Wednesday, February 27, 2019

FIQH KENEGARAAN

https://drive.google.com/drive/folders/1ZY1HISOYFe2s_SJ1k-aC9-sMZhIq9qK8?usp=shari...

Read more »

Sunday, February 4, 2018

Perjalanan Hidup

Ramai sgt tulis pasal KIK/KISAS sempena #AUDA2018. Aku nak cerita sikit. Buat pedoman anak2 aku... Waktu mula dapat tawaran Yayasan Sarawak nak masuk KIK tahun 1984, bersama sahabat2 hebat Abdullah Haron,Dr.  Yaman Bin Towpek, Siti Mang, Norita Bawi .... aku minta tarik diri. Bukan apa, nak sampai ke SMKA SHOAW Kuching pun terpaksa naik 2 kali belon. Lawas -Miri- Kuching. Dari kpg aku nak ke Lawaspun kena naik bot. ...

Read more »

Thursday, January 11, 2018

TIADA YANG SEMPURNA

Mudahan kita dijauhkan dari sahabat atau pasangan hidup yang 'terlalu mengharap kesempurnaan'. Sedikit kelemahan memadamkan jutaan kebaikan. Selalu orang begini, timbangan akalnya bermasalah dan alat ukurnya bengkok. Sabda Nabi SAW: أريت النَّارَ فَإِذَا أَكْثَرُ أَهْلِهَا النِّسَاءُ يَكْفُرْنَ . قِيلَ أَيَكْفُرْنَ بِاللَّهِ قَالَ يَكْفُرْنَ الْعَشِيرَ ، وَيَكْفُرْنَ الإِحْسَانَ ، لَوْ أَحْسَنْتَ إِلَى إِحْدَاهُنَّ الدَّهْرَ...

Read more »

Sunday, December 4, 2016

Sungai Patarikan

Sungai Patarikan. Namanya tak pernah masuk dalam catatan sejarah. Bagi kami penduduk kampung Petarikan, ia penuh dengan sejarah.Pernah menjadi antara sumber mencari rezeki utama penduduk kampung. Juga laluan perhubungan ketika tidak ada satu jalanpun yang tembus ke kampung kami. Selepas subuh bapaku dan beberapa orang kampung akan turun...

Read more »

HATI MULIA

Kelmarin dalam LRT ke Bangsar. Nampak seorang lelaki yang baru sahaja duduk. Bila terpandang seorang wanita tua, terus ia berdiri dan memberikan tempat duduknya kepada wanita tersebut. Padahal kalau ikut usia dia pun bukannya muda sangat. Ramai lagi yang lebih muda tapi buat- buat tak nampak. Kemudian ia berpindah ke kerusi hadapan yang...

Read more »

Buangkan lelahmu

Dia baru sahaja balik kerja. Belum sempat balik ke rumah untuk bertemu anak dan isteri. Ada agenda lebih utama yg melibatkan masa depan ummah. Walaupun program tarbiah kadang membosankan, bagi pejuang itu pitstop utk tukar tayar dan isi minyak. Perjalanan jauh memerlukan tenaga yang banyak. Hanya pejuang yang akan faham budaya hidup...

Read more »

SEMPURNA KEMAHUAN

Saya berada di pentas konvo ketika pelajar ini berucap. Walau pun OKU tapi berupaya mencapai Ijazah Kelas Pertama. Hanya fizikalnya yang kurang upaya  menyebabkan proses pembelajaran sedikit rumit berbanding orang yang normal, tapi kemahuan, semangat dan usahanya jauh lebih sihat dari orang yang sihat. Bahkan ada pelajar ku yang...

Read more »

PEMURAH DALAM SUSAH

Seusai khutbah (isu rohingya) dan solat jumaat, datang 2 org jamaah yg memang saya kenali. Pekerja pembinaan dari Indonesia yang sering solat di masjid al-Isra Telipok. Katanya: " Bapak ini sampul berisi sedikit sumbangan hasil collection kami pekerja-pekerja Indonesia yg bekerja di UUC". "Bapak masukkanlah ke mana2 tabung bantuan utk saudara2...

Read more »

INSAN JUJUR

Malam tadi selepas isya di masjid Telipok, sempat bersembang sekejap dgn 2 org pekerja Indonesia yg bekerja membina Apartment berhampiran masjid. Setiap hari sebelum maghrib mereka akan dtg ke masjid utk solat dan rehat. Balik selepas isya ke penempatan mereka. Saya pelawa mereka kalau ada kelapangan utk bantu membersihkan masjid. Jawatankuasa akan memberikan sedikit saguhati. Segera mereka menjawab: "Nga perlu pak upah2nya....

Read more »

Rapuhnya Istana Cinta

Rumahtangga kalau asasnya dibina oleh unsur bumi semata-mata memang mudah reput dimakan ulat. Terpesona dgn kecantikan dan ketampanan, cinta yg tak bisa terpisah (kau tercipta untukku), ekonomi kukuh, kerjaya baik, dah terlanjur...asas bumi yang ada tarikh sah lakunya. Bila datang ulat jemu, tiada lagi nilai pada orang yang dulu dianggap bernilai. Tibalah musim pelupusan iaitu cerai. Bagi orang beriman, rumahtangga dibina...

Read more »

Monday, November 14, 2016

LAWAN LELAHMU

Pelbagai alasan orang untuk rehat sementara dari berjuang. Masih belajar, HO, bisnes baru mula, baru naik pangkat, kereta belum ada, anak baru lahir, anak sakit, bini dalam pantang dan bla bla bla. Boleh berehat memang seronok apatah lagi urusan perjuangan ini bukan membuahkan sebarang RM. Tapi bagi pencari syurga istilah rehat dari perjuangan atas alasan apapun adalah kerja bahaya dan merugikan kerana takut2 nyawanya dicabut...

Read more »

INSAN JUJUR

Malam tadi selepas isya di masjid Telipok, sempat bersembang sekejap dgn 2 org pekerja Indonesia yg bekerja membina Apartment berhampiran masjid. Setiap hari sebelum maghrib mereka akan dtg ke masjid utk solat dan rehat. Balik selepas isya ke penempatan mereka. Saya pelawa mereka kalau ada kelapangan utk bantu membersihkan masjid. Jawatankuasa akan memberikan sedikit saguhati. Segera mereka menjawab: "Nga perlu pak upah2nya....

Read more »

Tuesday, September 22, 2015

JEREBU HATI

"Syukur hujan lebat petang tadi, nampak lah birunya awan setelah berminggu ia berjerebu", kata Pakcik pemandu teksi sebaik sahaja sampai di KL malam tadi. Itu cerita malam tadi. Pagi tadi pun masih nampak warna langit. Tapi keluar sahaja dari mesyuarat di Bangsar, awan bewarna kelabu semula. Jerebu oh jerebu. Begitulah kehidupan, tak lekang dari jerebu lagha dan maksiat. Banyak betul ruang hidup yg menyebabkan manusia alpa....

Read more »

Wednesday, October 8, 2014

TRY & ERROR

Kelmarin wiper rosak di pertengahan jalan, ketika hujan lebat dan jalan sesak. Sgt menyesakkan jiwa. Beberapa bengkel termasuk pusat service Proton aku pergi, semua kata motor wiper rosak dan mrk tak ada stock. Dah senja baru jumpa kedai spare part yg jual, sayangnya semua bengkel dah tutup. Hari ini, pagi2 aku dah cuba baiki dan tukar sendiri. Syukur berjaya di pasang, tapi bila run wiper, dia bukan cuci cermin tapi cuci tutup...

Read more »

Sunday, October 5, 2014

TERSUNGKUR DI TENGAH JALAN

"Sekiranya yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperolehi dan perjalanan yang tidak berapa jauh, nescaya mereka mengikutimu, namun tempat yang dituju itu terasa jauh bagi mereka. Mereka akan bersumpah dengan nama Allah ‘Jikalau kami sanggup tentulah kami berangkat bersama-sama kamu’. Mereka membinasakan diri mereka sendiri (disebabkan sumpah mereka yang palsu itu) dan Allah mengetahui bahwa sesungguhnya...

Read more »

Friday, October 3, 2014

Inilah masanya perpisahan antaraku denganmu.

قَالَ هَٰذَا فِرَاقُ بَيْنِي وَبَيْنِكَ ۚ سَأُنَبِّئُكَ بِتَأْوِيلِ مَا لَمْ تَسْتَطِعْ عَلَيْهِ صَبْرًا Ia menjawab: "Inilah masanya perpisahan antaraku denganmu, aku akan terangkan kepadamu maksud (kejadian-kejadian yang dimusykilkan) yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya. (AlKahfi 78) Kisah antara Nabi Musa dan gurunya seorang lelaki soleh. Dialog dipenghujung pengembaraan Nabi Musa untuk menuntut ilmu. Akhirnya...

