Friday, June 26, 2009

SAYU DAN KEPENATAN



Tak tahu nak buat apa...kosong terasa otak, antara penat dan sepi..menimbulkan rasa sayu dalam hati...waktu begini, yang paling manis hanyalah mengingati Allah dan bertemu dengan rakan-rakan seperjuangan dan berbicara tentang perjuangan dan perancangan.

Syukur kerana Allah masih melontarkan sedikit semangat untuk terus melangkah...

Cuti sem UMS aku ambik cuti 3 minggu. Tapi percutian yang paling tak cuti. Bermula dengan program penyelidikan di Bangi dan Balambangan, diikuti dgn Bengkel PERASA di Lembah Impian. Sambung lagi mengajar Diploma Eksekutif UUM di Lahad Datu. Semalam Pembentangan kertas kerja dan panel forum konvension al-Quran sempena MTQ negeri Sabah di Tawau. Isnin ni pelajar baru dah mula MSM di UMS. Cuti ku yang tak cuti...dah 2 minggu penyelidik PERASA bertungkus lumus menyiapkan laporan akhir utk di hantar ke Putra Jaya. Bermula 9 pagi dan pernah mencedah 1.30 pagi...

Rupanya masa 24 jam kalau diisi betul2 mcm-mcm manusia boleh buat. Dlm dakwah juga begitu. Pendakwh yang berjaya ialah yg sikit tidurnya dan banyak amalnya. Contoh terbaik adalah diri Rasulullah. Banyak rehat juga bermaksud banyak tidur.

Apapun, berbanyak syukur ke hadrat Ilahi...masih ada teman penguat semangat dalam meneruskan perjuangan. Isteri tercinta, anak-anak, halaqah group, teman2 seperjuangan yg sentiasa memuhasabah diri...moga masih mampu bertahan.

Hotel Emas Tawau June 27,2009: 10.38 pagi

0 comments: