Sunday, June 7, 2009

BANGGI DAN BALAMBANGAN



Karakit, Banggi

5/6/2009 (Jumaat) Dah lama nak ke Pulau Banggi…Pulau yang paling hampir dengan Filipina dan pulau terbesar di Malaysia. Tapi antara kawasan paling Miskin di Malaysia. Ia lebih besar dari Singapura. Rombongan kami bertolak dari KK seawal jam 6 pagi. Tapi atas sebab tidak dapat dielakkan kami tertinggal feri jam 9 pagi dan terpaksa menunggu jam 2 petang untuk ke Karakit, pekan utama di Pulau Banggi. Perjalanan dengan feri memakan masa hampir sejam. Kami pergi untuk membuat sedikit penyelidikan . Rombong kami dari UMS disertai oleh 3 pensyarah dan l3 RA dan 16 pelajar dengan dipimpin oleh PM Dr. Kassim Mansur Dekan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi. Aku dan PM Dr. Kasim ditemani oleh keluarga.



PULAU BALAMBANGAN….

Aku pun tak tahu di mana Pulau Balambangan. Tapi aku ditugaskan untuk mengetuai rombongan penyelidik ke beberapa buah Pulau sekitar Banggi sebagai sample kajian. Aku , en. Budi (lecturer UMS), 4 orang pelajar lelaki dan anas anakku bertolak ke Pulau pertama…pulau Balambangan seawal jam 8 pagi. Sampai di Jeti Karakit, hatiku dah agak berdebar melihat bot yang disediakan sangat kecil. Sepatutnya untuk 4 orang, tetapi kami seramai 8 orang termasuk Boat man . Dalam hati aku takpelah…agaknya bukan jauh sangat pulau Balambangan. Malam tadi kata Boat man dalam 45 minit je…

Melimpasi sahaja teluk , kami nampak beberapa pulau….satu tu macam dekat sahaja. Aku tanya Boat Man…itukah pulaunya. Dia kata itu pulau Maliangin. Pulau Balambangan nun yang nda berapa nampak. Aku tanya, berapa lamalah kita mo sampai…katanya: ‘’ dengan kapasiti bot yg penuhpenumpang dan enjin 18 kuda…paling cepatpun 2 jam”. Subhanallah…diluar jangkaan

Keluar sahaja teluk, ombak semakin lama semakin meninggi….kami sudah mula basah akibat dari percikan air…bukan basah biasa…macam kena siram air hujan. Memang lebih 2 jam baru kami sampai ke Pulau tersebut yang terkenal dengan keindahan semulajadi, gua batu kapur dan buaya air masin….seram dengar…

Sampai sahaja di perairan Pulau…lega rasa hati, tapi awan dan angin sudah mula terasa hembusannya. Kecik-kecik dulu bila nampak awan macam tu di laut, ayah kata itu tandanya macam nak ribut…apapun syukur kami sampai dengan selamat. sampai ke kampung Selamat di Pulau tersebut. Tapi balik nanti...tak pasti macam mana....

Sampai di sana kami disambut oleh En. Marin Sipat, ketua kampung Selamat, Balambangan yang sangat ramah. Masing-masing kami menanggalkan sebahagian baju untuk dijemur kerana basah. Kami pula datang sehelai sepinggang sebab kami sangka pulau tu dekat sahaja dan perjalanan taklah seteruk itu.

SK Balambangan


Ini bukan pondok, tapi rumah penduduk Kg. Selamat Balambangan...tanaman terpaksa di pagar kerana serangan babi hutan...

Akhirnya setelah memanggil beberapa responden dan sebahagiannya ditugaskan meninjau persekitaran kampung, aku dan en. Budi memutuskan untuk menziarahi perkampungan saudara baru di Kok Simpul. Tak sempurna penyelidikan dan jaulah kami kalau tak sampai ke sana. Aku, saudara Budi dan anak lelaki ku anas, meneruskan perjalanan ke Kok Simpul ditemani oleh seorang pemuda dari kampung tersebut yang kebetulan datang ke Kg. Selamat (Pelajar lain kami tinggalkan di Kg. Selamat sahaja). Perjalanan terpaksa melalui hutan dan laluan jalan kayu balak yang telah lama ditinggalkan. Naik bukit dan turun bukit. Baju kami yang tadi dah mula kering, basah semula dengan peluh. Ingatkan dekat…rupanya hampir sejam setengah baru sampai. Kata penunjuk jalan…budak-budak kampung terpaksa berulang alik ke Kg. Selamat untuk bersekolah setiap hari kerana satu-satunya sekolah kebangsaan yang ada adalah SK Balambangan yang terletak di Kg. Selamat. Bahkan itulah satu-satunya sekolah di Pulau tersebut untuk pelajar dari
Kampung Selamat Darat, Kampung Selamat Laut, Kampung Kok Simpul, Kampung Tabunan dan Kampung Batu Sirih. Jarak antara Kg Selamat, Batu Sirih dan Kok Simpul sangat berjauhan. (Aku respect pada ustaz semenanjung dan guru-guru luar yang sanggup bertugas di sekolah tersebut. Bekalan elektrik cuma menggunakan generator yang cuma berfungsi bila ada minyak. Mudahan amal bakti mereka menjadi pemberat mizan di akhirat nanti. Dari pengkalan nak ke sekolah tu pulak terpaksa naik bukit….hari ni aku riadhah berabis…)

Bersama penyelidik muda Anas Sarip
Baru separuh perjalanan...pantai di belakang itulah Lok Simpul

Sampai di sana, dah jam 12 tengahari…perut terasa lapar. Aku suruh anakku keluarkan tapau nasi yang kami bawa dari Karakit Banggi. Aku suruh anakku makan satu tapau. Bila nak makan….jadi sayu melihat anak-anak responden yang begitu dhaif…akhirnya kami serahkan 2 tapau pada budak-budak tu. Satu tapau lagi, untuk anakku..Aku dan encik Budi Cuma tersenyum dan berharap mudahan ada kedai jual mee segera di kg. Selamat nanti. Seronok aku tengok budak-budak tu makan, walau nasi tu Cuma berlaukkan sayur kobis dan ayam goreng…lama mungkin mereka tak makan ayam. Aku tak nampak seekor ayam pun di sana. Yang ada beberapa ekor kambing…

Kg. Kok Simpul terdiri dari 16 buah rumah. Penduduknya adalah dari suku Dusun Bonggi yang dahulunya beragama Pagan. Mereka memeluk Islam hasil dari seorang aktivis USIA pada tahun 1980. Walau bagaimanapun memandangkan tempat itu terlalu jauh, sukar untuk para pendakwah membuat follow up. Boleh dikatakan orang dewasa di sana tak tahu baca Quran dan Solat…tapi setiap kali sembahyang hari raya mereka akan pergi ke Kg. Selamat untuk solat hari raya…itupun mereka tiru saja cara orang lain solat. Di Kg. Selamat pun ramai yang tidak tahu membaca Quran dan buta huruf walaupun mereka muslim asal.

Pekerjaan utama ialah nelayan kecil dan bercucuk tanam secara kecil-kecilan. Tanaman mereka terpaksa di pagar ( walau tepi rumah) kerana kawasan itu terlalu banyak babi hutan. Tiada sebarang kemudahan asas di kampung tersebut. Elektrik, paip air, surau, kedai runcit…semuanya tiada. Mereka terpaksa berjalan kaki ke Kg. Batu Sirih untuk membeli barang keperluan. Perjalanan di hutan memakan masa 2 jam pergi dan 2 jam balik.