Read more »

Saturday, November 9, 2013

TUJUAN KAHWIN SEBENAR

Kejayaan sebuah rumahtangga di dunia bukan diukur pada banyaknya harta yg berjaya dihimpunkan utk diwariskan kpd zuriat keturunan. Kejayaan sebenar terletak pada banyak mana 'jihad' yg dilaksanakan oleh keluarga tersebut utk Islam. Suami isteri yg berjaya ialah yg mampu lonjakkan amal pasangan dan menjadikan pasangan lebih 'cinta Allah' dari cinta keluarga. Mengerakkan fikrahnya dalam keluarga dan ummatnya. Itulah BM dakwah....

Read more »

Anak-anak dulu

Dulu zaman aku sekolah menengah, nak minta duit dari mak bapa, selalu berkias...antaranya "kalau di kpg hujan lebat, kirim2 lah sikit airnya ke sini". Malu nak minta sebab tahu betapa penatnya bapa dan mak nak dpt seringgit. Pekerjaan mereka pula sangat mengkuruskan. Aku antara yg sering dibawa bekerja di sungai dan hutan belantara mencari beberapa sen rezeki. Pernah bapa aku berkata: "lain kali cakap terus terang, nanti kami...

Read more »

PEMALAS

Pelbagai alasan orang untuk rehat sementara dari berjuang. Masih belajar, HO, bisnes baru mula, baru naik pangkat, kereta belum ada, anak baru lahir, anak sakit, bini dalam pantang dan bla bla bla. Boleh berehat memang seronok apatah lagi urusan perjuangan ini bukan membuahkan sebarang RM. Tapi bagi pencari syurga istilah rehat dari perjuangan atas alasan apapun adalah kerja bahaya dan merugikan kerana takut2 nyawanya dicabut...

Read more »

Friday, March 15, 2013

HAI UMM QAIS (2)

Ada beberapa orang akhawwat berdiskusi dengan ku mengenai entri Hai Umm Qais (1) yang ku tulis dalam blog. Kata mereka, memang sepatutnya demi kelangsungan perjuangan seorang akhawwat dalam rumahtangga dan kehidupannya, ia perlu mencari teman hidup sefikrah. Ini kerana suaminya kelak pemimpin dirinya. Tapi masalah sekarang akhawwat yang memiliki kesedaran jauh lebih ramai dari ikhwah, sudah pasti menjadi kesukaran akhawwat mencari...

Read more »

DA'IE YG LALAI

Apabila seorg daie lebih byk memperkatakan hal dirinya melebihi hal umatnya, bercerita hal makan minum dan kerjayanya melebihi hal dakwahnya...hati2 krn mungkin dia telah tergelincir. ( Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah...

Read more »

TUKANG SORAK DAN PEMAIN SIMPANAN

Gerak kerja dakwah mcm org main bola. Ada yg suka komen itu komen ini dan banyak cakap..mereka ni selalunya penonton dan tukang serak je. Ada yang juga suka ber'kalau' dan bercita2 nak buat itu dan ini. Kadangkala mengomen dan membebel, tapi sampai kesudah jadi pemain simpanan dan duduk di tepi padang.         Pemain sebenar berada di tengah padang, kurang bercakap banyak bergerak, kenal siapa lawannya,...

Read more »

FITNAH PENDAKWAH

PEKERJAAN, TUNTUTAN KEHIDUPAN DAN RUMAHTANGGA merupakan sebab paling kerap menjatuhkan seorang daie muda dari jalan dakwah. Ini apabila ketiga-tiga perkara tadi ditukar dari wasilah menjadi ghayah perjuangan. Akhirnya ia sesat dalam terang dan ketinggalan dari teman-teman tarbiahnya di medan sebenar. Hati-hati anak-anakku yang baru keluar U dan baru melangkah ke alam perkahwinan. — at Kolej Keris Mas UKM...

Read more »

LALANG?

Dikata: jangan jadi seperti lalang, ikut ke manapun arah angin bertiup. Apapun lalang memiliki akar yg kuat, berhenti tiupan angin ia tegak kembali. Ramai yg hidupnya mcm lalang...hidup mengikut isu, sama ada ke kiri atau ke kanan. Tapi kalau ia memiliki akar akidah dan kefahaman yg jelas tentang agama. Mudah ia kembali kepada asal. Yg merisaukan ia bukan lalang bahkan bunga lalang yang apabila ditiup angin tak akan kembali kepada...

