas pemergian...apapun, sarip ada juga beberapa kali call dan bercakap dengan Allahyarhamah. Apapun, semoga ia ditempatkan bersama orang-orang soleh di sana. Takziah dari kami sekeluarga.