Monday, June 29, 2009

SEPI ITU INDAH



PPIB,Jun 29,2009 5.30 pm

Melihat sebuah pelabuhan di waktu senja yang hening. Setelah semua kapal berlabuh memunggah barang dan pergi. Pekerja juga pulang ke rumah masing-masing. Tinggal pelabuhan itu sendirian dan sepi…

Begitulah kadangkala yang dirasa dalam hidup. Tatkala manusia datang dan pergi …hati jadi sepi. Diriku juga umpama pelabuhan. Tempat orang singgah mencari bekalan dan sedikit keuntungan. Kadang bernaung sebentar dari terik kehidupan. menumpang kasih sementara menunggu yang sejati. Atau mencari sedikit mutiara kata untuk menjadi kompas pelayaran. Bila sudah cukup yang dihajati, mereka pergi...


Sebenarnya itu kerja mulia, memberi manusia sedikit nafas untuk hidup, sedikit harapan untuk meneruskan perjalanan. Sedang nabi juga pernah bersabda: Sebaik-baik manusia ialah yang bermanfaat pada manusia yang lain.

Bagiku, siapapun yang singgah dan berlabuh, sebagai tetamu yang datang ia berhak memperolehi keistimewaan, penghormatan dan keprihatinan. Aku sanggup berkongsi sebahagian dari kebahagiaan yang Allah kurniakan padaku. Hingga kalau boleh, tetamu yang datang puas hati dan aku tidak merasa terhutang apa-apa seteah mereka pergi.

Ketika bonda tercinta pergi, aku amat sedih sekali. Titisan airmata cinta menjadi saksi. Namun aku amat puas hati. Dengan segala anugerah ilahi aku cuba membahagiaka sampai akhir nafasnya. Waktu itu aku terasa…sepi itu indah.

Setiap hujung pengajian, akan ada anak-anak didik yang pergi, menamatkan pengajian setelah bertahun-tahun bersama mengkaji kitab perjuangan. Hati aku juga tersentuh dan menanggis. Namun aku juga puas hati, sebab aku sudah bekalkan apa yang termampu dari khazanah ilmu & pengalaman. Aku tidak berhutang apa-apa pada mereka…waktu itu, aku terasa sepi itu sangat indah.

Pernah juga yang datang untuk singgah dan menumpang kasih dan sayang. Sebagai adik dan anak. Aku juga berikan hak mereka berupa kasih sayang dan keperluan hidup sekadar termampu. Hingga ada anak-anakku cemburu kerana kadangkala seakan-akan melebihkan mereka. Aku berkata: Abi dulupun belasan tahun menumpang kasih orang di perantauan. Bila mereka pergi dan menamatkan pengajian…pelabuhan itu di tinggalkan. Ada yang teringat dan bertanya khabar, tapi ramai juga yang menyepi…akhirnya pelabuhan itu sepi…tapi kala itu sepi itu indah.

Cuma, kalau aku jadi pengunjung di pelabuhan lain, aku pastikan sebelum berangkat pulang, aku tidak meninggalkan hutang yang tidak berbayar atau janji yang tidak tertunai. Di pelabuhanku…sering kali ku temui penziarah yang sebegitu. Apapun ku maafkan semua itu. Cuma sebagai guru, ku muhasabah mereka sebelum pergi. Agar mereka tidak mengulang dua kali di pelabuhan yang lain. Hingga akhirnya mereka di halau umpama anjing kurap yang tidak bermaruah. Aku mudah memberi maaf. Aku Cuma pelabuhan hati…bukan pedagang yang berkira untung dan rugai. Bagi ku hidup ini mulianya pada memberi, walau sampai ke penghujung tidak menerima apa-apa. Akhirnya aku merasai sepi itu sangat indah.

Sedihnya, dalam sepi itu aku mendengar khabar, beberapa kapal yang dahulunya pernah berabuh di pengkalan hatiku dipukul ombak besar hingga mereka tersasar dari kompas yang pernah aku bekalkan. Akhirnya hingga kini aku mendengar khabar, mereka masih sesat di lautan luas. Hilang punca hilang matlamat. Sudah tidak mampu membezakan antara angin ibadah dari angin maksiat. Dulunya aku tawarkan terus agar ia berhenti belayar dan tinggal sahaja di rumah kongsi. Berkongsi segala senang dan susah, suka dan duka, di darat ini lebih senang mencari arah dan perjuangannya juga terarah...tapi ia enggan. Kini, setelah ku bekal segala kompas dan peta penunjuk arah. Rasanya aku tidak perlu merasa bersalah. Itu memang sudah pilihan hidupnya...cuma harapku suatu hari nanti, ia temui jalan kembali, kalau tidak ke pelabuhan ku ini, biarlah ke pelabuhan lain yang akhirnya mampu ia habisi baki usia di sana dengan kebahagiaan. Biarlah akhirnya aku bersendirian dan sepi...sepi itu indah.

Ketika kesepian…sepi di sepertiga malam paling menenangkan. Menanggis sepuas-puasnya di hadapan pencipta. Pasrah dengan ketentuan. Menerima takdir yang datang dan pergi. Sepi di malam hari kemuncak ketenangan.

Ya Allah, di saatku kembali kepadamu, ku harap kau sudi menerimaku dengan redhamu. Ku berharap kau sudi jadikan aku teman orang-orang soleh di akhirat nanti. Walau aku tahu, aku tak layak…
Sepi itu indah….



Sebuah Pertemuan

Album : See You D IPT
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman


4 comments:

  • Nurhayati Badli says:
    July 2, 2009 at 4:49 PM

    salam,
    rindu buat ums
    sampaikan salam saya buat en. nordi achie penyelia tesis sejarah2008..
    thanks for everything
    jasa kalian semua (pensyarah) tetap dikenang...
    buat ustaz...gud luck for ur post, post yang banyak menyedarkan kita tentang dunia n akhirat semoga kita semua diberkati dan tetap terus berpaksi di jalan Nya... aminn

    cahaya hidup ku,
    nurhayati badli

  • JeMari MaNisKu says:
    July 15, 2009 at 2:58 AM

    bagi diri ini, pelabuhan itu bukan sebuah tempat persinggahan.. tetapi sebuah tempat yang indah dan banyak mengajar tentang erti kehidupan yang sebenar.. sebagai bekalan di dunia & akhirat.. dan.. pelabuhan itu tidak layak dibiarkan sepi kerana, di situ adanya mutiara yang sgt berharga..perlu sentiasa diziarahi & dihargai.. Terima kasih pelabuhan yg indah.. JZKK abi&umi, terima kasih atas jasa & pengorbanan kalian yg sentiasa bersedia menerima kapal2 yg haus & penat dlm perjalanan di lautan.. miss u all very2 much...

  • Abu Syifa' says:
    July 15, 2009 at 2:47 PM

    Terima kasih atas ingatan..walau jauh, abi sentiasa doakan anak-anak abi bahagia...moga semangat perjuangan utk memenangkan agama Allah terus kental...sayu hati...

  • celia says:
    August 6, 2009 at 9:40 PM

    salam, bukan salah Allah atas semua yang terjadi. kita tidak dapat memuaskan hati semua orang dan tidak semua orang dapat memuaskan hati kita. orang yang asyik menyesal.. n selalu kata 'kalaulah..." atas apa yang terjadi..bermakna orang itu melawan kuasa Allah. wallah alam...anda lebih mengetahui...