Sunday, June 28, 2009

TERUSKAN PERJALANAN



PPIB,11.30am,29Jun2009

Menjadi lumrah perjuangan, akan ada orang yang gugur dalam perjalanan. Mungkin kerana kurang sabar dengan tekanan, kurang tahan dengan kepayahah dan hilang semangat setelah jauhnya laluan. Perjuangan akan menapis manusia dan hanya yang kuat sahaja akan sampai ke penghujung jalan.


Begitulah yang berlaku kepada tentera Talut. Dalam perjuangan mereka menentang tentera Jalut, mereka diuji dengan sebatang sungai. Majoriti gagal dalam ujian tersebut. Begini kisahnya:

فَلَمَّا فَصَلَ طَالُوتُ بِالْجُنُودِ قَالَ إِنَّ اللَّهَ مُبْتَلِيكُمْ بِنَهَرٍ فَمَنْ شَرِبَ مِنْهُ فَلَيْسَ مِنِّي وَمَنْ لَمْ يَطْعَمْهُ فَإِنَّهُ مِنِّي إِلَّا مَنِ اغْتَرَفَ غُرْفَةً بِيَدِهِ فَشَرِبُوا مِنْهُ إِلَّا قَلِيلًا مِنْهُمْ فَلَمَّا جَاوَزَهُ هُوَ وَالَّذِينَ آَمَنُوا مَعَهُ قَالُوا لَا طَاقَةَ لَنَا الْيَوْمَ بِجَالُوتَ وَجُنُودِهِ قَالَ الَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُمْ مُلَاقُو اللَّهِ كَمْ مِنْ فِئَةٍ قَلِيلَةٍ غَلَبَتْ فِئَةً كَثِيرَةً بِإِذْنِ اللَّهِ وَاللَّهُ مَعَ الصَّابِرِينَ (249) البقرة

(Maka tatkala Thalut keluar membawa tenteranya, ia berkata: "Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan suatu sungai. Maka siapa di antara kamu meminum airnya; bukanlah ia pengikutku. Dan barangsiapa tiada meminumnya, kecuali menceduk seceduk tangan, maka dia adalah pengikutku." Kemudian mereka meminumnya kecuali beberapa orang di antara mereka. Maka tatkala Thalut dan orang-orang yang beriman bersama dia telah menyeberangi sungai itu, orang-orang yang telah minum berkata: "Tak ada kesanggupan kami pada hari ini untuk melawan Jalut dan tenteranya." Orang-orang yang meyakini bahwa mereka akan menemui Allah, berkata: "Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar.")

Sheikh Muhammad Mutawalli al-Sya’rawi ketika mentafsirkan ayat ini menyebut: Lihatlah, bagaimana ujian mampu membersihkan saf dalam jihad fi sabilillah? Sehinggakan bendera jihad ini tak akan diangkat kecuali oleh orang-orang benar-benar beriman dengannya dan tahu haknya. Kata al-Sya’rawi lagi: orang yang terlepas dari ujian sungai dan mampu meneruskan perjuangan juga terpecah kepada dua golongan apabila melihat tentera Jalut yang begitu ramai. Satu golongan ketakutan dan berkata: "Tak ada kesanggupan kami pada hari ini untuk melawan Jalut dan tenteranya." Satu golongan lagi tidak merasa gentar dan berkata: "Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar."

Golongan terakhir sangat istimewa, sedikitpun mereka tidak gentar dengan jumlah musuh dan kelengkapan mereka. Mereka yakin dengan janji Allah. Apapun akibatnya perjuangan di dahulukan.

Dalam proses tarbiah, mengisi mutarabbi dgn fikrah Islamiyyah dan memberi ia kefahaman akan peri pentingnya perjuangan tidak susah. Begitu banyak modul dan silibus yang boleh diguna dan dihabiskan....Yang sukarnya ialah membentuk mereka meyakini perjuangan ini dan sanggup mati kerananya. Meyakini bahawa jalan dakwah inilah satu-satunya jalan ke syurga. Jalan inilah yang dipilih oleh para Nabi dan Rasul. Rasulullah SAW dan para sahabatnya menghabiskan usia mereka di atas jalan ini.

Ramai yang menjadikan program tarbiah dan dakwah sebagai sampingan. Atau keutamaan di alam persekolahan dan universiti. Bila sudah bekerjaya dan berumahtangga, keyakinan itu hilang dan mereka menejadikan agenda lain sebagai landasan hidup. Ironinya, ada yang memberi pelbagai alasan, tabrir dan tafsiran baru untuk meninggalkan perjuangan. Bahkan sedikitpun tidak rasa berdosa meninggalkan amanah yang diserahkan oleh murabbinya ketika berhalaqah dan berusrah.

Namun itulah perjalanan dakwah, akhirnya ia menghimpunkan hanya mereka yang berkualiti dan memiliki keyakinan tinggi. Jumlah mereka tidak ramai. Sejarah telah membuktikan, di tangan mereka kebenaran ditegakkan. Ini kerana kemenangan Islam tidak bersandarkan kuantiti tapi kualiti.

Ini selalu ku jadikan motivasi diri, apabila melihat rakan seperjuangan atau anak didikku meninggalkan perjuangan ini kerana kepenatan atau meyakini jalan yang lain. Kataku pada diri: teruskan perjuangan kerana Allah sudah janjikan kebenaran pasti penyudahnya kemenangan. Kalau orang lain tidak perlukannya, engkau amat memerlukannya untuk meneruskan hidup. Aku sering berkata pada diri: selain dari kerja ini...apa lagi yang aku pandai?

3 comments:

  • irshadian says:
    June 28, 2009 at 11:50 PM

    saya baru diajar tentang futur dan israf dalam siri yang lalu. ia terlalu susah sehingga macam tak sanggup dan ingin keluar..susah benar meyakini

  • Abu Syifa' says:
    June 29, 2009 at 8:04 AM

    Ingin Keluar ke mana?
    Andainya ada jalan yang lebih baik, lebih jelas manhaj dan lebih tepat dgn fiqh alSirah...tak salah berpindah. Apa ukuran lebih baik? al-Quran & Sunnah neracanya. Andainya sekadar kerana jalan baru itu lebih senang...itu ukurannya nafsu yang malas. Andainya tiada pilihan, eloklah habiskan usia di atas perjuangan ini. Kalau tidak takut tergolong dalam kaum yg difirmankan Allah dalam surah al-Taubah:81-84:
    (Orang-orang yang ditinggalkan (tidak ikut perang) itu, merasa gembira dengan tinggalnya mereka di belakang Rasulullah, dan mereka tidak suka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah dan mereka berkata: "Janganlah kamu berangkat (pergi berperang) dalam panas terik ini." Katakanlah: "Api neraka jahannam itu lebih sangat panas(nya)" jika mereka mengetahui.Maka hendaklah mereka tertawa sedikit dan menangis banyak, sebagai pembalasan dari apa yang selalu mereka kerjakan.Maka jika Allah mengembalikanmu kepada suatu golongan dari mereka, kemudian mereka minta izin kepadamu untuk keluar (pergi berperang), maka Katakanlah: "Kamu tidak boleh keluar bersamaku selama-lamanya dan tidak boleh memerangi musuh bersamaku. Sesungguhnya kamu telah rela tidak pergi berperang kali yang pertama. Karena itu duduklah bersama orang-orang yang tidak ikut berperang.Dan janganlah kamu sekali-kali menyembahyangkan (jenazah) seorang yang mati di antara mereka, dan janganlah kamu berdiri (mendoakan) di kuburnya. Sesungguhnya mereka telah kafir kepada Allah dan Rasul-Nya dan mereka mati dalam keadaan fasik.
    "

    Berat sekali azab yg akan menimpa si pemalas dan yg berpaling dari perjuangan walau 'pelbagai' alasan diberikan. Mudahan Allah kurniakan kita Istiqomah...apa lagi yg lebih mulia dari berada di atas jalan ini????

  • Anonymous says:
    June 29, 2009 at 9:36 AM

    Sharelah dengan saya Irshadian, tentang futur dan Israr. Saya akui, saya juga pernah juga merasakan untuk tinggalkan semua ini lantarana sikap malas saya. Namun, memang sudah tiada jalan lain untuk ke syurga yang tertinggi melainkan jalan ini. Saya tahu amal saya tak cukup untuk melayakkan saya, tapi saya kena usaha supaya sekurang-kurangnya saya mampu merayu kepdaNya.