Thursday, December 4, 2008

KASUT BURUK

Telah menjadi kebiasaan ku apabila di akhir sesi perkuliahan di hujung semester, aku akan berpesan pada pelajar-pelajar ku agar bawa balik sebelah kasut burukku. Iaitu setelah satu semester aku bercerita dan berceloteh tentang kehidupan meliputi halatuju hidup, peranan diri, rumahtangga, isu-isu agama, politik, ekonomi…hinggalah ke isu antarabangsa. Aku tahu tak semua orang setuju dengan cara dan pandanganku. Aku pun tak pernah merasakan apa yang aku perkatakan ‘mesti’ betul dan ‘mesti’ benar…aku cuma memberikan mereka bahan berfikir dan memilih yg benar dan terbaik untuk hidup mereka. Bukankah dalam usia mereka di Universiti sudah sepatutnya boleh berfikir dan menilai? Kalau tak..takde gunanya masuk U.

Aku juga tidak merasakan bahawa semua idea dan pandanganku betul dan perlu untuk semua orang. Cuma aku memang ditugaskan oleh UMS untuk bercakap 2 hingga 3 jam seminggu kepada pelajar-pelajar ku tentang hidup ini melalui kursus yg diwajibkan kepada mereka. Cuma bezanya, aku tidak hanya bercakap sekadar untuk melayakkan aku terima gaji bulanan, tapi…aku isikan semua kata-kataku dengan wangian kasih sayang seorang guru pada pelajarnya.

Aku merasakan ada yang akan memerlukan aku suatu masa nanti dalam hidupnya. Kalau tidak di awal, mungkin di pertengahan atau mungkin juga di penghujung hayatnya. Kerana itu aku bekalkan mereka sebelah kasut burukku…bahkan nilai pengajaranku aku kira setaraf itu sahaja. Kerana nilai kasut buruk itu tak seberapa…aku sering minta mereka letakkan aku di tangga terakhir talian hayat mereka…andainya mereka tak temui orang lain yang mampu menjadi tempat menyandar ketika derita dan sakit.

Aku harap pelajar-pelajarku tak akan mengembalikan kasut buruk itu kerana waktu itu aku yakin mereka telah temui kebahagiaan sesuai dengan citarasa mereka.

Aku Cuma ingin menjadikan diri ini ‘bermanfaat untuk orang lain’ seperti pesanan al-Imam Hassan al-Banna ketika mengariskan 10 ciri peribadi muslim yang unggul yang menjadi target proses tarbawi seorang akh mujahid….

Cuma akhir-akhir ini, banyak antara mereka yang datang semula kepadaku dan memulangkan semula kasut buruk itu sebagai bukti janjiku untuk menjadi tempat menyandar mereka….aku sedih kerana mereka rupanya tak bahagia…

4 comments:

  • Anonymous says:
    December 5, 2008 at 10:04 AM

    abg/guru/tuan hj sarip,

    terima kasih atas segalanya. pengorbananmu kpdku amat besar. aku amat menghargainya. semoga aku tidak tergolong dlm gol `kacang lupakan kulit`. bukan niatku tak menghubungimu, tapi aku malu. aku belum mencipta apa-apa kejayaan utkku bawa kpdmu. aku takut, engkau akan malu ada insan sptku..maafkan aku.

    ~anak muridmu~

  • Abu Syifa' says:
    December 5, 2008 at 2:26 PM

    Ingat lagi ketika aku belajar di salah sebuah sekolah pondok di Kedah. Aku rajin membantu bapa angkatku di sawah. Antaranya menabur benih padi. Dalam jutaan benih padi yang ditabur ada yang tidak tumbuh dan ada yang tumbuh tapi tak mampu membesar dengan subur. Kata bapa angkatku, ini kerana dari awal lagi benih itu memang tidak elok, hampas dan berpenyakit....

  • Anonymous says:
    December 5, 2008 at 8:01 PM

    maksud ini lebih kurang sama dengan 'air mata naqib' di www.dakwah.info

  • Anonymous says:
    October 22, 2009 at 1:40 AM

    ada org msuk U stakat desakan ibubapa @ ingin myempurnakan nawaitu ibubapa y kepingan anak msuk U apalg anak 1st. xsuma org msuk U otaknya bkembag, ala 'asal ada bah'..dpt lectr y best jd pbakar smgat blajar..tu jak la y dpt dbuktikn bhwa org 2 mmg best..byk jg xtvt agma d dgr d cne tp 1 pun sa x ikt..entah np..bosan jg msuk U..bdikari?? sa bkn tmsuk gol itu..biarlah ksut buruk itu kembali,mgkin byk lg yg akn kembali tp malu untuk bdiri..moga saja dpnjgkan umur tuan py kasut agr dpt mban2 isan2 y lmah gmalai hehehee..
    p/s: ada ksmptn mgjar ble la ceta psl bdk U kdekut ilmu pla ya..blambak ne..bknka ilmu itu ptutnya d kongsi bsm..mgapa ada lg insan y bgtu bangga dgn kpndaian walhal ilmu y maha esa i2 bgtu luas & mdlm..ishishish..wlupn sa mrasakn sa pun karit ilmu kdg2 hekhek..