Ramai di kalangan warga tua yang saya perhatikan buta sebelah mata mereka….mungkin kekurangan zat makanan kerana kalau tidak ada beras, mereka akan memakan ubi kayu sahaja.
Berbalik kepada persoalan kefahaman agama…memang tahap pengetahuan mereka amat menyedihkan. Apapun anak-anak mereka yang bersekolah terdedah juga kepada ilmu asas agama melalui matapelajaran agama dan JQAF di sekolah. Tapi di kampung tersebut langsung tiada seorangpun yang pandai mengajar membaca al-Quran, apatah lagi topik fardhu ain yang lain.

Rata-rata rumah mereka sangat dhaif….beratap dan dindingkan daun nipah. Tidak berbilik. Mereka Muallaf yang fakir….kalau zakat tu, mereka di kategorikan pada 2 asnaf.
Terasa macam pergi ke lost world…mcm cerita Jurrasic park…



Beginilah keadaan hampir ke semua rumah di Kok Simpul

Mereka saudara seagama kita…mereka sangat perlu bimbingan, perlu bantuan kewangan, perlu keprihatinan…Siapa yang sanggup datang untuk mengajar mereka sembahyang? ajar baca fatihah? takut ada orang lain datang untuk mengajar agama lain nanti....mcm berlaku di Pulau Banggi.

Jam 2 petang, kami berangkat balik ke Kg. Selamat….matahari betul2 tengah panas…perjalanan balik lebih memenatkan….akhirnya sampai juga ke rumah ketua kampung Kg. Selamat. Terus cari mee segera buat mengantikan tenaga yang hilang…akhirnya syukur ada yang jual. Terima kasih pada isteri ketua kampung yg sudi masakkan.

MACAM MANA NAK BALIK NIIII???

Angin mula bertiup kencang…tandanya ombak bergelora. Boat Man kata kami tak boleh balik dengan satu bot sahaja ke Karakit…perlu 2 kali ulang..Haaa 2 kali??? Dia hantar 1 group 2 jam, bali ambil pula dekat 2 jam dan hantar group ke dua 2 jam???...akhirnya kami menyewa bot tambahan yang dikhabarkan agak besar untuk membawa sebahagian dari ahli rombongan kami seramai 7 org…

Bila bot datang…nak tergelak kami…bukan lebih besar…bahkan lebih kecil…Cuma bot ke dua ni lebih tinggi. Aku, saudara Budi, seorang pelajar dan anakku nak bot baru…..

Waktu ia air surut…si Boat Man yang memang penduduk di Balambangan memulakan cerita. Tapi mukaddimah ceritanya menambahkan rasa ‘segan’ kami pada laut. Ia bercerita pasal buaya pulau Balambangan. Katanya ia pernah melihat sendiri buaya tersebut berehat di atas pasir tempat kami melintas. Ia juga bercerita akan kes terbaru di mana seorang nelayan yang tengah menyelam untuk mendapatkan tiram diserang oleh buaya. Padahal nelayan itu sudah berada agak jauh dari pantai. Buaya Pulau Balambangan sudah pergi ke tengah lautan. Memang buaya air masin akan ke laut sekali sekala untuk mencari makanan. Menurut Ketua Kampung Seamat, sudah 8 kes kematian kerana serangan buaya…

kami mengharungi ombak yang kadangkala aku lihat berada di atas kepala. Subhanallah….macam-macam zikir dan doa aku panjatkan…aku rasa bukan aku seorang berbuat demikian bahkan semua ahli rombongan yang menaiki 2 perahu…kecuali anakku…dia boleh tidur dalam keadaan begitu. Aku teringat dengan firman Allah:

قُلْ مَنْ يُنَجِّيكُمْ مِنْ ظُلُمَاتِ الْبَرِّ وَالْبَحْرِ تَدْعُونَهُ تَضَرُّعًا وَخُفْيَةً لَئِنْ أَنْجَانَا مِنْ هَذِهِ لَنَكُونَنَّ مِنَ الشَّاكِرِينَ (63) قُلِ اللَّهُ يُنَجِّيكُمْ مِنْهَا وَمِنْ كُلِّ كَرْبٍ ثُمَّ أَنْتُمْ تُشْرِكُونَ (64) قُلْ هُوَ الْقَادِرُ عَلَى أَنْ يَبْعَثَ عَلَيْكُمْ عَذَابًا مِنْ فَوْقِكُمْ أَوْ مِنْ تَحْتِ أَرْجُلِكُمْ أَوْ يَلْبِسَكُمْ شِيَعًا وَيُذِيقَ بَعْضَكُمْ بَأْسَ بَعْضٍ انْظُرْ كَيْفَ نُصَرِّفُ الْآَيَاتِ لَعَلَّهُمْ يَفْقَهُونَ (65)

63. Katakanlah: "Siapakah yang dapat menyelamatkan kamu dari bencana di darat dan di laut, yang kamu berdoa kepada-Nya dengan rendah diri dengan suara yang lembut (dengan mengatakan: "Sesungguhnya jika Dia menyelamatkan kami dari (bencana) ini, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur"." 64. Katakanlah: "Allah menyelamatkan kamu dari bencana itu dan dari segala macam kesusahan, kemudian kamu kembali mempersekutukan-Nya." 65. Katakanlah: " Dialah yang berkuasa untuk mengirimkan azab kepadamu, dari atas kamu atau dari bawah kakimu[482] atau Dia mencampurkan kamu dalam golongan-golongan (yang saling bertentangan) dan merasakan kepada sebahagian kamu keganasan sebahagian yang lain. Perhatikanlah, betapa Kami mendatangkan tanda-tanda kebesaran Kami silih berganti[483] agar mereka memahami(nya)." Surah al-An’am

وَإِذَا مَسَّكُمُ الضُّرُّ فِي الْبَحْرِ ضَلَّ مَنْ تَدْعُونَ إِلا إِيَّاهُ } الآية [الإسراء: 67]

67. Dan apabila kamu ditimpa bahaya di lautan, niscaya hilanglah siapa yang kamu seru kecuali Dia, Maka tatkala Dia menyelamatkan kamu ke daratan, kamu berpaling. Dan manusia itu adalah selalu tidak berterima kasih. (Surah al-Isra’)

{ هُوَ الَّذِي يُسَيِّرُكُمْ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ حَتَّى إِذَا كُنْتُمْ فِي الْفُلْكِ وَجَرَيْنَ بِهِمْ بِرِيحٍ طَيِّبَةٍ وَفَرِحُوا بِهَا جَاءَتْهَا رِيحٌ عَاصِفٌ وَجَاءَهُمُ الْمَوْجُ مِنْ كُلِّ مَكَانٍ وَظَنُّوا أَنَّهُمْ أُحِيطَ بِهِمْ دَعَوُا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ لَئِنْ أَنْجَيْتَنَا مِنْ هَذِهِ لَنَكُونَنَّ مِنَ الشَّاكِرِينَ. فَلَمَّا أَنْجَاهُمْ إِذَا هُمْ يَبْغُونَ فِي الْأَرْضِ بِغَيْرِ الْحَقِّ يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّمَا بَغْيُكُمْ عَلَى أَنْفُسِكُمْ مَتَاعَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ثُمَّ إِلَيْنَا مَرْجِعُكُمْ فَنُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ [يونس:22-23]

22. Dialah Tuhan yang menjadikan kamu dapat berjalan di daratan, (berlayar) di lautan. Sehingga apabila kamu berada di dalam bahtera, dan meluncurlah bahtera itu membawa orang-orang yang ada di dalamnya dengan tiupan angin yang baik, dan mereka bergembira karenanya, datanglah angin badai, dan (apabila) gelombang dari segenap penjuru menimpanya, dan mereka yakin bahwa mereka telah terkepung (bahaya), maka mereka berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan ketaatan kepada-Nya semata-mata. (Mereka berkata): "Sesungguhnya jika Engkau menyelamatkan kami dari bahaya ini, pastilah kami akan termasuk orang-orang yang bersyukur."

Benar sekali…bila berada dalam kesusahan, baruah manusia terasa dekat dirinya dengan Allah. Waktu tu tiada yang mampu dilakukan kecuali berdoa dan pasrah pada ketentuan Allah. Waktu itulah juga manusia akan mengakui kesalahan dan dosanya. Waktu itu orang-orang beriman akan memperbaharui janji setianya pada Allah SWT…Lantaran itulah mungkin Allah ajar manusia dengan kisah Fir'aun yang mati ditelan laut Merah. Sejahat-jahat manusia, bila sudah nampak ajal di depan mata mengakui juga tuhannya...tapi sudah tiada gunanya.

Bagi aku perahu yang kami naiki selayaknya utk di sungai sahaja…bukan lautan apatah lagi lautan luas yang begitu bergelora. Dulu-dulupun aku biasa pergi ke Brunei dan labuan dengan perahu…tapi 2 kali ganda besarnya berbanding perahu tersebut dan kuasa kuda enjin juga jauh lebih besar.

Akhirnya kami sampai ke Kg. Lok Tu Huk setelah sejam meredah lautan bergelora. Kami tak sanggup terus ke Karakit dalam keadaan laut begitu. Habis kami basah kuyup dihujani ombak dan angin kencang yang bertiup. Kata Boat Man, hari ini merupakan hari pertama angin barat bertiup…ombaknya belum cukup tinggi..antara 2 meter lebih sahaja…kalau beberapa hari lagi…pasti lebih tinggi dan bahaya. Beliau menceritakan pengalamannya menyelamatkan bot karam yang dinaiki oleh guru-guru sekolah SK Balambangan yang menaiki bot dari kudat ke Balambangan. Mujurlah ia bercerita bila kami dah sampai ke Lok Tu Huk…

Hari ini merupakan hari paling bersejarah dalam hidup kami. Akhirnya kami membatalkan niat untuk membuat penyelidikan ke Pulau Malawali kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Perjalanan ke Pulau Malawali juga memerlukan lebih sejam perjalanan. Lagipun borang soal selidik telah berjaya kami selesaikan semuanya.

Dalam keadaan basah kuyup kerana siraman ombak laut…kami menyewa kereta sapu untuk ke Karakit. Syukur kepada Allah yang telah menganugerahkan keselamatan pada semua ahli rombongan.

InsyaAllah ada rezeki, kami akan ke Balambangan lagi menziarahi saudara kita yang begitu memerlukan keprihatinan saudara seagamanya.

Kepada Ikhwah dan Akhawwat…lepas ni kita kumpul pakaian terpakai dan keperluan harian, kita hantar ke Pulau Balambangan, khususnya Muallaf di sana. Yang kat semenanjung pun boleh turut menyumbang.

Luasnya lagi medan dakwah ini, fikrah kita masih banyak yang belum menerimanya…jauh lagi perjuangan ini mencapai sasarannya…peliknya…kita masih banyak masa berehat.

BAIT AL-NUR

Melalui penerangan Imam masjid Karakit, USIA telah memulakan program bimbingan saudara baru di beberapa buah kampung di sekitar pulau Banggi. Pusat bimbingan saudara baru USIA dinamakan Bait al-Nur. Syukur, usaha beberapa pendakwah USIA menubuhkan Bait al-Nur mula berkembang di beberapa tempat. Tapi usaha tersebut memerlukan dokongan semua pihak. Bantuan kewangan dan tenaga pendakwah sangat-sangat diperlukan. Apatah lagi kebanyakan kampung itu cuma boleh dihubungi melalui jalan air. Lagi baik kalau ada yang sanggup dermakan bot besar dengan kemudahan injin yang memiliki kelajuan yang tinggi. Lautan kat sini boleh tahan ombaknya.

Pak imam mengatakan, hasil dari kemasukkan ajaran lain, ada sesetengah kampung muallaf hampir-hampir terpengaruh. Apa tidaknya masyarakat muallaf (bahkan Islam asal) punyai 2 penyakit...majoriti mereka miskin tegar (bahkan miskin bergegar) dan zero kefahaman Islam. Dua penyakit itu sudah cukup membuka ruang untuk diserang.

Kementerian Pelajaran sepatutnya memotivasi para guru dan ustaz-ustaz yang nak ke pulau tentang kepentingan tugas mereka sebagai pendakwah. Bukan sekadar menghimpunkan elaun luar bandar yang tinggi. Seni dakwah juga perlu disilibuskan dalam pengajian mereka. Biar minda mereka ke sana lebih bermotifkan 'perjuangan' bukan sekadar 'cari makan'. Kalau mereka boleh mengajar orang kampung mengaji al-Quran dan fardu ain pun sudah besar maknanya. Lagi baik kalau guru yang dihantar mampu himpunkan orang-orang muda kampung berusrah, beri kefahaman Islam yang jelas disamping menunaikan tanggungjawab kemasyarakatan mereka disaat orang kampung memerlukan. Bukan apa, banyak sangat cerita di mana guru-guru agama yang dihantar ke kawasan pendalaman tidak dapat berfungsi kecuali mengajar di sekolah dan isi borang pindah ke semenanjung...mereka tidak merasakan medan syurga mereka ada di pulau-pulau tersebut.

Tahniah buat cikgu Z dari ISMA Kedah kerana sanggup dihantar ke Karakit...semangat yang ditunjukkan oleh tuan dan isteri dalam memulakan langkah-langkah dakwah mudahan mampu memberi kesan pada masyarakat. Harap jejak tuan akan diikuti oleh ramai kawan-kawan yang lain di semenanjung khususnya yang masih memikirkan bumi mana mereka nak berjuang.

BALIK KE KK

7/6/09 (Ahad) seawal jam 7.00 pagi kami bertolak dari Jeti Karakit ke Kudat…perjalanan feri agak perlahan kerana ombak agak kuat. Hampir sejam setengah baru sampai ke Kudat. Apapun syukur kepada Allah yang telah membekalkan banyak muhasabah, tazkirah dan keselamatan buat kami sekeluarga. Buat akhawwat yang terlibat dalam penyelidikan…insyaAllah kita akan jadikan bahan perbincangan halaqah di awal semester nanti.

9 comments:

  • nasri21 says:
    June 13, 2009 at 2:36 AM

    caya la dgn ustaz..adventurenya pjlanan..nsb baik buaya2 d sna x nakal..snang ckit buat research,,tp samada ustaz prasan atau x, di kwsan bandar spt kk ni pun, sbenarnya sda ckup ramai mslim dan muallaf yg lngsng xtau bsolat, baca Quran, dan zero islam..prnah ada shbat yg cuba mbantu knk2 dan golongan warga emas blajar mngenai asas islam tp ada pihak yg mmpertikaikan soal tauliah ka tdk shbt ni..tp bila dibiarkan tiada siapa pun yg buat seswatu..skali lg mrk trbiar..tp mau bandingkan pduduk di banggi dgn cni, mmg banggi dan balambangan jauh lbh memerlukan..kesian dorg..hrp2 ada follow up scpt mgkn agar mrk tdk dpngaruhi agama lain..

  • kak wrd says:
    June 13, 2009 at 9:48 AM

    Ya ALLAH, coretan abi kali nie cukup memberi kesan dalam diri. Syukur dengan nikmat yang ALLAH telah berikan kepada diri ini. Benar-benar menginsafkan diri.Rupa-rupanya ada lagi yang lebih memerlukan diluar sana. Semoga para guru akan terbuka hati -mendidik dan berdakwah walau dimana sahaja dan dengan siapa saja.