Read more »

KITA ADALAH 'DOKTOR'

GERAKAN ISLAM DAN PENDAKWAH UMPAMA HOSPITAL DAN DOKTOR, MESTI MEMULAKAN DAKWAHNYA DENGAN MENGKAJI PENYAKIT UMMAH DENGAN KAJIAN TERPERINCI, MENGETAHUI MUSUH DAN STRATEGI MEREKA...AKHIRNYA DAKWAH MEREKA BENAR-BENAR MAMPU MENGUBATI PENYAKIT SEBENAR. TANPA KAJIAN TERPERINCI, TIDAK MUSTAHIL UBAT YG MEREKA SUNTIK TIDAK TEPAT MENGENAI MUSUH, DAN PENYAKIT AKAN BERLARUTAN. BAHKAN TIDAK MUSTAHIL YG BUKAN MUSUH DIANGGAP MUSUH. AKHIRNYA PULUHAN...

Read more »

KUALITI DAKWAH

Brand sesuatu produk penting, tapi yang lebih penting produk dan isinnya. Mempromosikan brand berlebih-lebihan, sedangkan produknya tak seberapa dan kabur, menipu pelanggan namanya dan lambat laun tembelang akan pecah juga. Yang tepat ialah mempromosikan produk, menerangkan kepada pengguna apa tujuannya, kandungannya, kegunaannya, keistimewaannya dan semua perkara yang apabila pelanggan membeli, ia membelinya penuh redha dan yakin....

Read more »

HANGUS

Paling dirisaukan pahala hangus terbakar akibat datang riya' setelah bertahun ikhlas, mengeluh setelah bertahun redha, kecewa setelah bertahun thabat, futur setelah bertahun istiqomah, mewar-warkan bebaikan setelah bertahun tersembunyi. Akhirnya yg tinggal di hadapan Allah hanya angka 0. اللهم ثبتنا على دينك وعلى طاعتك...

Read more »

AKHLAK KITA

Hiasi kemurnian fikrah dan perjuangan kita dengan kecantikan akhlak. Itu membezakan pejuangan berasaskan tarbiah dengan perjuangan berasaskan hamasah (semangat)...

Read more »

HANYA ALLAH

Suatu hari Ustaz alBanna duduk berbicara bersama sahabat2 Ikhwan dan berkata: "Suatu yang pelik apabila parti2 politik menghentam kita dan istana menghentam kita. Sedangkan yg logiknya apabila kita dihentam istana, parti2 politik akan berdamai dan memuji kita, apabila kita dihentam oleh mana2 parti politik, yg lain2 akan berdamai dan membantu kita"Kemudian ia diam seketika dan berkata: "Kamu tahu kenapa berlaku demikian itu?"ﺣﺘﻰ...

Read more »

Sunday, June 10, 2012

ANTARA DUA DUNIA

...

Read more »

JANGAN JADI LALAT

وسلم: (مثل الذي يجلس فيسمع الحكمة ثم لا يحدث عن صاحبه إلا بشر ما سمع كمثل رجل أتى راعياً فقال: يا راعي اجزرني شاة من غنمك، قال: اذهب فخذ بأذن خيرها فذهب فأخذ بأذن كلب الغنم Dari Abu Hurairah ra berkata: Telah bersabda Rasulullah saw: “Perumpamaan orang yang duduk untuk mendengar ilmu kemudian ia tidak bercerita mengenai pengajarnya kecuali yang sesuatu yang tak elok dari apa yang ia dengar, ia seumpama seorang lelaki...

Read more »

ANDA BUKAN TUKANG SORAK

Gerakan dakwah umpama permainan bola. Ada pemain di padang dan ada penyokong yg bertindak sebagai tukang sorak. Melahirkah pemain yang hebat perlukan tarbiah yang hebat dengan manhaj yang hebat dan berterusan. Pemain yang hebat tidak akan lahir kalau ditarbiah dengan manhaj tukang sorak. Semakin profesionalnya seorang pemain, semakin perlu ia kepada latihan/tarbiah yang mantap. Tiada istilah tamat silibus bagi seorang pemain...

Read more »

Monday, February 13, 2012

KISAH MANIS

Syukur ramai anak-anak buah usrahku yang telah dan akan melangsungkan perkahwinan tahun ini. Kebahagiaan mereka kebahagiaanku juga. Mudahan dakwah yang menjadi asas pemilihan akan mewarnai semua aktiviti dan halatuju rumahtangga mereka. Rumahtangga itulah yang diharapkan kelak mampu menjadi benteng mempertahankan Islam dan melahirkan zuriat...

Read more »