  • Anonymous says:
    July 18, 2009 at 3:04 AM

    Ya ustaz sarip..izinkan ana copy and paste yang ini untuk masuk dalam blog peribadi agar sahabat ana dapat lihat keadaan di sabah.. boleh??

  • Abu Syifa' says:
    July 18, 2009 at 11:19 AM

    copy je anaknda...nda da masalah ...

  • yoku says:
    April 7, 2012 at 3:24 AM

    ya Allah betapa kerdil nya diri ku di bumi Mu ini...

  • yoku says:
    April 7, 2012 at 3:32 AM

    perkongsian saudara sememangnya ringkas tetapi amat bermakna.. aku mula terfikir telah berapa banyak rezeki dan nikmat Allah berikan pada ku namun jelas belum ada yang aku berikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan... ya Allah amunkan hamba Mu ini ya Allah... berilah daku kekuatan agar mampu berbakti kepada mereka hamba Mu yang kurang bernasib baik...

  • Unknown says:
    September 8, 2012 at 1:05 AM

    Assalamualaikum Ustaz Sarip,

    Saya berasal dari Sabah, berbangsa Kadazan tetapi menetap di Kuantan, Pahang.

    Walau saya orang Sabah, tetapi tempat-tempat pedalaman seperti ini tidak pernah lagi ku jejak. Malahan, nama tempat pun tidak pernah ku dengar.

    Saya seorang muallaf. Begitu juga suami, berbangsa Cina memeluk Islam.

    Jika sekiranya sudi, boleh add saya pada akaun facebook saya,
    "Kongsi Kisah Saudara Baru".

    Saya berhajat nak masuk ke kampung tersebut. Atau macamana cara saya boleh berhubung dengan sesiapa yang ada tinggal di daerah pedalaman tersebut?

    Atau ada nombor telefon Ustaz untuk saya hubungi berhubung dengan perkara yang saya sebutkan diatas..

    Sekian dan terima kasih.

  • Unknown says:
    September 8, 2012 at 1:06 AM

    Assalamualaikum Ustaz Sarip,

    Saya berasal dari Sabah, berbangsa Kadazan tetapi menetap di Kuantan, Pahang.

    Walau saya orang Sabah, tetapi tempat-tempat pedalaman seperti ini tidak pernah lagi ku jejak. Malahan, nama tempat pun tidak pernah ku dengar.

    Saya seorang muallaf. Begitu juga suami, berbangsa Cina memeluk Islam.

    Jika sekiranya sudi, boleh add saya pada akaun facebook saya,
    "Kongsi Kisah Saudara Baru".

    Saya berhajat nak masuk ke kampung tersebut. Atau macamana cara saya boleh berhubung dengan sesiapa yang ada tinggal di daerah pedalaman tersebut?

    Atau ada nombor telefon Ustaz untuk saya hubungi berhubung dengan perkara yang saya sebutkan diatas..

    Sekian dan terima kasih.

  • Unknown says:
    September 8, 2012 at 1:12 AM

    Assalamualaikum,

    Saya Nor Hayati Nia Ellen Binti Abdullah, berasal dari Tamparuli, Sabah akan tetapi menetap di Kuantan, Pahang.

    Walaupun saya berasal dari Sabah, tetapi tempat-tempat pedalaman yang disebut belum pernah ku dengar. Apatah lagi, dijejaki.

    Saya berhajat untuk masuk ke tempat tersebut untuk melihat sendiri persekitaran kampungnya.

    Macamana cara saya masuk ke sana atau ada tak saluran cara berhubung dengan sesiapa yang Ustaz kenali menetap di sana?

    Jika sekirnya sudi, boleh add saya di akaun facebook saya. "Kongsi Kisah Saudara Baru".

    Atau boleh email saya di hajah_hayati2012@yahoo.com berhubung perkara ini.

    Sekian dan terima kasih.